CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3525|Reply: 18

[Sarawak] Terawal di Malaysia. Vaksinasi Covid19 remaja Sarawak

[Copy link]
Post time 8-9-2021 06:57 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING - 8 Sept -  Pada pagi tadi Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Abg Johari Tun Abg Hj Openg turun padang untuk melihat proses program Perlaksanaan Vaksinasi COVID-19 Remaja Sarawak bertempat di Pusat Kesihatan Kpg Telaga Air, Kuching.

Pada Sidang Media setelah melakukan lawatan ringkas melihat proses Vaksinasi, YAB Abg Jo memaklumkan bahawa setakat 6.9.2021 Sarawak telah mencapai peratus liputan dos 2
88.9 % (Dewasa Layak)
65.1 % (Seluruh Populasi)

"Populasi Remaja 12- 17 Tahun di Sarawak (DOSM 2021) adalah sebanyak 289,200, yang merangkumi (10.3%) dari seluruh populasi Sarawak,
96,400 berusia 16-17 tahun (3.4% populasi penduduk)
192,800 berusia 12-15 tahun (6.9% populasi penduduk)" katanya.

Tambahan, Sarawak akan mula memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja 2021 secara berperingkat bermula hari ini, 8 September 2021 sehingga hujung minggu ini,
Semua remaja berumur 16-17 tahun.
Semua remaja 12-15 tahun dengan comorbid.

Beliau juga berkata, Pemberian imunisasi COVID-19 untuk remaja berumur 12-15 tahun yang sihat dijadualkan pada penghujung bulan September mengikut bekalan stok vaksin yang akan diterima.

Sarawak akan menjalankan pemberian imunisasi di PPV awam dan juga di sekolah-sekolah.

Bagi Bahagian Kuching, sebanyak 69 buah sekolah dan 20,990 murid berumur 16 hingga 17 tahun akan menerima vaksin COVID-19 mulai 8 September 2021.

"Pada hari ini, seramai 758 remaja akan diberi suntikan vaksin COVID-19 yang terdiri daripada pelajar dari 2 buah sekolah menengah" katanya lagi.

Klinik kesihatan akan memberikan vaksinasi kepada remaja yang tidak bersekolah dan juga mereka yang masih berada di kampung bagi pelajar asrama.

Sehubungan dengan itu, untuk kawasan luar bandar, Program Outreach ke sekolah yang terlibat akan memberikan suntikan kepada murid berumur 12-17 tahun terutamanya di Bahagian Kapit yang melibatkan 16 sekolah dan 9334 orang murid serta Bahagian Miri yang melibatkan 2 sekolah dan 207 orang murid.

Temujanji akan dilakukan mengikut sekolah dan setiap PPV akan menerima pelajar daripada beberapa buah sekolah pada setiap hari

Justeru itu, sasaran vaksinasi remaja Sarawak adalah,
Remaja 16-17 tahun akan lengkap divaksinasi sebelum sesi sekolah bermula pada 3 Oktober 2021.
Remaja 12-15 tahun dijangka pada minggu ke-4 Oktober (22-26 Oktober 2021).

YAB Abg Jo juga menyarankan Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak yang layak vaksinasi untuk menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksi.

YAB Abg Jo bersyukur kerana keputusan awal Kerajaan Sarawak untuk rakyatnya mengambil Vaksin bagi mencapai Imuniti kelompok yang terawal di Malaysia telah mencapai kejayaan.

Dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia memberi penghormatan kepada Sarawak sebagai negeri pertama melaksanakan Vaksinasi Covid-19 Remaja.

Di akhir Sidang Media, beliau juga meminta agar rakyat jangan panik dengan angka tiga ribu harian pesakit C-19 di Sarawak kerana 99% mereka terdiri dari Kategori 1 dan 2 yang tidak bergejala dan gegala ringan sahaja.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan ADUN N.4 Pantai Damai, YB Datuk Dr Haji Abd Rahman Haji Junaidi serta kenamaan lain.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2021 06:59 PM | Show all posts
semoga takde komplikasi buat adik2 ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 07:02 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 07:06 PM | Show all posts
741 Pelajar Divaksinasi Di PPV Dewan Masyarakat Serian



SERIAN: Seramai 741 orang pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di Serian menerima suntikan vaksin bagi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Serian pada Rabu.

Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Bahagian Serian, Dr Edmund Shin Chin Vui berkata, pihak pengurusan sekolah telah menyusun jadual kehadiran pelajar yang layak.

Jelasnya, langkah tersebut amat membantu kelancaran proses pemberian vaksin jenis Pfizer yang sama seperti diberikan kepada individu dewasa.

“Bagi esok (9 September), PPV Serian akan menerima seramai 670 orang pelajar dari SMK Taee dan SMK Tarat dan pada 10 September giliran 607 orang pelajar dari SMK Balai Ringin dan Sekolah Menengah Awam Serian akan diberi vaksin.

Mana-mana pelajar yang menjalani kurantin dan kurang sihat tidak dibenarkan hadir menerima vaksin dan kemungkinan bilangan sebenar yang divaksin untuk tiga hari program adalah kurang,” katanya ketika ditemui UKAS pada Rabu.

Dr Edmund menambah, kehadiran ibu bapa yang menemani anak-anak masing memperlihatkan tahap sokongan yang tinggi bagi program vaksinasi di kalangan pelajar berusia 16 hingga 17 tahun.

“Vaksinasi merupakan jalan keluar terbaik untuk membolehkan anak-anak dapat kembali ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka dengan guru-guru dan tidak lagi hanya melalui Pengajaran dan Pembelajran di Rumah (PdPR),” jelasnya. -EDISI UKAS


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 07:16 PM | Show all posts
Seramai 76,400 remaja di Sarawak mula menerima vaksin COVID-19 hari ini, menjadikan mereka sebagai kumpulan pertama remaja di negara ini yang divaksinasi.
Kumpulan itu terdiri daripada remaja berumur 16 serta 17 tahun dan remaja berumur 12 hingga 15 tahun yang menghidap penyakit berisiko tinggi, iaitu bermasalah dengan sistem imun.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 07:52 PM | Show all posts
340 Orang Pelajar SMK Lubok Antu Terima Suntikan Dos Pertama Di PPV Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seramai 340 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Pfizer di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada Rabu.

Penerima vaksinasi adalah melibatkan 179 orang pelajar Tingkatan 4 dan 161 orang pelajar Tingkatan 5 sekolah tersebut.

Proses vaksinasi dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Sri Aman dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut laporan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu, terdapat sebahagian pelajar yang belum dapat menghadirkan diri bagi mendapatkan vaksinasi berikutan terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 14 buah rumah panjang daerah Lubok Antu. –EDISI UKAS



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-9-2021 07:56 PM | Show all posts
Pasangan kembar antara penerima vaksin COVID-19 bagi program vaksinasi remaja berusia 16 hingga 17 tahun di PPV Klinik Kesihatan Telaga Air hari ini




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 07:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2021 08:02 PM | Show all posts





Sarawak sasar remaja 16 hingga 17 tahun lengkap divaksin sebelum sekolah dibuka

KUCHING, 8 September: Sarawak menyasarkan remaja berusia 16 hingga 17 tahun di negeri ini lengkap menerima vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan bermula pada 3 Oktober ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bagi remaja berusia 12 hingga 15 tahun pula dijangka lengkap divaksinasi pada minggu keempat Oktober ini.

Bercakap pada sidang media selepas melawat program vaksinasi remaja berusia 16 hingga 17 tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Telaga Air hari ini, beliau berkata program itu dilaksanakan secara serentak di Sarawak meliputi enam bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Serian, Sarikei, Sibu dan Bintulu.

Katanya, di bahagian Kuching, sejumlah 69 sekolah melibatkan 12,990 pelajar berusia 16 hingga 17 tahun divaksin mulai hari ini.

Beliau dalam pada itu menyeru ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka yang layak menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas, klinik atau menerusi Program Outreach yang telah ditetapkan.

Jelasnya, program vaksinasi remaja itu merupakan kolaborasi antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diawasi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, ibu bapa, guru dan pelajar-pelajar.

Mengulas lanjut mengenai sistem vaksinasi yang digunakan bagi kumpulan terbabit, Datuk Patinggi Abang Johari berkata kerajaan negeri mengunakan sistem yang sedia ada namun ibu bapa perlu ada bersama sebagai memberi izin untuk anak mereka divaksin.

Ujarnya, sistem itu juga digunapakai di kawasan luar bandar.




Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik2 semua. Kesian sidak sikpat pergi sekolah. Tok jak lah ikhtiar kita supaya sidak dpt kembali mnjalani sesi psekolahan seperti biasa. Adik2 tok pun pandei dah lejuk pdpr di rumah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 02:30 PM | Show all posts
Bagi Bahagian Sri Aman 342 pelajar dari SMK Engkilili berusia 16 dan 17 tahun mendapat pengiktirafan apabila menjadi kumpulan pertama yang divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan SMK Engkilili, semalam.

Ketika  proses vaksinasi berlangsung, suasana ceria dan keterujaan jelas di wajah para pelajar kerana  sekian lama tidak berjumpa dengan rakan-rakan sekolah walaupun proses vaksinasi berlangsung dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard  (SOP) yang ketat.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr Eurhaphasia Bari yang ditemui di lokasi pagi semalam menyatakan pelajar-pelajar ini akan menerima vaksin secara berperingkat mengikut lokasi sekolah dan jadual seperti yang telah ditetapkan.

"Proses Vaksinasi ini adalah mengikut jadual yang telah kita tetapkan seawal jam 9 pagi sehingga 4 petang dimana perkara ini telah kita bincangkan bersama pihak sekolah dan ibu bapa para pelajar sebelum ini".

"Proses vaksinasi juga diadakan mengikut prosedur biasa dimana pelajar perlu hadir bersama ibu bapa atau penjaga untuk pengesahan pendaftaran sebelum menerima vaksin" ujar beliau.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan agar ibubapa perlu membawa salah satu dokumen identiti kewarganegaraan iaitu Kad Pengenalan atau Sijil Daftar Kelahiran/dokumen berkaitan bagi pelajar yang mempunyai masalah pendaftaran warganegara.

Beliau turut mengingatkan kepada pelajar agar membuat penilaian kesihatan kendiri terlebih dahulu di rumah sebelum hadir untuk temujanji vaksin.

Bagi pelajar yang tinggal jauh di pedalaman, kita akan membentuk pasukan khas "School Health Team" yang akan bekerjasama dengan KKM namun sedemikian pelajar adalah digalakkan untuk datang terus ke PPV untuk memudahkan proses kemaskini aplikasi MySejahtera, tambahnya lagi.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 02:36 PM | Show all posts
SARIKEI: Pemberian vaksin kepada remaja yang berumur 16 dan 17
tahun telahpun bermula sejak semalam sehingga 12 September kelak di Pusat
Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sarikei.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sarikei yang dihubungi oleh
Jabatan Penerangan memaklumkan bahawa seramai 1,597 orang pelajar Tingkatan 4
dan Tingkatan 5 dijangka akan mendapat suntikan di PPV berkenaan yang melibatkan
enam buah Sekolah Menengah di Daerah Sarikei.

Semalam, PPV berkenaan telah berjaya memberikan vaksin kepada seramai 215 orang
pelajar dari SMK Bandar manakala seramai 237 orang untuk SMK Sarikei Baru. Pada hari
ini, mereka menyasarkan seramai 320 orang penerima vaksin dari SMK Sg Paoh.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak bersekolah, mereka boleh hadir secara ‘walk-in’ ke
PPV untuk mendapatkan vaksin. Manakala bagi pelajar yang layak mengikut umur tetapi
mereka berada di dalam kawasan PKPD, Pusat Kuarantin, PKRC atau wad mereka akan
diberi temujanji kemudian, demikian menurut jurucakap yang dihubungi.
Seramai 58 orang yang terdiri daripada Petugas Kesihatan, RELA, PDRM, Sukarelawan
Kesihatan dan Sukarelawan Bukan Kesihatan telah bertugas di PPV tersebut.









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2021 02:39 PM | Show all posts
KAPIT: Seramai 1,521 orang remaja berumur 16-17 tahun yang juga merupakan pelajar sekolah menengah merupakan kumpulan pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 di sekolah masing-masing, di sini, hari ini.

Sekolah yang terlibat hari ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit, Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Selirik manakala pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Balleh akan menerima suntikan hari ini.

Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan Remaja Daerah Kapit akan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 12 September bagi pemberian dos pertama.

Remaja yang terlibat akan menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang di buka di empat buah Sekolah Menengah tersebut namun bagi remaja yang tidak bersekolah serta bersekolah di luar daerah ini namun berada di Kapit boleh mendapatkan suntikan di Dewan Sri Balleh pada 11 dan 12 September.

Pengetua SMK Kapit , Jeffry Lias yang ditemui Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Kapit ketika tinjauan menyatakan program vaksinasi berjalan dengan lancar yang mana pihak sekolah telah membuat persediaan awal bagi membantu pihak Pejabat Kesihatan yang memberi suntikan.

“Ibu bapa dan penjaga hendaklah mematuhi nasihat yang telah diberikan dengan hanya seorang penjaga dibenarkan menemani pelajar dan memastikan pelajar mendapat suntikan sebagai perlindungan sebelum sesi persekolahan dibuka,” tambahnya lagi.

Seorang pelajar tingkatan 5 dari SMK Kapit, Gideon Renggie,17, menyatakan beliau merasa lebih selamat dan lega setelah menerima vaksin serta berhasrat terus mengamalkan SOP walaupun telah divaksin selain berharap remaja lain jangan takut untuk divaksin.

Franky Ayor,55, yang menemani anaknya hadir untuk divaksin menyambut baik usaha pemvaksinan remaja dan berterima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak kerana usaha pantas mengambil langkah memberikan vaksin kepada remaja.

Sementara itu, Tija Tinggang, 44, bersyukur kerana kedua anaknya yang berumur 16 dan 17 tahun divaksin hari ini serta memuji kerajaan Sarawak yang menjadi negeri pertama memberikan vaksin kepada golongan remaja.

Beliau yang berasal dari Rumah Ranggai Nanga Balang menyatakan dengan adanya program vaksin remaja ini sedikit sebanyak mengurangkan kerisauannya apabila sesi prasekolah akan dibuka Oktober kelak.

Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit turut menasihati penjaga untuk membiarkan pelajar hadir bersendirian, di samping memastikan dokumen pengenalan pelajar dan penjaga dibawa, kad hospital atau kad klinik (jika ada) dibawa serta MySejahtera yang telah dikemaskini.

Secara keseluruhan, seramai 4390 pelajar dijangka akan menerima vaksin melibatkan 4 buah sekolah menengah, 45 buah sekolah rendah di Daerah Kapit dan Bukit Mabong.











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 11:22 AM | Show all posts
BETONG, 10 Sept - Seramai 335 Pelajar dari SMK St Augustine Betong telah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Panglima Rentap Betong.

Semasa ditemubual, pelajar tingkatan 5, Deborah Minggang Desmond, 17, yang menetap di Kuarters Kerajaan Negeri di sini memberitahu pada mulanya beliau merasa takut apabila diarah pihak sekolah untuk divaksin pada hari pertama.

Namun Deborah berkeyakinan bahawa suntikan vaksin penting untuk imunisasi badan bagi mengekang jangkitan wabak COVID-19, justeru beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memperoleh vaksin.

Cryril Anthony, 17, seorang lagi pelajar tingkatan lima dari Rumah Panjang Jungkal yang memperoleh vaksin hari ini berkata beliau sangat teruja kerana sedar vaksin penting untuk mempertingkat imunisasi dalam badan.

Jika tidak divaksin, ianya akan menyukarkan keadaan memandangkan pelajar tingkatan lima akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” kata Cyril.

Cyril menggalakkan semua pelajar tingkatan empat dan lima wajar segera mendapat vaksin kerana penting untuk membina imunisasi kelompok dalam sekolah selain mencegah penularan COVID-19.

Salah seorang ibu kepada pelajar yang menerima vaksin, Lai Siew Ten, 44, telah mengiringi anaknya untuk mendapat vaksin dan menyatakan sememangnya beliau menunggu panggilan untuk anaknya divaksin.

Jelas Lai yang bertugas di Hospital Betong, apabila seseorang sudah divaksin imuniti badan akan menjadi kuat dan sekurang-kurangnya dapat mengekang jangkitan wabak virus.

Harapan Lai agar pihak kerajaan dapat mempercepat proses vaksin untuk remaja yang bersekolah atau pelajar tercicir bagi merealisasikan imunisasi kelompok.

Sewaktu ditemui juga, Richard Majoi, 35, dari rumah Panjang Nanga Buai, Padeh yang mengiringi dua orang anaknya 16 tahun dan 17 tahun berkata, beliau dan dua orang anaknya telah datang seawal jam 6.30 pagi datang ke PPV di Dewan Panglima Rentap Betong bagi mendapat suntikan vaksin.

Richard menggalakkan anaknya mendapat vaksin kerana beliau yang telah melengkapkan dua dos vaksin merasa lebih sihat dan yakin berada di luar.

“Berita-berita yang tidak benar dalam media sosial sebelum ini jangan dipercayai kerana ada pihak tertentu hendak menakutkan komuniti setempat,” kata Richard. - TAMAT-

Disediakan dan foto oleh: Senie Endin (JaPen Betong)

credit










Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurrrr sidak adik2 tok dah start vaksin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 02:33 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 11-9-2021 02:30 PM
Syukurrrr sidak adik2 tok dah start vaksin.
sik kira lah apa kata urang ...

kurang-kurang dah usaha ...
sampei bila sik sekolah ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-9-2021 02:33 PM
sik kira lah apa kata urang ...

kurang-kurang dah usaha ...

Kannnn. Lejuk dah sidak pdpr. Kesian miak2 sekolah. Tok jak lah caranya sis. Nak tunggu zero cases sampei bila nakkk.. kita pun sik boleh lockdown, habis ekonomi kita. Atleast buka semua tok dpt lah mnampung bisnes2 org lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 02:52 PM | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 11-9-2021 02:41 PM
Kannnn. Lejuk dah sidak pdpr. Kesian miak2 sekolah. Tok jak lah caranya sis. Nak tunggu zero cases ...
urang have2 sik kisah la cdak nya maok pdpr sampei bila2 ...
rata2 urang kita ... biasa2 jak... lain gik mun adik beradik rami ... semua sekolah ... berebut henpon...
lom gik berkongsi ngan anak pc / lappy ... kerja dari rumah ...

sebab ya mek kinek tuk nangga klinikal report jak ...
berapa kes 3 , 4 , 5 ... harap makin kurang kes bergejala teruk...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 07:12 PM | Show all posts
282 Remaja Lagi Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Dalam PICK Remaja Di SMK Paku


BAU: Seramai 282 remaja berusia 16 dan 17 tahun menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku pada Ahad.


Rata-rata golongan remaja terbabit adalah merupakan pelajar tingkatan empat dan lima dari sekolah berkenaan menerusi Pogram Imunisasi COVID-19 (PICK) Remaja peringkat Daerah Bau.

Angka tersebut menjadikan jumlah golongan berkenaan yang menerima dos pertama vaksin bagi tempoh dua hari berturut-turut adalah seramai 557 orang.

PICK remaja di sekolah berkenaan bermula dari pukul 8 pagi hingga 1 petang itu dikendalikan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau.-EDISI UKAS









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.074531 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list