CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 3

Hongchan mahu buka pasar raya

[Copy link]
Post time 16-8-2021 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Penerjun sensasi Olimpik China, Quan Hongchan mendedahkan impian terbaharunya kepada wartawan dalam temuramah pertamanya sejak memenangi pingat emas pada Tokyo 2020.

Jawapan yang diharapkan wartawan mungkin berkisar mengenai lebih banyak kejayaan besar pada temasya Olimpik namun sebaliknya atlet berusia 14 tahun itu menyatakan dia mahu "membuka sebuah pasar raya".

Hongchan, yang meraih pingat emas acara 10 meter platform individu, menjadi tumpuan hangat media tempatan mahupun antarabangsa apabila kisahnya bertanding di Tokyo untuk merawat ibunya yang sakit selepas mengalami kemalangan teruk empat tahun lalu menjadi viral.

Ibunya sebelum itu memaklumkan dalam satu temubual, penerjun remaja yang sukakan makanan ringan itu mengimpikan untuk membuka kedai runcit namun Hongchan berkata kedai baharunya adalah "lebih besar".

"Saya mahu membuka kedai yang lebih besar. Sebuah pasar raya yang lebih luas berbanding kedai dengan banyak makanan ringan dijual," katanya, menurut laporan media China.

Minggu lalu, bapanya Quan Wenmao memberitahu media tempatan keluarga mereka ditawarkan 200,000 yuan (kira-kira RM130,000) dan kediaman percuma namun mereka menolaknya.

Impian penerjun itu tidak hanya sekadar memiliki sebuah pasar raya.

Hongchan memberitahu wartawan dia mahu pergi ke taman tema air dan bermain luncur sebaik dia pulang ke rumah selepas menamatkan kuarantin dan menyertai Sukan Kebangsaan China tidak lama lagi.

Hongchan, yang menyatakan dia tidak pernah memikirkan untuk menjejak kaki di podium pada Sukan Olimpik, turut mendedahkan rahsia di sebalik kejayaannya di Tokyo.

"Gigih berlatih," katanya kepada wartawan sambil menambah dia gembira untuk memenangi pingat emas.

Pengguna media sosial di China menghujani temuramah itu dengan komen mereka, seperti mana bahan lain dalam media sosial mengenai bintang cilik itu.

Guo Jingjing, bekas 'Ratu Terjun' dunia turut menjadi peminat terbaharu Hongchan.

"Saya sudah melakukan terjunan selama 20 tahun dan saya tidak pernah mendapat banyak markah penuh," kata pemenang empat pingat emas Olimpik itu dalam satu 'live-stream'.

Hongchan akan berusia 17 tahun pada Sukan Olimpik Paris tiga tahun lagi.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2021 06:43 PM | Show all posts

Jaguh terjun China, Quan Hongchan bersama pingat emas yang dimenangi. FOTO Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukak la kedai ginseng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2021 07:18 PM | Show all posts

pasaraya lagi masyuk
dlm tu boleh jual ginseng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.491063 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list