Seorang selebriti media sosial didakwa atas pertuduhan menawarkan wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja.
Darryl Ian Koshy, 32, berdepan tujuh pertuduhan ketika pendakwaan dibuat di mahkamah, hari ini.
Kredit foto: The Straits Times
Dia didakwa menawarkan remaja berusia antara 15 dan 17 tahun sejumlah wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks selain menghasilkan filem lucah dan memiliki video lucah, lapor AFP.
Koshy yang memiliki 367,000 pengikut di YouTube berdepan hukuman penjara dan denda jika disabit kesalahan.
Dalam kenyataan di media sosial, Koshy menafikan beberapa dakwaan terhadapnya, namun mengakui beberapa kebenaran dalam pertuduhan terbabit.
Dia mengakui perbualannya bersama seorang remaja berusia 15 tahun disifatkan bermasalah dan tidak sesuai, namun tidak berniat mengambil kesempatan ke atas golongan bawah umur.
Koshy meraih populariti menerusi media sosial memaparkan dirinya berbual menerusi kamera bersama rakannya atau berseorangan, selain bertugas sebagai penyampai di sebuah stesen radio tempatan.
Kredit foto: FB
Bagaimanapun, pengguna media sosial pada tahun lalu menuduh dia menawarkan ganjaran wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks selain mengirim gambar lucah.
Sumber: BH Online |