CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 1

Calon ganti Mei Kuan mungkin pemain muda

[Copy link]
Post time 19-8-2021 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Keputusan mengejut Chow Mei Kuan untuk bersara sebagai pemain beregu wanita kebangsaan menyebabkan Ketua jurulatih beregu wanita negara Chan Chong Ming 'pening kepala' untuk mencari penggantinya dalam masa terdekat ini.

Chong Ming berkata, ketika ini beliau bagaimanapun sudah mengenal pasti beberapa pemain untuk digandingkan bersama Lee Meng Yean bagi kejohanan akan datang.

Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mempertimbangkan untuk menyerap pemain muda untuk bergandingan dengan Meng Yean berdasarkan prestasi terkini mereka.

"Kita perlu pandang ke depan dan menghormati keputusan mengejut Mei Kuan untuk bersara sebagai pemain beregu wanita kebangsaan.

"Jika dilihat sekarang ini tiada lagi pemain yang boleh menggantikan tempat Mei Kuan namun kita akan segera berbuat demikian supaya Meng Yean boleh menjalani latihan seperti biasa.

"Pada masa sekarang, ada beberapa pemain dilihat berpotensi namun terlalu awal untuk membuat keputusan memanggil mereka," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Mei Kuan bakal bersara sebagai pemain beregu wanita kebangsaan berkuatkuasa 15 September ini.

BAM menyatakan pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan itu walaupun sudah sedaya upaya memujuk pemain berusia 26 tahun berkenaan untuk terus kekal.

Mei Kuan sebelum ini bergandingan bersama Meng Yean pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Cabaran mereka bagaimanapun tersekat di peringkat Kumpulan A.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 07:49 PM | Show all posts

Gandingan Meng Yean (kanan) dan Chow Mei Kuan ketika aksi di Sukan Olimpik Tokyo. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.535891 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list