CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1221|Reply: 0

[Kedah] Salah guna surat kebenaran untuk pungut derma

[Copy link]
Post time 8-9-2021 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Salah guna surat kebenaran untuk pungut derma[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
[email protected]


SYEIKH Azhari Mohamad (kanan) menyoal wanita yang menggunakan surat kebenaran milik suaminya untuk memungut derma di hadapan sebuah bank. FOTO Zuliaty Zulkiffli



Alor Setar: Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menjalankan operasi membanteras kegiatan memanipulasi lesen serta surat kebenaran yang diberikan oleh pihaknya kepada individu tertentu untuk memungut derma hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah (Jaik) Syeikh Azhari Mohamad berkata, pemeriksaan bermula jam 10 pagi dan ia tertumpu di kawasan hadapan bank dan lokasi tumpuan ramai di sekitar bandar raya ini.

Beliau berkata, pada pemeriksaan pertama di hadapan sebuah bank di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, seorang wanita berusia 50-an didapati memungut derma menggunakan surat kebenaran dikeluarkan Jaik namun nama wanita terbabit tiada dalam senarai surat itu.

"Wanita itu memaklumkan, dia hanya mewakili suaminya untuk berbuat demikian (memungut derma) dan kita minta dia beredar dari kawasan itu malah lesen pungutan derma itu masih sah sehingga April 2022.

"Memang kami ada mengeluarkan surat dan mempunyai senarai nama pemungut derma yang dibenarkan namun ada yang cuba mengambil keselamatan," katanya ditemui selepas operasi.

Turut serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaik Syeikh Radzi Abdul Mutalib.

Syeikh Azhari berkata, disebabkan pandemik Covid-19, pihaknya tidak melakukan tangkapan sebaliknya akan mengambil tindakan sekiranya ada yang melakukan kesalahan.

Kata beliau, kali ini pihaknya hanya memberi amaran namun jika aduan masih diterima, tindakan selanjutnya akan diambil.

"Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 69 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 iaitu pungutan khairat.

"Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang kecuali dengan kebenaran nyata daripada Jaik atau menurut kuasa surat kebenaran," katanya.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau berkata, sebahagian besar pemungut derma ini melakukannya secara berasingan dan setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat mereka terbabit dalam sindiket.

"Kita mohon supaya orang ramai memeriksa surat kebenaran pemungut derma terlebih dahulu kerana ada tempat yang boleh dipungut, siapa yang layak dipungut dan tempoh masa pungutan dilakukan," katanya.





Disiarkan pada: September 8, 2021 @ 5:10pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.127447 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list