CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 6 Oktober 2021)

[Copy link]
Post time 10-9-2021 07:30 PM | Show all posts
gempak ah..
saja cuba nasib masuk MPS
sekali ada gula gulaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Parkkkkkkkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih Damm.. gaya penulisan Damm punca berulang kali baca thread sblm ni dan tidak jemu..
Teruskan usaha murni anda..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 04:02 PM | Show all posts
Seramm, jadi makhluk apa sebenarnya kumpulan berjubah hitam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tunggu sambungan cerita...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 09:26 PM | Show all posts
ok parkkkkkk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome back Dammerung
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
trexxxxxi replied at 11-9-2021 10:27 PM
Welcome back Dammerung


Yesssss.....welcome back Damm!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 10:45 PM | Show all posts
welcome back damm

belum siap novel lagi ke?

aku orang pertama yang akan  beli....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 03:59 PM | Show all posts
tq Dam.... best baca citer kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 12:26 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 17-9-2021 12:08 PM

Kes 2/2021 – Himpunan Kisah Dari India [Gangguan Dalam Rumah]


Setelah berkahwin, Subha dan Ravi berpindah masuk ke sebuah apartmen di kota Bangalore. Tuntutan karier Ravi sebagai akauntan dan Subha, seorang pereka di syarikat hiasan dalaman menyebabkan mereka jarang berada di rumah.

Bila dah jarang di rumah, maka keadaan rumah pun agak tak terurus. Kata Subha, bukanlah mereka malas, tapi setiap kali kemas nanti berselerak semula.

Gaya hidup ini berterusan selama dua tahun sehingga Subha didapati hamil tiga minggu. Memandangkan ini bakal cucu pertama kedua belah keluarga, Subha didesak supaya berhenti kerja dan pulang ke Mysore, atau sekurang-kurangnya cuti panjang, sehingga habis berpantang.

Sebagai wanita berkarier mestilah Subha tak mahu. Bersusah payah dia berusaha untuk mencapai cita-cita menjadi seorang interior desginer, tiba-tiba nak kena jadi surirumah sepenuh masa pula.

Setelah berbincang dengan semua pihak, Subha dengan berat hati bersetuju untuk cuti tanpa gaji sehingga habis berpantang, denga syarat tak perlu balik kampong dan disediakan seorang pembantu rumah.

Kejadian aneh mula terjadi pada minggu pertama Subha di rumah. Pintu bilik berdentum tutup dengan sendirinya. Mereka tinggal di tingkat 10, boleh jadi angin kuat masuk ikut tingkap. Bermula dengan sekali setiap 3 ke 4 hari, menjadi semakin kerap sehingga tiap-tiap hari. Tak pasal-pasal pembantu rumah, Lakshmi kena marah kerana tak sendal pintu, padahal berulang kali dia pastikan pintu semua bersendal.

Kekerapan pintu dihempas kuat membuatkan semua pintu ditutup sepanjang masa. Walaupun begitu, masih juga berlaku sehingga menjerit Subha dibuatnya kerana bengang teramat sangat. Sampai tengah tidur, pukul 2 -3 pagi pun sempat berdentum lagi.

Dia dan Ravi memang tak percaya benda-benda mistik, jadi mungkin struktur rumah tak stabil. Bangunan runtuh kerana struktur binaan tak selamat adalah perkara biasa di India dan mengorbankan beribu-ribu nyawa setiap tahun.

Pengurusan dan pemeriksa bangunan sudah ramai datang dan mengesahkan blokdan unit kediaman mereka adalah selamat untuk didiami. Namun begitu, masih jugaterjadi dan kedua mereka mengambil keputusan untuk berpindah, walaupun deposit hangus kerana langgar kontrak.

Kali ini, Subha dan Ravi menyewa unit apartmen di pinggiran kota. Ini membuatkan Ravi lebih jarang berada di rumah kerana jarak jauh dari tempat kerja, ada masa terpaksa bermalam di pejabat .

Tak sampai seminggu di rumah baru, pesta menghempas pintu kembali berlangsung. Tukang periksa semua telah dipanggil dan seperti sebelumnya, tiada masalah dengan struktur rumah. Nak dikata Subha bikin drama, Lakshmi pun alami perkara sama, malah Ravi sendiri dengar sewaktu dia di rumah.

Mahu pindah lagi, mana ada duit. Simpanan yang ada hanya untuk belanja sewaktu melahirkan nanti. Ravi pula asyik cadang Subha supaya balik ke rumah orang tua dan ini menyebabkan mereka sering bertengkar. Subha tak mahu pulang kerana dia tahu sikap overprotective ibu pasti akan sering menguji tahap kesabarannya.

Mereka membeli bantal-bantal tambahan dan lekatkan ke daun pintu. Biarpun tak selesai masalah tapi sekurang-kurangnya tak adalah berdentum-dentum lagi.

Masuk trimester kedua, Subha sudah lali dengan isu pintu. Memang tipu lah kalau tak terlintas di fikiran ada unsur paranormal tapi dilupakan sahaja kerana hanya menambah kepada tekanan jiwa sedia ada.

Tapi masalah lain pula timbul.

Satu tengahari, Subha sedang membuat kerja di ruang tamu.Kemudian terdengar ketawa kecil dari arah bilik air.

Dia menurunkan skrin laptop dan ternampak separuh kepalaberambut panjang mengurai terjulur dari sebalik dinding koridor dengan sepasang mata bersinar sedang merenungnya.

Subha menarik nafas panjang sambil menutup mata, sebelum membuka kembali dan mendapati tiada ada di depan mata.

Browser google dibuka dan Subha menaip satu-persatu apa yang dialami sebentar tadi.

Depresi.

Psikosis.

Iphone dicapai dan segera dia menghubungi suaminya.

“Ravi, we need to see a doctor. I think I’m sick”

Beberapa hari kemudian, mereka berjumpa psikiatri dan pakar itu menerangkanbahawa Subha mengalami simptom-simptom gangguan mental yang menyerang peratusan kecil ibu mengandung.

Memandangkan Subha tidak mempunyai sejarah dan juga ahli keluarga yangmengalami masalah berkaitan mental, dia tidak dipreskripsikan ubatan. Sebaliknya,ditanya jikalau mempunyai keinginan memakan sesuatu atau ada perubahan sikap ketara dari sebelum hamil.

Subha tak ada apula mengidam tetapi tak tahu kenapa dia cukup sakit hati apabila cadangan pulang ke Mysore diutarakan. Nak kata dia benci kampong halaman pun tak juga, tapi sejak mengandung, muncul rasa anti dengan apa-apa berkaitan Mysore, ini termasuklah terhadap keluarga sendiri.

Ravi pula dah tak larat nak bertengkar. Bebanan kerja ditambah dengan pelbagai masalah di rumah membuatkan dia juga turut terkesan. Sejak berpindah ke rumah baru, Ravi mengalami insomnia. Puas berguling, ambil pil tidur bagai,tetap juga tak boleh terlelap. Jadi, dia habiskan masa waktu tidur dengan membuat kerja. Ini membuatkan Subha sering berleter. Apa yang pelik, insomnia hanya di rumah sahaja tapi bila tiba di pejabat, Ravi akan merasa mengantuk teramat sangat sehingga menjejaskan prestasi kerja.

Pulang dari hospital, Ravi dan Subha tak bercakap. Subha tak ada mood nak bercakap, Ravi pula tak tahu nak cakap apa. Takut salah cakap nanti tambah mengamuk isteri dia.

Nasihat psikiatri supaya pulang ke Mysore untuk berehat dibawah jagaan keluarga sementara waktu membuatkan Subha naik marah. Ravi pun silap, pergi iyakan cadangan tersebut. Adalah Ravi cuba tukar topik, ajak minum di Starbuck atau kafe di hotel, sudahnya kena perli balik;

“Pergilah lepak dengan doktor tu, pergi dating sekali, nak sangat I balek kampong kan?”

Ravi pun diamkan diri. Kalau tahu macam ini baik dia ambil cuti separuh hari.

Setibanya di perkarangan letak kereta, kakitangan pengurusan bangunan melambai-lambai ke arah mereka. Ravi menurunkan tingkap dan pengawal keselamatan berketurunan Assam itu tergesa-gesa menghampirinya.

“Boss, you punya rumah ada orang ka?” tanya pengawal dalam Hindi dengan loghat wilayah timur.

“Adalah, I punya maid. Kenapa?” balas Ravi.

“Dalam rumah ada orang jerit-jerit. Suruh buka tarak mau. Itu panggil polis mau ka?” jelas pengawal itu lagi.

Kedua mereka segera menuju ke rumah di tingkat 2. Sebaik pintu lif terbuka, jiran tetangga berkerumun depan pintu rumah. Beberapa lelaki cuba memujuk orangdi dalam untuk membuka pintu.

Dari dalam kedengaran suara Laksmi menjerit-jerit macam diserang.

Mujur Ravi dan Subha bawa kunci. Pintu dibuka dan dilihat Lakshmi terduduk di sudut ruang tamu sambil menekup muka dengan bantal. Keadaan rumah macam tongkang pecah.

“Hantu! Hantu!” jerit Lakshmi berulang kali.

Subha cuba menenangkan pembantu rumahnya tetapi sebaik Lakshmi nampak pintu rumah terbuka, pantas menerjah keluar dan kalau tak ada orang memegang, dah lama dia terjun ke bawah.

Lakshmi dibawa ke pejabat pengurusan apartmen. Setelah agak tenang, Lakshmi menceritakan apa yang terjadi sewaktu Ravi dan Subha ke hospital.

Sejak dia berkerja dengan Subha dan suami, Lakshmi tidak pernah bersendirian di rumah. Pada hari itu, pertama kali dia seorang diri dan sedang sibuk menyediakan makan tengahari, terdengar suara wanita ketawa.

Diingatkan Subha pulang sebentar kerana ketinggalan barang dan sedang berbual di telefon, jadi dibiarkan sahaja. Dari ketawa kecil, makin lama makin kuat sampai terbahak-bahak. Apa lagi memelikkan sudah satu jam lebih hilai tawa itu berterusan.  Curiga, Lakshmi curi-curi ke depan untuk lihat apa yang lucu sangat itu.

Ruang tami bersepah-sepah. Lakshmi mencapai pemukul kriket kepunyaan Ravi yang tergantung dan berhati-hati menuju ke bilik tidur majikannya.

Tubuh Lakshmi kaku apabila melihat lembaga hitam berambut panjang denganmata merah menyala sedang bertenggek di atas meja solek.

Dia melihat jelas jari-jari panjang dengan kuku tajam mencengkam kemas permukaan cermin seperti burung bertenggek. Makhluk itu tak henti-henti ketawa, tapi bukan kerana lucu tapi seolah-olah sedang berkokok.

Menyedari kehadiran Lakshmi, lembaga meluru ke arah pintu untuk menyerang.Lakshmi pantas menutup pintu sambil memegang tombol yang terhentak-hentak cuba dibuka dari dalam.

Tak berupaya lagi, dilepaskan tombol lalu berlari ke pintu rumah, tapi taksampai lagi rak kasut, makhluk hitam itu merangkak-rangkak di siling dan sempat menarik rambut Lakshmi.

Kayu kriket dihayun-hayun membabi buta sebelum terperosok di sudut dindingsambil menekup kusyen sofa di muka.

Lakshmi cuba meredam hilai tawa dengan meraung-raung sekuat hati, sehinggalah Subha pulang.

Sebab kenapa dia lari ke pintu dan cuba terjun disebabkan sebaik dia mengalihkan bantal, muka lembaga itu betul-betul di sebelah bahu kiri Subha.

Apabila ditanya bagaimana rupa makhluk itu,

“Mirip muka madam, cuma wajah pucat menggurutu dan mata merah menyala...”

“...macam mayat”

Lakshmi berhenti kerja dan kejadian ini sampai ke pengetahuan keluarga diMysore. Setelah beberapa siri drama keluarga, mereka sekali lagi berpindah rumah. Kali ini di komplek apartmen baru disiapkan dan dibangunkan oleh pemajuterkenal. Perpindahan ini ditanggung keluarga dan sebagai syarat, ibu Subha akan turut tinggal bersama mereka.

Keadaan rumah agak tegang. Subha dan ibu sering bertegang leher. Dia rimas dengan ibu jadi queen control di rumah. Buat kerja di laptop lama sikit kenabebel, pakai legging tak boleh, itu tak boleh, ini salah, ada sahaja benda takkena di mata ibu.

“Sebab kau keras kepala lah hantu jembalang suka bertandang kat rumah!” marah ibu.

Dengan segala yang telah terjadi, Subha masih in denial. Baginya apa yang dia telah alami dan terjadi pada Lakshmi ada penjelasan logik dan tak ada kena mengena dengan perkara mistik.

Lebih kurang sebulan sebelum kehamilan mencapai 9 bulan, Ravi outstation tiga hari kerana ada program team building.

Hujan turun dengan lebat. Bangalore yang memang dah sedia maklum sejuk, lagi membeku lah pada malam itu.

Subha masuk tidur awal. Masa makan malam, dia bertengkar lagi dengan ibu. Pasal benda bodoh sebenarnya, kerana pilihan nama anak.

Desiran angin kuat diselang-seli kilat dan guruh sambung-menyambung membuatkan Subha rasa seram.

Tiba-tiba, sikat di meja solek terpelanting ke pintu.

Disusuli bekas foundation, mekap dan apa-apalah di atas meja.

Subha menjerit panggil ibu. Tak tahulah samada tak dengar sebab bising bunyi hujan atau dah sedap tidur, ibu tak datang ke bilik.

Ketawa kecil terdengar dari bawah meja solek.

Subha berselubung dalam selimut. Dalam selimut dia hubungi ibu tapi tak angkat-angkat.

Suasana hening.

Subha nekad nak lari keluar dari bilik.

Nafas ditarik panjang. Subha perlahan melorot selimut dari muka...

...dan itu dia...

Makhluk berambut panjang duduk membelakanginya di meja solek.

Dengan perut sarat memboyot, Subha meluru ke pintu. Pintu terhempas terbukadan terus memeluk ibu yang baru keluar bilik kerana jeritan anaknya.

“Maaa hantuuuu, Hantuuuu” kata Subha meraung-raung.

Ibu bawa Subha ke ruang tamu dan suruh tunggu sementara dia periksa. Subhalihat ibu menuju ke biliknya dan berhenti di luar pintu.

Ibu hanya berdiri kaku untuk beberapa ketika sebelum menutup semula pintu.Selepas itu, dia masuk ke bilik dan keluar semula membawa handphone.

MP3 bacaan Sutra berkumandang dari speaker telefon dan di letak atas lantai depan pintu bilik. Ibu mendapatkan Subha dan meminta handphonenya. Dia menghubungi bapa Subha dan kemudian menyuruh Subha hubungi suami untuk pulang sekarang juga.

“Malam ini juga kita balek Mysore” kata ibu sambil memegang bahu Subha.

Kali ini Subha tidak membantah. Dia terima kenyataan rumahnya berpenunggu.

Masa berlalu. Subha melahirkan seorang bayi perempuan di kampong. Ravi pula menyewa bilik sementara waktu kerana dia pun tak sanggup tinggal sendirian dirumah.

Demi memastikan cucu kesayangan tidak didampingi semangat-semangat tak dingini, anak Subha dibawa ke tiga kuil untuk mendapatkan berkat.

Satu hujung minggu, seorang sami datang ke rumah atas pelawaan ibubapa Subha. Sami jauh datang dari Varanasi dan telah dimaklumkan kejadian menimpa Subha dan suaminya.

“Macam ini lah, masalahnya bukan dengan Subha atau suaminya. Bukan juga dengan rumah-rumahnya” jelas sami.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Kerana selama ini Subha dan ibuyakin samada rumah-rumah sewa Subha berpenunggu, tak pun ada orang dengki hantar pelesit ke Subha. Iya, India pun ada pelesit juga, bukan Malaysia sahaja.

“Ada tak barang-barang dalam rumah beli dari orang?” tanya sami.

Waktu itu Subha teringat akan sesuatu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 12:45 PM | Show all posts
Sebelum melangsungkan perkahwinan, Subha dan Ravi pergi membeli-belah kelengkapan untuk rumah mereka nanti.

Sebagai seorang pereka hiasan dalaman, Subha memang dah ada idea bagaimana rumahnya nanti. Walaupun dia kerap mengemaskini idea, ada satu kelengkapan yangsentiasa ada dalam versi-versi idea hiasan dalamannya.

Meja solek antik.

Dia menyedari meja solek tersebut ketika melawat salah seorang kliennyayang merupakan pengedar perabot antik. Meja solek dikatakan berusia lebih 100 tahun dan pernah dimiliki salah satu gundik kepada Maharaja Patiala, monarki dari Punjab yang tamat penguasaan sebaik India memperolehi kemerdekaan daripada British pada 1947.

Lukisan-lukisan kehidupan diraja memenuhi permukaan meja dan ukiran-ukiran halus menghiasi bucu-bucunya.

Harga belian Rs 60,000 boleh dikira berpatutan untuk set antik bekas hakmilik salah satu keluarga diraja India dan betul lah kata orang, if it sounds too good to be true, maka adalah udang di sebalik batu.

Subha bersemuka dengan klien yang menjual meja solek itu kepadanya. Setelah dipujuk, atau dipaksa, akhirnya pemilik butik antik menceritakan kisah disebalik meja itu.

Sementara sejarah pemilikan diraja itu adalah benar, pemilik butik merahsiakan tentang bagaimana ia sering bertukar tangan, malah butik itu jugasering ada gangguan seperti diceritakan pekerja-pekerja.

Sebelum tiba di showroom butik antik, meja solek dimiliki oleh salah seorang anggota satu keluarga ternama di Hyderabad. Dikenali dengan minat terhadap barangan antik, meja solek itu dihadiahkan kepadanya pada hari ulangtahun oleh seorang rakan yang merupakan keturunan dari keluarga diraja, pemilik asal meja solek.

Satu hari pemilik meja datang ke butik dan menyatakan niat untuk menjual meja antik miliknya. Pemilik butik datang ke rumah wanita itu untuk menilai harga pasaran terkini dan memaklumkan harga minimum sekitar 2 lakh, atau sekitar RM 12 ribu.

Pemilik menyatakan buat masa ini dia tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk membeli dan tiada masalah memberi rekomendasi kepada rakan-rakan seperjuangan.

“Tak apa, I bagi you free je meja ni asalkan you ambil dari rumah I” kata wanita itu.

Berkali-kali pemilik butik meminta kepastian dan alasan diberi hanyalah rumahnya sudah terlalu banyak barangan antik, dia mahu beri ruang kepada kelengkapan baru.

Meja dibawa ke butik dan dijadikan display piece, iaitu diletakkan pada kaca kedai untuk tatapan orang lalu-lalang di luar.

Pada mula tiada masalah, tapi gangguan mula berlaku apabila salah seorang pekerja hamil. Penampakan wanita misteri berambut panjang sering dilaporkan oleh pekerja tapi tak ada pula gangguan ekstrim seperti dialami Subha.

Pernah satu malam, beberapa pekerja berada di butik untuk susun atur semula barangan bagi bisnes musim baru. Lebih kurang pukul 10 malam, ada suara orang ketawa datang dari depan butik.

Didapati ada kelibat seseorang beramput panjang sedang merangkul cermin.Kelam-kabut semua melarikan diri sehingga terlupa tutup butik.

Gangguan di butik berterusan sehinggalah Subha membeli meja solek itu.

Berbalik kepada penjelasan sami, dinyatakan bahawa pada zaman dahulu,tradisi menyemah objek harian seperti katil, meja dan meja solek adalah normal dikalangan keluarga diraja.

Semangat-semangat diseru dan dipuja untuk mendiami objek-objek bagi tujuan keselamatan. Lebih kurang macam orang kita dahulu kala bela hantu raya untuk jaga ladang tanaman atau pelindung dari ancaman.

Pemilik asal mungkin menyeru semangat untuk meja solek bagi dijadikan belaan. Biasanya penuggu dijadikan perisik halus menyampaikan gosip-gosip hangat tentang gundik-gundik lain yang juga merupakan pesaing untuk mendapatkan perhatian Maharaja.

Dan sudah tentu juga, penunggu digunakan untuk merosakkan kehidupan orang lain. Iblis belaan seperti ini akan dihantar untuk menghasut mangsa dengan perasaan iri hati, dengki, benci, amarah serta gangguan emosi dimana mangsa akan dilemahkan melalui masalah sukar tidur malam.

Meja solek merupakan objek pilihan bagi membela makhluk kerana mempunyai cermin. Seperti  dalam cerita Snow White, ibu tiri punya cermin berhantu itu kan? Sama lah kaedahnya disini, iaitu tuan akan memberi arahan dengan melihat cermin dan melalui cermin itu juga, tuan punya iblis dapat melihat belaannya, yang biasanya mirip wajah tuan...

...ibarat melihat refleksi sendiri di cermin.

Kemungkinan besar, tuan meja solek merangkap pemilik penunggu, meninggal dunia sebelum sempat menurunkan kepada pewaris.

Makhluk-makhluk begini amat suka dengan wanita hamil kerana buangan-buangan orang mengandung samada air kencing dan najis merupakan makanan kegemaran mereka. Apatah lagi air ketuban, darah kotor, tali pusat dan plasenta, itu semua ibarat fine dining bagi hantu jembalang.

Sebab itu, orang India amat lah pembersih sebenarnya. Adalah kepantangan besar masyarakat India tinggal di tempat kotor.

Satu lagi, makhluk belaan ini sering ketawa, atau mengilai. Sebenarnya bukan lah mereka berasa lucu tapi itu cara makhluk ini berkomunikasi.Makhluk-makhluk ini biasanya suka meniru manusia, lebih-lebih lagi tuan mereka dan oleh kerana bahasa kita sulit untuk dituturkan, maka ekspresi jadi tiruan.

Kerana itu, hantu jembalang ini, samada hanya boleh ketawa / mengilai atau menangis. Ini mengikut kata tok sami lah. Dengar boleh, nak percaya terpulang kepada diri masing-masing.

Sami menasihatkan supaya meja solek dibakar. Bunyi macam senang tapi kata Subha, nak keluarkan meja itu dari bilik sikit punya seksa. Mula-mula tiga orang angkat, tak terangkat, lima orang pun tak terangkat juga. Subha ditanya samada boleh diceraikan jadi bahagian-bahagian kecil supaya mudah dipindahkan, Subha okay sahaja tak ada masalah. Nak cincang sampai hancur pun tak apa.

Belum sempat bawa kapak masuk bilik, pintu dah berdentum tutup dan terkunci dari dalam. Ada seorang pekerja terperangkap di dalam merayu-rayu minta pintu dibuka kerana...

...ada perempuan rambut panjang dan bermata merah sedang mencangkung dibawah meja solek sambil merenungnya.

Dipendekkan cerita, dapatlah dibawa keluar meja solek dari bilik rumah sewa Subha. Itu pun penuh dengan drama-drama, kejap tayar pancit lah, enjin lori takboleh hidup, pemandu kena tanduk dengan lembu ketika berhenti kencing tepi jalan.

Akhirnya, terbakarlah meja solek berhantu tersebut dimana sami itu sendiri menyalakan mancisnya.

Subha dan Ravi serta keluarga tidak terlibat dalam proses pembakaran meja solek, tapi sami menceritakan dia lihat sendiri bagaimana penunggu meronta-ronta terbakar.

Abu meja solek itu kemudiannya dikumpulkan, disimpan dalam botol kaca dan diberi kepada keluarga Subha. Kata sami itu, ini adalah pendinding kuat dari makhluk halus serta binatang buas seperti ular dari masuk ke rumah, dengan mencalitkan sedikit abu atau arang ke laluan-lauan masuk ke rumah seperti pintu, tingkap lubang-lubang angin dan sebagainya.

Beberapa tahun kemudian, Subha berpindah ke Mumbai susulan dari Ravi dapat kerja di sana. Tinggallah mereka disana tanpa sebarang gangguan mistik.

Bersambung di cerita seterusnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 12:58 PM | Show all posts
Segala cerita disampaikan oleh aku, dammerung dalam thread ini tidak dibenarkan sama sekali digunakan atau disalin tak kisah samada untuk tujuan komersial ataupun tidak.

Sudah terlalu ramai orang monetized karya-karya aku. Aku sendiri pun tak pernah buat duit dengan tulisan aku, engkau sedap-sedap je buat income dari usaha aku.

Bagi cerita-cerita aku sebelum ini yang dah tersebar meluas, samada di FB, Wattpad, Fiksyen Syasha atau AAN, itu tak apalah, aku halalkan tapi cukuplah setakat itu.

Minta tolong forumer sekalian untuk report jikalau cerita-cerita aku di thread ini di copy paste di tempat lain.

Untuk makluman, aku tiada akaun sosial media di mana-mana platform, kecuali Whatsapp dan Linkedin dimana aku terpaksa ada atas tuntutan kerja. Jadi, aku tak boleh nak keep track kalau cerita-cerita aku diciplak di FB, Twitter, IG atau dimana-mana lah.

Jasa anda semua amatlah dihargai dan terima kasih di atas sokongan yang berterusan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 03:17 PM | Show all posts
welkam back Damm
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dammerung kembali..
semoga sentiasa didalam lindungannya ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:27 PM | Show all posts
Ketinggalan erl dah ni.
Dam dah masuk thread baru.
Kisah meja solek puaka ni menarik!

Anyway, ada yang buat duit ke dengan cerita seram you?
Omggg...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 11:50 PM | Show all posts
Mantapppp..teringat filem seram Chandramukhi..pasal gundik maharaja gak..aku takut gila time watak heroin kena possess dek roh Chandramukhi..trus pandai menari pompuan tu..ala2 Chandramukhi
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bc mlm smlm..semua dah lena...
Baru bc sikit...stop dulu..
Rasa seram...
Pg ni baru nk smbung bc..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cermin mmg dikatakan portal utk depa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 08:07 AM | Show all posts
baca pagi2 ni pun meremang
ada la tu yg nyebok nak baca skali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.238750 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list