CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 1

[Kedah] CEO, 3 pegawai kanan anak syarikat GLC direman

[Copy link]
Post time 9-9-2021 07:00 PM | Show all posts |Read mode
CEO, 3 pegawai kanan anak syarikat GLC direman[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 9, 2021 @ 1:29pm[email protected]


Empat pegawai kanan sebuah GLC utama negara direman empat hari bagi membantu kes penyelewengan dana RM2.2 juta. - NSTP/Noorazura Abdul Rahman




ALOR SETAR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan tiga pegawai kanan sebuah anak syarikat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu kes penyelewengan dana berjumlah RM2.2 juta.

Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan empat suspek berusia antara 49 hingga 58 tahun itu.

Semua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki terbabit salah guna kuasa dan kedudukan bagi menyeleweng dana milik syarikat antara 2016 sehingga 2019 dengan menyalurkan sejumlah dana ke dalam dua syarikat berlainan

Semalam, keempat-empat suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah antara jam 3.45 petang hingga 4.15 petang.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2021 07:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.047969 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list