View: 1086|Reply: 3
|
Tak Pernah Tidur Selama 40 Tahun, Pil Tidur Pun 'Tak Jalan'
[Copy link]
|
|
Seorang wanita dari China mendakwa tidak pernah tidur selama 40 tahun.
Situasi itu mengejutkan sekumpulan doktor mengenai keadaan yang dialami wanita tersebut.
Kredit foto: The Sun
Lapor The Sun, Li Zhanying dari wilayah Henan, timur China memberitahu dia tidak pernah melelapkan matanya sejak berusia lima tahun.
Zhanying menjadi bahan bualan penduduk kampungnya disebabkan penyakit ganjil yang dihadapi sejak kecil.
Malah, pengakuan Zhanying juga disahkan suami dan jirannya.
Beberapa tahun lalu, jirannya mengajak Zhanying untuk bermain kad pada waktu malam untuk menguji dakwaan wanita tersebut.
Bagaimanapun, seorang demi seorang jirannya mula rasa mengantuk dan pulang ke rumah untuk tidur namun Zhanying tetap berjaga.
Suaminya, Liu Suoquin juga mengesahkan isterinya tidak pernah tidur sejak mereka berkahwin.
Katanya, Zhanying sentiasa berjaga melakukan kerja-kerja rumah pada tengah malam.
Suoquin menganggap Zhanying mengalami masalah insomnia dan membelikan pil tidur, namun ia juga tidak berkesan.
Menurut Bastille Post, Zhanying cuba mendapatkan bantuan perubatan bagi merawat keadaannya namun doktor tidak dapat mengesan punca masalah tersebut.
Zhanying kemudian mengunjungi sebuah pusat perubatan di Beijing yang membongkarkan misteri masalah tidur yang dialami selama ini.
Sekumpulan doktor mendapati Zhanying sebenarnya tidur namun tidak seperti kebanyakan orang.
Menurut laporan, Zhanying tidur dengan matanya tidak tertutup, malah boleh berbual dengan suaminya.
Para pakar mendakwa situasi itu sama seperti sleepwalking atau tidur sambil berjalan yang mana badannya masih aktif ketika dia tertidur.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
sleepwalking?
i pernah sleepwalking masa kecik dulumcm ada org dk panggil cmtu suruh bgn keluar umah..nasib baik ayah i perasan |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh tidur?
baca buku Sejarah
sambil cuba fhm contents
sure terlelap |
|
|
|
|
|
|
| |
|