CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 808|Reply: 1

Harrif idam beraksi di Olimpik Paris

[Copy link]
Post time 23-8-2021 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Jaguh berbasikal pecut lebuh raya negara, Harrif Saleh sedia untuk kembali beraksi di velodrom bagi mengintai peluang pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Namun ia hanya boleh berlaku sekiranya dia mendapat restu dan lampu hijau daripada Majlis Sukan Negara (MSN) serta Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM).

Pelumba sensasi Terengganu Cycling Team (TSG) itu sedia keluar perbelanjaan sendiri selain melaungkan keyakinan mampu menjadi pencabar utama kejohanan dalam dewan itu jika diberi peluang kedua selain latihan yang mencukupi sebagai persediaan menjelang temasya sukan terbesar dunia itu.

Harrif juga bersedia untuk mengerah kudrat dalam acara lebuh raya jika diberi peluang beraksi pada pentas sukan terbesar dunia di Perancis itu.

Sebelum beralih dalam acara lebuh raya bermula 2010, anak kelahiran Kuala Terengganu itu adalah bekas pelumba trek dan pernah berlatih dan berkelana di Melbourne, Australia bersama Datuk Azizulhasni Awang di bawah kendalian John Beasley.

"Saya rindu untuk berkayuh dalam velodrom selepas kali terakhir bersama Datuk Azizulhasni pada 2010, saya sedia berlatih, lagipun dengan usia 33 tahun sama usia dengan Jijoe.

"Pengalaman saya mampu untuk menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat negara jika diberi peluang beraksi di pentas Olimpik 2024.

"Jika diberi pilihan saya mahu beraksi dalam acara omnium. Jika diberi tugas itu saya sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk beraksi pada Sukan Olimpik itu, mungkin sebelum saya gantung basikal, itu peluang terbaik buat saya beraksi di pentas itu," katanya ketika ditemui.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 06:30 PM | Show all posts

HARRIF sedia keluar perbelanjaan sendiri. FOTO Aswadi Alias
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.577627 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list