CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2244|Reply: 2

[Kedah] SPRM tahan CEO, tiga pegawai kanan GLC

[Copy link]
Post time 8-9-2021 09:45 PM | Show all posts |Read mode
SPRM tahan CEO, tiga pegawai kanan GLC[size=0.8][size=0.8][size=0.9]M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]






GAMBAR hiasan





Alor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tiga pegawai kanan GLC berkenaan kerana disyaki terbabit menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM2.2 juta.

Sumber berkata, empat pegawai berusia antara 49 hingga 58 tahun terbabit ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah di sini, petang tadi.

Jelasnya, empat pegawai kanan berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan kedudukan bagi menyeleweng dana milik syarikat antara tahun 2016 sehingga 2019.

"Siasatan awal mendapati CEO bersama tiga lagi pegawai kanan syarikat terbabit menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan menyalurkan sejumlah dana syarikat yang dianggar bernilai RM2.2 juta ke dalam dua syarikat.

"Adalah disyaki kesemua suspek mempunyai kepentingan dalam dua syarikat berkenaan. Berikutan itu, mereka ditahan antara jam 3.45 petang hingga 4.15 petang tadi selepas hadir memberi keterangan," katanya.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi esok, bagi permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.





Disiarkan pada: September 8, 2021 @ 8:58pm







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh bina darulaman?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
agak2 kena buang kerja tak eh dorg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.097124 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list