Penduduk sebuah kondominium di Seksyen 20 gempar dengan penemuan mayat lelaki di dalam sebuah kereta, pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.23 pagi.
Kredit foto: Sinar Harian/MalaysiaGazette
“Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang disyaki gelandangan dan hanya tinggal di dalam kereta. Dia dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.
"emeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan pembantu perubatan (MA) Hospital Klang mendapati tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dah mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.
Sumber: Sinar Harian |