CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1715|Reply: 3

[Dunia] Singapura bersiap sedia hadapi gelombang baru Covid-19 meskipun kadar vaksinasi

[Copy link]
Post time 10-9-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SINGAPURA - Singapura memperhebat program saringan untuk mengesan kes Covid-19 lebih awal berikutan gelombang baharu jangkitan dalam kalangan komuniti ketika ini, menurut pasukan pelbagai kementerian (MTF) republik itu.

Menurut unjuran semasa, MTF berkata, ‘berkemungkinan kita akan mencecah lebih 1,000 kes harian, yang dikesan menerusi saringan itu’.

MTF menyatakan gelombang jangkitan semasa bermula 23 Ogos dan ini adalah kali pertama republik itu mengalami peningkatan mendadak gelombang jangkitan dalam komuniti.

Pada 9 September, Singapura mengesan sejumlah 450 kes jangkitan Covid-19 komuniti.

MTF menyatakan, jumlah kes harian meningkat sejak minggu sebelumnya, dengan purata 76 kes sehari sebelum ini kepada 288 kes pada minggu lalu.

Pada sidang akhbar maya pada Jumaat, Pengerusi Bersama MTF yang juga Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong berkata, ‘peningkatan mendadak itu begitu membimbangkan’.

“Meskipun kadar vaksinasi kita sudah mengatasi banyak negara dan satu daripada negara yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi dunia, kami mahu memastikan jumlah kes tidak naik mendadak kerana ia boleh menjurus ke arah kes yang lebih serius dan menjejaskan sistem penjagaan kesihatan kita.

“Oleh itu kami mahu lebih berhati-hati dan memberi lebih masa untuk memastikan bahawa jumlah kes harian yang tinggi, tidak mengakibatkan jumlah kes serius yang tinggi atau kematian,” katanya.

Gan berkata, tempoh dua atau empat minggu akan datang adalah detik kritikal buat Singapura kerana pihaknya akan mengesan sama ada keadaan pesakit menjadi lebih teruk atau mengalami komplikasi lebih buruk.

“Kami akan menggunakan tempoh beberapa minggu ini untuk memberi kami masa bagi memantau jumlah kes serius, meningkatkan kapasiti saringan, dan terus meningkatkan liputan vaksinasi kami. Keadaan ini membolehkan melangkah ke depan dengan lebih yakin apabila tiba masanya kelak.

“Ketika kita mengharungi gelombang pada hari mendatang, kami perlu meningkatkan saringan dan menjadikannya sebagai elemen penting strategi kami, dalam perjalanan kita ke arah meningkatkan daya tahan Covid-19,” katanya.

Gan menegaskan, bahawa saringan turut penting untuk perniagaan kerana andai jangkitan dapat dikesan lebih awal maka besar kemungkinan ia tidak membabitkan kluster yang besar dan keadaan itu tidak menyebabkan lebih banyak gangguan terhadap perniagaan.

Bagaimanapun, MTF menyatakan, jumlah kes serius Covid-19 masih rendah.

Sehingga 9 September, sebanyak 26 kes serius dicatatkan membabitkan pesakit terpaksa diberikan bantuan pernafasan dan tujuh lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

MTF menegaskan, semakin banyak bukti kukuh menunjukkan bahawa vaksinasi memberikan perlindungan daripada keadaan menjadi lebih buruk.

Antara kes yang sudah mendapat vaksinasi lengkap sejak 28 hari lalu, MTF berkata, 99.2 peratus adalah asimptomatik atau mempunyai gejala ringan manakala dalam kalangan mereka yang belum divaksin atau belum lengkap, 95.1 peratus mengalami gejala ringan.

Setakat 8 September, 81 peratus penduduk Singapura sudah lengkap/menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 83 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 11:18 PM | Show all posts
dekat sini ada satu negeri tu kes makin mencanak dia sembang psl endemic terpaling.hari ni sampai takut KKM nak letak jumlah kes negeri2
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Contohilah tanah ayer yang berjaya mengosongkan wad icu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni nak tau jumlah kes dan sbgnya refer kat sini https://covidnow.moh.gov.my/cases
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.354423 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list