View: 2396|Reply: 5
|
Bagaimana Selipar ‘Jepun’ Tat Sing Ini Beri Ilham Kepada Rekaan Selipar Seluruh
[Copy link]
|
|
Bagaimana Selipar ‘Jepun’ Tat Sing Ini Beri Ilham Kepada Rekaan Selipar Seluruh Dunia
Inovasi bukanlah hasil karya yang diciplak tetapi ia menjadikan suatu karya itu sebagai rujukan dalam menghasilkan suatu karya seni yang baharu.
Begitu juga dengan rekaan selipar berjenama Tat Sing atau lebih mesra dikenali sebagai selipar Jepun yang secara asalnya diinspirasikan daripada rekaan selipar Zori.
Sumber: Vocket
Untuk pengetahuan anda, selipar Zori diperbuat daripada jerami padi atau disebut sebagai tatami dalam bahasa Jepun.
Rekaan selipar Tat Sing ini dikaitkan dengan peniruan selipar Zori sejak dari awal 1930an di mana ketika itu Tanah Melayu sudahpun mempunyai kilang pembuatan kasut getah yang diusahakan oleh orang Cina dan estet pokok getah.
Industri kasut getah dilihat semakin rancak sejak kemunculan kilang syarikat kasut jenama Bata pada tahun 1937.
Selipar Zori diubah suai di Tanah Melayu
Sumber: Vocket
Walau bagaimanapun, industri ini terpaksa dihentikan semasa Tanah Melayu dijajah oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada awal 1940an. Jepun mangambil alih dan menukarkan nama kilang tersebut sebagai Shonan Gomu Kumiai (Shonan Rubber Association) iaitu kilang yang menghasilkan peralatan ketenteraan Jepun berasaskan getah.
Menurut laporan New Straits Times, tentera Jepun telah membawa masuk budaya pemakaian selipar Zori ke Tanah Melayu pada masa itu. Dengan kos penghasilannya yang agak mahal dan untuk mengurangkan kosnya, tentera Jepun telah mengubah suai selipar Zori dengan menjadikan tayar terbuang sebagai tapaknya.
Lantaran itu, seluruh warga Tanah Melayu menggelarkan kasut berkenaan sebagai ‘selipar Jepun’.
Selipar Zori dijadikan alat penyeksaan banduan
Bukan sahaja dipakai sebagai kasut, malah ia turut dijadikan alat penyeksaan banduan di Tanah Melayu. Difahamkan, tentera Jepun menampar muka para banduan dengan menggunakan selipar ini. Lebih kejam lagi apabila ada yang dipaksa menggigit selipar ini sehingga gigi berdarah dan patah.
Selepas tamatnya penjajahan Jepun di negara ini, terma selipar Jepun masih kekal dalam ingatan dan menjadi satu tamparan emosi di kalangan rakyat Tanah Melayu.
Para pengeluar kasut getah mula menganggap selipar Jepun ini mempunyai potensi dalam pasaran memandangkan ia bersifat tahan lasak, senang disarungkan dan kos penghasilan yang murah.
Terma selipar Jepun memberikan kesan emosi
Berikutan itu, kilang selipar Jepun pertama di Malaysia yang bernama Tat Sing Rubber Industries mula ditubuhkan pada tahun 1972. Difahamkan selipar Jepun keluaran Tat Sing ini sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura. Tapaknya yang keras dan tahan terhadap geseran menbuatkan pemakaian selipar berkenaan tidak mudah tergelincir.
Kini selipar Jepun Tat Sing dijadikan rujukan seni bagi rekaan selipar di seluruh dunia. Dapat dilihat kebanyakan jenama kasut terkenal seluruh dunia telah ‘meniru’ rekaan selipar ini termasuk jenama Havaianas dan Hermes.
Sumber: Vocket
Tanpa kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu, tiadalah selipar Jepun. Pastinya menggamit memori bagi sesetengah daripada anda yang pernah memakainya sebelum hadirnya ‘selipar Jepun’ jenis getah lembut seperti selipar Fipper hari ini.
https://iamlejen.com
|
|
|
|
|
|
|
|
selipar ini..'diharamkan' dalam permainan 'BALING SELIPAR'....kerana 'sifatnya' yang sangat keras. |
|
|
|
|
|
|
|
Selipar ni lejen ooooo
Kalau main baling selipar sah sah diharamkan
Dalam cerita kungfu hustle stephen chow watak jahat pakai selipar ni je tapi power habis |
|
|
|
|
|
|
|
erkkk dulu pernah dihempuk selipar ni |
|
|
|
|
|
|
|
tp kalo xpkai selipar nih... mase baling x brapa nak pegi laa... melayang jer selipar jenis flipflop tu...
kalo jaman aku, dihadkan penggunaan dia. just guna utk baling bg sususan selipar tu jatuh jer...
baling badan, pakai selipar yg baik sikit akhlaknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena badan, berbisa. Kena kepala, bergegar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|