|
Edited by Daftpunk_shine at 5-9-2021 05:26 PM
Milah, seorang ibu tunggal dan sibuk menguruskan ladang ternakan peninggalan arwah suaminya. Kudratnya sebagai wanita tidak mampu menguruskan ladang itu berseorangan, maka Milah bercadang mengambil seorang pembantu lelaki.
Datanglah dua orang pemuda untuk diinterviu. Seorang kaki pemabuk. Manakala yang seorang lagi mengaku gay dan langsung tidak tertarik pada wanita.
Akhirnya Milah membuat keputusan mengambil pemuda gay tadi untuk bekerja dengannya. Gay itu tentu lebih selamat daripada si pemabuk, fikir Milah. Setahu Milah, gay tidak akan kacau orang! Ini calon terbaikkk!
Lelaki gay bernama Joned itu bekerja dengan baik dan sangat rajin. Gembira dengan tugas Joned yang memuaskan hatinya, pada satu hujung minggu Milah bersetuju memberi Joned cuti.
Maka sejak awal pagi Joned sudah keluar hinggalah ke dinihari. Pukul 3.00 pagi barulah Joned pulang.
Sampai saja Joned di rumah, Milah sudah menunggu sambil bercekak pinggang.
“Buka baju aku!” jerit Milah.
Terketar-ketar Joned membukanya.
“Buka skirt aku!” Joned menurut lagi.
“Buka coli sekali!” jerit Milah lagi.
“Last sekali buka spender aku!” tempik Milah.
Sambil terketar-ketar Joned melakukan apa yang disuruh.
Sambil menuding jari ke arah Joned, Milah bertempik : “Lepas ni, kalau sekali lagi aku dapat tau kau curi baju-baju aku, bra aku, skirt aku dan spender aku, aku pecat kau on the spot! Huh!”
Nota: Hishhh!! Apa yang anda fikir tadi? He he he...jangan otak kuning tau!
*Sumber : Senyum Pisang, Mastika (Julai 2011) |
|