Trend pengasas produk kecantikan menayangkan kemewahan di media sosial membuatkan ramai yang menyampah dengan golongan ini.
Seorang doktor turut mengaitkan ragam mereka dengan kesihatan rakyat Malaysia. Iya juga, kebanyakkan produk di pasaran adalah timbang kilo (tidak melalui kajian) yang sebenarnya lebih membawa keburukan apabila dipakai atau diminum secara berlebihan.
Akhirnya semua ini menyumbang kepada pertambahan penyakit di hospital.
Foto :Twitter
Persoalannya kenapa perlu sampai begitu sekali menunjuk-nunjuk dan adakah ianya betul-betul atau strategi pemasaran sahaja? Lebih dasyat produk tersebut dimakan ketika sedang hamil?
"Stress tengok. It's 2021. Founder pula pregnant tapi dok minum supplement entah apa dalam tu ya Allah seram tengok Semoga selamatlah anak anak dia. Semoga mak tak sakit chronic & meninggal muda. Banyak cara nak buat duit dekat dunia tapi bukan semuanya ethical."
Bagi netizen, mereka sudah penat dengan segelintir golongan yang hanya mahu nampak cantik tetapi mengabaikan kesan sampingan produk tersebut.
Foto : TT
Jadi, bagaimana kita nak celikkan mereka yang terlalu obses untuk cantik dan kurus ini? - CARI
|