CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Tinot7

[SEJARAH] Edisi tambah tacang: Kenali Perdana Menteri Malaysia (3) - exposed

  [Copy link]
Post time 10-9-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan
Pasangan :
1) Allahyarhamah Endon Mahmood
2) Jeanne Abdullah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak jasa beliau. Ini antara yang paling diingati penjawat awam.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus berkuatkuasa 1 Julai ini Kerajaan juga menaikkan kadar bantuan sara hidup atau COLA sebanyak 100 peratus.

Juga banyak jasa beliau terhadap para ustaz dan ustazah dalam bidang pendidikan. Ramai ustaz dan ustazah dapat jadi guru asbab idea beliau mewujudkan pembelajaran j-qaf di sekolah rendah.

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama penuh beliau ialah Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas tempoh pantang ibunya berakhir, Abdullah dibawa tinggal bersama bapa dan datuknya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pada waktu itu, datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim adalah mudir di Sekolah Idrisiyah, manakala bapanya, Datuk Ahmad Badawi turut mengajar di sekolah berkenaan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Datuk Seri Abdullah dan keluarga pulang ke Kepala Batas di mana beliau menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya.

Datuk Seri Abdullah dibesarkan dalam suasana kampung walaupun berada dalam keluarga ulama terkenal. Hal ini kerana negara masih dijajah, rakyat hidup serba kekurangan dalam keadaan penuh kemiskinan. Kepala Batas ibarat jelapang padi kepada Pulau Pinang kerana rumah beliau dikelilingi dengan sawah padi dan kerana itu beliau dibesarkan dalam suasana kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts

Menurut sepupunya, Datuk Subki Raof, seperti kanak-kanak lain di Kepala Batas, pada sebelah paginya datuk Seri Abdullah ke sekolah kebangsaan, manakala sebelah petangnya ke sekolah agama yang dikelolakan oleh bapanya. Datuk Seri Abdullah mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan Al-Quran. Minat seperti ini telah diteruskan oleh beliau sehinggalah beliau dewasa. Beliau juga mempunyai minat dalam menangkap ikan laga di bendang bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Allahyarham Abdul Fatah Abdullah dan Cikgu Bakar. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai minat dalam bermain kotak rokok, layang-layang dan berbasikal di atas bendang.

Datuk Seri Abdullah mempunyai kemahiran dalam pertanian. Beliau bersama Allahyarham Abdul Fatah amat berminat untuk menjual buah manggis pada masa lapang. Beliau juga diajar untuk menyemai, menanam dan menuai padi serta membajak sawah. Beliau juga pernah mandi air telaga. Pada musim kemarau, beliau bersama rakannya Subki mengangkut air dari sungai menggunakan upih pinang untuk kegunaan di rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas mengambil peperiksaan Special Malay Class (SMC), di Sekolah Melayu Permatang Bertam dan lulus bersama empat pelajar lain, Datuk Seri Abdullah telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi bukit Mertajam hingga tingkatan lima. Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Methodist Boys School, Pulau Pinang. Di sekolah, guru-gurunya selalu mengingatinya bahawa dia seorang pelajar yang dedikasi, rajin dan popular. Beliau pernah menjadi ketua pengakap sekolahnya Bukit Mertajam. Ketika berada di tingkatan lima, beliau menjadi editor majalah sekolah. Guru-gurunya turut mengakui beliau mempunyai kemahiran dalam mengarang dengan baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jelas sekali bahawa sejak kecil lagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipersiapkan dengan latar belakang pendidikan yang seimbang antara keperluan dunia dengan akhirat. Walaupun datuk dan bapanya ulama, tetapi mereka tidak membataskan pendedahan Abdullah kepada ilmu agama semata-mata. Sebaliknya beliau dihantar ke sekolah kebangsaan dan sekolah Inggeris, tetapi pada waktu yang sama, didikan agama tidak diabaikan. Malah sewaktu bersekolah menengah pada sebelah pagi, beliau juga dihantar ke sekolah agama pada waktu petang. Apa yang istimewanya ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diasuh dan dididik sendiri oleh datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya dalam ilmu-ilmu agama. Hasilnya, beliau mempunyai keperibadian yang mulia dan terserlah.

Selepas menerima pendidikan menengah, beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengajian Islam pada tahun 1964.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by peacock.bass at 10-9-2021 10:25 PM

Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kamaluddin dan Nori.

Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.


-Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964.

-Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut hingga kini.
Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981.

-Dato' Seri Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1996.

-Pada perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Sei Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000-2003.

-Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 1999.

-Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian.

-Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87).

- Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik menjadi Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak lah bapa islam hadhari.
Hari ini hari esok hari hari hari rayaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak menjadi perdana menteri, Tun Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.502641 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list