View: 5260|Reply: 46
|
Tinggal Nyawa-Nyawa Ikan, Apa Nasib Nasyid?
[Copy link]
|
|
Pernah mencetuskan fenomena pada era 1990-an hingga kumpulan nasyid tempatan, Raihan menarik perhatian Ratu Elizabeth II, genre muzik nasyid hari ini kian menyepi, malah, diibaratkan tinggal 'nyawa-nyawa ikan'.
Persoalan itu dibangkitkan pada sesi sembang santai, Bicara Awla melalui akaun Facebook (FB) kumpulan nasyid yang popular dengan lagu, Sepohon Kayu, Saujana, baru-baru ini.
Pada zaman kegemilangan, kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Inteam menjadi sebutan ramai, malah dianggap 'gergasi' muzik ketika itu.
Namun, seiring peredaran zaman dan evolusi muzik, perlahan-lahan irama nasyid 'tenat' dan terpinggir.
Foto: Berita Harian
Biarpun ada antara penggiat nasyid 'senior' masih aktif dan kumpulan nasyid pelapis muncul, ia belum mampu mengatasi magis yang dicipta dahulu.
Anggota kumpulan Saujana, Suffian Amrin mengaku dilema itulah yang membelenggu dunia nasyid sekarang.
"Saya lihat situasi sepi yang membelenggu dunia nasyid sekarang dalam dua sudut.
"ertama, pada era pandemik COVID-19, sama seperti genre muzik lain, genre nasyid terkesan apabila tiada tawaran persembahan selain sukar membuat rakaman baharu.
"Sudut kedua adalah kesukaran mencari pewaris yang boleh menyambung legasi kumpulan nasyid kontemporari yang pernah memeriahkan dunia seni.
"Walaupun genre muzik nasyid banyak melahirkan kumpulan pelapis, agak sukar untuk mereka menyerlah berbanding kumpulan nasyid 'senior'," katanya yang bertindak sebagai moderator sesi bual bicara virtual itu.
Sesi hampir dua jam itu disertai anggota kumpulan Rabbani, Azadan, pengurus artis, Nasir Deraman dan anggota Awla iaitu Azalinor Abd Rahman, Zuhaidi Abd Aziz, Idzhar Jumali dan Azahari Abd Rahman.
Awla adalah kumpulan nasyid baharu yang dibentuk hasil gabungan Saujana dan Nowseeheart.
Berdasarkan pengalaman sendiri dan teman seperjuangan, Suffian berpendapat kumpulan nasyid pelapis perlu meneroka ruang publisiti yang lebih meluas untuk menonjol dan menjamin survival mereka dalam bidang muzik.
"Tidak dinafikan, kebanyakan penyanyi nasyid baharu adalah anak-anak muda yang mempunyai kelebihan dalam aspek penguasaan media sosial.
"Namun, aktif dalam media sosial sahaja tidak cukup. Mereka perlu menggunakan platform media arus perdana supaya perkembangan kerjaya seni dihebahkan dengan lebih meluas," katanya yang turut menganggotai kumpulan Awla.
Berkongsi pendapat sama, Azadan menekankan pentingnya peranan syarikat rakaman dalam membantu perkembangan karier artis naungan.
"Kami pernah duduk di bawah syarikat rakaman. Apabila kita bernaung di bawah label, kita ada pegawai perhubungan awam (PRO) dan pembantu peribadi.
"Merekalah yang menjalankan tugas promosi. Sekarang, kita lihat ramai penyanyi nasyid pelapis yang memiliki single. Mereka juga aktif menerbitkan video muzik dan kreatif menghasilkan lagu saduran.
"Tetapi, mereka tiada sokongan PRO yang boleh mengaturkan pertemuan dengan media dan pihak yang terbabit bidang penyiaran," katanya.
Azadan percaya, PRO dan pengurus artis yang mengatur pertemuan dengan media, stesen radio dan televisyen (TV) dapat memberi pulangan baik dalam aspek hebahan atau publisiti, sekaligus mengimarahkan irama nasyid seperti dua dekad lalu.
Sementara itu, Nasir melihat situasi yang berlaku kepada genre nasyid sekarang sebagai normal kerana muzik sering berevolusi.
"Genre nasyid tidak terpinggir seperti yang disangka. Situasi ini berlaku kerana proses perubahan muzik mengikut masa.
"Kita buatlah promosi bagaimana hebat sekali pun, kalau tiada permintaan, memang sukar untuk orang terima. Zaman sudah berubah.
"endengar irama nasyid dahulu sudah berusia. Mungkin mereka tidak lagi mendengar radio," katanya.
Justeru, Nasir menyarankan kumpulan nasyid pelapis membuat pembaharuan terutama daripada segi komposisi lagu yang seiring peredaran masa.
"Kepada penyanyi nasyid muda yang hendak tembusi pasaran dan mencari peminat baharu, kena buat sesuatu mengikut aliran terkini asalkan tidak melanggar hukum syarak.
"Mungkin mereka boleh bekerja dengan komposer yang bukan dalam kalangan industri nasyid. Kena berani keluar dari kepompong atau zon selesa
"Apabila menghasilkan sesuatu, kita jangan fikir produk adalah untuk peminat sedia ada... Mereka akan tetap beri sokongan.
"Sebaliknya, mereka perlu berpandangan jauh seperti mencari peminat baharu yang terus menyokong kerjaya seni sampai bila-bila," kata pengurus penyanyi, Andi Bernadee ini.
Dengan legasi lebih dua dekad, Raihan pernah mengembara merentas enam benua termasuk Australia, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika dan Asia untuk membuat persembahan.
Dalam usaha menghidupkan semula dunia nasyid, Kementerian Komunikasi dan Multmedia (KKMM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) dan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) menganjurkan Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020, akhir tahun lalu. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nasyid jer..semua sendu la sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
nasyid memang naik zaman iol sekolah rendah dulu
sampai raihan pernah datang sekolah iol
bebudaks semua nak otograp pokcik nazeri tu
yang lain 2,3 kerat jah
kesian pulak nengok
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada tggl nyawa ikan.tgk sohai siap jual cd |
|
|
|
|
|
|
|
Raihan!! even my non muslim relative pun beli kaset raihan dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
nakkomenjugak replied at 20-8-2021 11:25 AM
nasyid memang naik zaman iol sekolah rendah dulu
sampai raihan pernah datang sekolah iol
bebudaks ...
Haah btol..sekolah iols pun penah panggil kumpulan nasyid Hijjaz..time nasyid tgh popular.. |
|
|
|
|
|
|
|
Time sek dulu plg minat kump Hijjaz..lagi2 vokal Munif..ada jiwa |
|
|
|
|
|
|
|
Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
da korang takde nasyid baru...
lepas tu nak mengharap nasyid tu terus wujud camna tu weeeyyy....
buat la nasyid baru.. kalau tak laku then baru la kata nyawa2 ikann....
ini lagu baru pun tarakkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman2 nasyid dulu mmg best. Raihan hijjaz inteam rabbani. Skrg dah dah suram… dulu masa astro buat gema vaganza best juga ingat dapatlah naikkan semula deols ni tapi nan hado kelam semula… dah tua2 abg2 nasyid kita |
|
|
|
|
|
|
|
Dah korang mmng xaktif..mmng la sendu...last pun mngkin kump Rabbani kn yg aktif...radio pun selektif sngt nk mainkan lagu nasyid...kt ikim ja la boleh dngar |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka nasyid. Tapi itu lah sebab lagu nasyid baru sikit sangat, dah tu banyak yang hambar. Yang sedap pulak x masuk media mainstream, jadi la nyawa2 ikan.
Aku still dengar nasyid sampai sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
korang igt tak ada pak arob mencuba nasib jd penyayi di Malaysia, Nama dia Emad kalo tak salah,
dia ada buka kedai jual perhiasan dinding, karpet kt Klang masa tu, lewat 90 an dan awal tahun 2000,
aku kebetulan jupe tegur dan berborak dgn dia... dia pn rasa di hargai sebab ada orang kenal dia kot. |
|
|
|
|
|
|
|
sekali sekala tv dengan radio play lagu2 nasyid lama yang famous
memang stop semua keje sebab telinga nak fokus lagu
adik bongsu aku yang gen Z pun, membesar 10 tahun selepas zaman nasyid famous ni, suka lagu2 diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde group baru.
Yang ada semua group lama2
Cubalah cungkil bakat anak muda..budak ipta/ipts..
Haihh..budak2 skrg semua minat kpop |
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku dlm kegelapan aku akan dengar lagu2 Diwani dan beberapa lagu Rabbani
bila aku lupa diri dan tersedar aku akan nyanyi lagu Rasai Kehebatan Tuhan - Mawaddah
selalunya time atas moto
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sblm kpop berleluasa, budak2 skolah agama crush inteam, unic dan seangkatan. Lagu dulu sdp2. Sambil nyanyi, belek lirik, belajar sirah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa eh penyanyi nasyid selalu sengau. Terus turn off nak dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya by Raihan..
Betul2 sedih dgr lgu tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|