CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 900|Reply: 1

KL City kekal rekod tanpa kalah

[Copy link]
Post time 5-9-2021 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) ternyata cukup kebal di gelanggang sendiri musim ini apabila berjaya menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam ini.

Kemenangan itu membolehkan anak didik Bojan Hodak muncul pasukan pertama yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri sepanjang musim ini.

Namun kekalahan ini pula sedikit mengganggu rentak KDA yang hanya memerlukan lima mata lagi bagi menengesahkan kedudukan selaku naib juara Liga Super musim ini di belakang Johor Darul Ta'zim (JDT) yang lebih awal mengesahkan kejuaraan kali kelapan berturut-turut.

Begitupun, skuad Helang Merah masih berbaki dua aksi berbanding pencabar lain yang hanya memiliki satu lagi perlawanan dalam tangan.

KL City terlebih dulu mendahului menerusi sepakan penalti Romel Morales pada minit keenam untuk mengejutkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.

Pelawat terus tertekan pada minit ke-26 apabila bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menambah gol kedua buat tuan rumah dan yang pertama untuknya musim ini.

Skuad Helang Merah kembali merapatkan kedudukan menerusi penyerang import, Tchetche Kipre lapan minit kemudian bagi menghidupkan semula peluang pasukan untuk meraih mata di tempat lawan.

Memasuki babak kedua, aksi bertambah rancak dengan masing-masing sering berbalas serangan terutamanya KDA yang memerlukan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan.

Bagaimanapun, benteng skuad Warga Kota cukup kebal dan kelebihan 2-1 itu kekal hingga wisel penamat - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2021 06:52 AM | Show all posts

PEMAIN Kedah Darul Aman FC, Kipre Tchetche Hermann (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur City FC, Muhammad Akram Mahinan (kiri) dan Mohd Kamal Azizi Zabri (kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Kuala Lumpur. FOTO Hazreen Mohamad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038185 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list