View: 838|Reply: 1
|
Chao Ming tewas aksi pertama
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Hasrat wakil tunggal para ping pong negara, Chee Chao Ming untuk bermula cemerlang di Sukan Paralimpik Tokyo tidak kesampaian apabila dia tewas kepada lawan dari Itali, Mohamed Kalem, sebentar tadi.
Chao Ming yang diletakan dalam Kumpulan C Kelas 9, tewas 6-11, 7-11, 4-11 kepada lawannya yang juga pemenang pingat gangsa Paralimpik Rio 2016 di Gimnasium Metropolitan Tokyo.
Dia yang membuat penampilan sulung pada temasya itu, bagaimanapun masih berpeluang untuk bangkit semula apabila bakal bertemu Joshua Stacey dari Great Britain pada perlawanan kedua sebelum mengakhiri peringkat kumpulan bertemu Lin Ma (Australia), esok.
Chao Ming yang pernah meraih pingat gangsa di Sukan Para Asean 2017 dan Para Asia 2018 itu meletak sasaran untuk mara ke suku akhir di Tokyo.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CHAO Ming ketika menentang Kalem pagi ini. FOTO MSN |
|
|
|
|
|
|
| |
|