View: 1715|Reply: 16
|
[SEJARAH]
Edisi tambah tacang : Kenali Perdana Menteri Malaysia (5) - exposed
[Copy link]
|
|
Edited by Tinot7 at 12-9-2021 12:08 AM
Kuiz ditutup. Tiada tacang akan diberikan selepas ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dato seri Ismail Sabri Yaakob |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by peacock.bass at 10-9-2021 01:51 AM
dato seri ismail sabri telah memulakan kerjayanya mulai pada tahun 1985 sebagai seorang peguam. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada 1996. Pada tahun 1995, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) pada tahun 1995 juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak dafi (warna kulit lain atas faktor pencahayaan) |
|
|
|
|
|
|
|
Teka teki gmbr PM tepi takde ke |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri paling cepat naik pangkat
Memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
cer tgk idung tuh betui2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 10-9-2021 02:10 AM
cer tgk idung tuh betui2...
bahahaa aduyai kaka iolss dah silap laa niee.. Ku ingatkan Pm yg ke 5 n ku ingatkan hidung tuu gmbar hiasan semataaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe, masih ada masa... pi betuikan mana2 yg masih tak exposed lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edayildiz at 10-9-2021 03:06 AM
ayah dafi ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CikE at 10-9-2021 10:43 PM
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Bapa Dafi Baik Punya
Bapa Mertua Jovian Mandagie
Profession : Peguam
Jawatan terdahulu : Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau berkahwin dengan Datin Sri Muhaini Zainal Abidin pada 1986 dan dikurniakan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Anak beliau, Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 5 iaitu sebuah rancangan realiti berbentuk hiburan yang kini menjadi seorang penyanyi.[4] Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen, Dato' Jovian Mandagie. |
|
|
|
|
|
|
|
Ismail Sabri memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967. Kemudian, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Air Putih[5], Kuantan pada 1973 dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang pada 1976. Beliau kemudiannya belajar tingkatan enam di Jaya Akademik seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada tahun 1980. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau telah memulakan kerjayanya mulai pada tahun 1985 sebagai seorang peguam. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh pada 1987 dan Ahli Majlis Perbandaran Temerloh pada 1996. Pada tahun 1995, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) pada tahun 1995 juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1987, beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh. Kemudian, pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh. Pada tahun 1993, beliau dipiih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (2001) dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Temerloh pada tahun 2004.
Dalam pilihan raya umum 2008, Ismail Sabri Bin Yaakob bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Bera, negeri Pahang. Ismail Sabri Bin Yaakob telah menang dengan mendapat undi sebanyak 18051. Calon lawan ialah Mazlan Aliman dari PAS mendapat 14,230 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 783.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ismail Sabri berada dalam Kabinet sejak tahun 2008 sebagai Menteri Belia dan Sukan. Pada tahun 2019, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2013 dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2015.
Pada 20 Disember 2018, beliau dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO yang baru selepas penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Presiden de facto UMNO mulai 18 Disember 2018.[6] Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 pada 7 Julai 2021. Beliau juga mengekalkan portfolio Menteri Pertahanan sejak dilantik pada 9 Mac 2020.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|