CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 1

Liek Hou yakin 'smash' emas

[Copy link]
Post time 17-8-2021 07:00 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki para negara, Cheah Liek Hou percaya dia mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat emas buat kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Enam kejuaraan berturut-turut termasuk Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Dubai serta Sepanyol sebelum ini sedikit sebanyak menyuntik semangatnya yang akan beraksi dalam kategori SU5.

Menurut Liek Hou, dia sedia untuk memberikan segala-galanya pada temasya sukan empat tahun sekali itu bagi merealisasikan hasratnya membawa pulang sebutir pingat emas.

"Sasaran yang diletakkan oleh negara dan saya sendiri adalah untuk memenangi emas di Tokyo. Saya akui, sebelum ini tidak berani letak sasaran emas kerana permainan saya kurang bagus," katanya.

Menurutnya, selepas menang kejohanan antarabangsa enam kali berturut-turut selain tidak tewas dalam 31 perlawanan membuatkannya mengubah sasaran daripada perak ke emas. "Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu fokus dengan keinginan memenangi emas kerana ia mampu memberi kesan terhadap aksi di dalam gelanggang," kata pemain berusia 33 tahun itu. Liek Hou yang juga anak didik bekas perseorangan lelaki negara, Datuk Rashid Sidek menegaskan, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum berangkat ke Tokyo 24 Ogos ini.

"Secara jujur, saya tidak boleh terlalu fikirkan pingat emas kerana ia boleh mengganggu permainan nanti. Oleh itu, saya mahu fokus terhadap satu demi satu perlawanan sehinggalah ke perlawanan akhir.

"Setakat ini persiapan dari segi permainan dan kecergasan berada pada tahap terbaik, cuma sekarang ini ada beberapa perkara perlu diperbaiki seperti pukulan," kata juara para dunia enam kali itu.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2021 07:01 AM | Show all posts

LIEK Hou juara para dunia enam kali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064345 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list