Setelah berbulan-bulan berada dalam kegusaran serta perasaan yang tidak menentu akibat pandemik Covid-19 dan PKP, akhirnya aktres Sherry Ibrahim menyuarakan rasa gembiranya setelah keadaan menunjukkan perkembangan positif.
Foto G
Di IG Storynya, Sherry meraikan kegembiraanya apabila kembali sibuk seperti dahulu, menenggelamkan segala rasa sedihnya sebelum ini.
Foto : IG
Biarpun tidak menceritakan dengan terperinci mengenai kegusarannya, ramai yang meneka ia mengenai bisnesnya dan juga kesihatan emosinya.
Rakan-rakan artis seperti Catriona Ross dan Anzalna Nasir turut memberi kata semangat kepadanya.
Foto : IG
"Dan sherry kene beringat untuk sentiasa jage kesihatan mental & fizikal Sherry. Kat sini Sherry juga nak kita semue kuat & terus berdoa semoga semuenye baik seperti sediakala."
Jadi, benarlah selain mata pencarian yang terjejas akibat pandemik ini, kesihatan emosi juga boleh terganggu dan ianya merangkumi artis seperti Sherry Ibrahim. Moga keadaan kembali pulih nanti. - CARI
|