|
Baru-baru ini, pasangan popular Indonesia iaitu penyanyi, Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar mengumumkan bahawa mereka bakal bergelar ibu bapa apabila Aurel kini sedang hamil tiga bulan.
Berita gembira tersebut bagaimanapun mengundang respons sebaliknya.
Kredit foto: IG Aurel
Hati Aurel dan Atta terguris dituduh segelintir netizen yang mendakwa cerita sedemikian sengaja direka-reka untuk meraih perhatian ramai.
“Sebenarnya kamu tidak hamil. Itu cuma alasan sahaja untuk meraih perhatian,” tulis seorang netizen.
Kesal dengan tuduhan tersebut, Aurel yang pernah mengalami keguguran sebelum ini menempelak bahawa netizen yang berfikiran sebegitu adalah seorang manusia jahat.
“Kamu sangat jahat kerana berfikir saya sedang berbohong tentang kehamilan ini,” ujarnya.
Aurel menjelaskan dia bimbang jika berita kehamilannya didedahkan terlalu awal, perkara sama beberapa bulan lalu (keguguran) akan berulang.
“Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
Sumber: Kosmo! |
|