CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7148|Reply: 38

[Jenayah] ‘Kita kalahkan kleptokrasi pada PRU14 dan akan buktikan sekali lagi’

[Copy link]
Post time 11-9-2021 02:07 AM | Show all posts |Read mode
Banyak sangat minum ketum nampaknya bekas PM8 nie. Dia tak sedar ker yang kleptokrasi tu lah yang dia sokong masa nie. Yang jatuhkan kleptokrasi tu bukan UMNO, PAS weei... yang jatuh kan tu PH....

‘Kita kalahkan kleptokrasi pada PRU14 dan akan buktikan sekali lagi’
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli parti supaya teguh dengan nilai dan prinsip perjuangan Bersatu yang ditubuhkan kerana ingin membebaskan negara daripada cengkaman kleptokrasi.

Presiden Bersatu itu berkata setelah mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, parti itu sekali lagi terpaksa berkorban demi menjaga prinsip dan nilai yang menjadi asas perjuangan Bersatu.

“Kita melakukan perkara yang betul dengan tidak tunduk kepada desakan untuk menggadaikan prinsip walaupun terpaksa hilang kedudukan dan jawatan.

“Melakukan perkara yang betul ini bukan tuntutan politik, tetapi tuntutan agama,” kata bekas Perdana Menteri itu pada sambutan ulang tahun ke-5 Bersatu, malam tadi.

Memetik ayat 62 hingga 64 Surah Yunus, Muhyiddin berharap ahli Bersatu tidak gentar atau kecewa dengan apa yang berlaku kerana pengorbanan yang kecil akan mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.

“Jadi, jangan kita gentar, jangan kita kecewa. Tidak mengapalah kita berkorban sedikit kerana Allah s.w.t menjanjikan kejayaan yang besar bagi hamba-hamba-Nya yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada-Nya dengan melakukan segala suruhan-Nya.

“Firman Allah s.w.t. dalam Surah Yunus ayat 62 hingga 64 yang bermaksud “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.”

Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan perjuangan menuntut tanggungjawab, amanah yang berat untuk dipikul dan tugas yang perlu dilaksanakan.

“Kita akan dipersoal oleh Allah SWT jika kita gagal melaksanakan amanah dengan betul. Jadi, betulkanlah niat kita, tetapkanlah hati kita, luruskanlah perjalanan kita, pertautkanlah hati-hati kita, rapatkanlah saf perjuangan kita, bulatkanlah tekad kita untuk melaksanakan amanah yang berat ini.

“Jika kita bersatu, berganding bahu, bergerak seiring dan sederap, insyaAllah amanah yang berat akan menjadi ringan, kerja yang susah akan menjadi mudah,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Menteri dan Timbalan Menteri dari parti Bersatu yang baru dilantik, Muhyiddin menitipkan nasihat supaya mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang dan penuh integriti.

“Rakyat sedang memerhati dan menilai parti kita berdasarkan prestasi anda semua. Saya doakan agar anda semua akan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara serta mengharumkan nama parti kita.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan dan ahli parti-parti komponen Perikatan Nasional, iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN yang setia bersama kita dalam saf perjuangan ini. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada pimpinan parti-parti rakan iaitu GPS, MCA, MIC, PBRS dan PBS.

“Saya juga ingin menyeru ahli-ahli BERSATU supaya terus memberi sokongan kepada YAB Perdana Menteri dalam usaha beliau dan barisan Jemaah Menterinya untuk menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi dan memulihkan negara,” katanya.

https://www.agendadaily.com/poli ... ktikan-sekali-lagi/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Abah Mahiaddin yg pernah prihatin lagi pernah berpenjana ni dah bangang ke bingai?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 02:26 AM | Show all posts
hanjengggg seko ni kannn sampaii aku rasa nak taklehh tahann dah nak makiii, selama ni masih panggill abahcoww jahhh. Sialll ni jenis muka tak tahu maluuu ye klu bercakapp dia lupa betapa bangsatttny dia tagteamm dgn geng klepto demi jawatann pm, siapp disulamii dgn petikan ayatt2 qoran, betull2 penonggang agama sial ni. Patottt mamposs jahh masa sakitt kanser harituu klu tahu dia ni sejahat tu akan betrayed rakyatt yg dah mengundii
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 02:30 AM | Show all posts
Dia punya. una tak tahu malu lahmasih acahh2 gudd cakap siap petikk ayat alqorran wslsupun satu malaysis tahu perangaiii babgsattt dia. Ha mana nak cariii kulittt teballl mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
MsOren replied at 11-9-2021 02:26 AM
hanjengggg seko ni kannn sampaii aku rasa nak taklehh tahann dah nak makiii, selama ni masih panggil ...

Da namanya melayu
Mmg cengginila perangai
Apa mai heran
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangangnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2021 07:44 AM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 11-9-2021 07:46 AM

org tua tak sedar diri. rakyat undi ph kau pergi lompat parti lepas tu expect orang percaya kau?

orang  paling di benci rakyat ekonomi hancur, kes covid 20 ribu sehari, rakyat ada bunuh diri terjun bangunan.

good luck next pru. no vote for you and your team
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kita betul2 dapat hapuskan kleptokrasi nanti. Semoga geng Abah Mahiaddin berjaya.... Aamiin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 08:20 AM | Show all posts
Bersatu 2.0
pecah belahkan sokongan pembangkang
pecah belahkankan PN MN whatsoever
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:28 AM | Show all posts
steady wak yidin...pru 15 ni NO UMNO NO DAP plk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:33 AM | Show all posts
let melayu screw melayu yeah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:35 AM | Show all posts
so bersatu ni presiden parti  Muhyiddin la kan, so Azmin dalam parti  yg sama la  , ni...okay..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nah not my vote
You and your team can go to Hell
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:42 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 11-9-2021 08:20 AM
Bersatu 2.0
pecah belahkan sokongan pembangkang
pecah belahkankan PN MN whatsoever

ini i setuju.

so PAS now with PN la ? bukan gagasan sejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:45 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 11-9-2021 08:42 AM
ini i setuju.

so PAS now with PN la ? bukan gagasan sejahtera

errr wtf gagasan mysejahtera?

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejap muhyiddin kejap mahiaddin..mana satu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
GE lambat lagi kan? GE yang ikut schedule sepatutnya lah maksud saya.

Sebab jauh lagi tu lah mana2 pemimpin tak kisah nak blatantly abuse their powers. Sebab tahu rakyat tka boleh buat apa yet for now, terpaksa hadap je.

Esok2 nak dekat GE tengoklah, masa tu lah some of them jadi macam malaikat sekejap.

Pernah baca komik Lat zaman dulu. Gambar asal jalan raya teruk berlubang2. Next scene gambar nak dekat PRU berlumba2 JKR repair jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:51 AM | Show all posts
PRU14 korang menang pun sebab bertanding guna bendera PKR & PH. Orang undi PH la bukan korang. Kerusi parlimen korang yang banyak2 tu pun hasil katak2 yang melompat dari UMNO.

PRU15 ni korang rasa pengundi PH masih nak undi korang ke?

PN pun berpecah. UMNO pun tak nak bekerjasama dengan PN. Katak2 UMNO yang melompat tu belum tentu boleh menang lagi sekali sebab pengundi UMNO memang takkan la mengundi katak.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-9-2021 07:44 AM
org tua tak sedar diri. rakyat undi ph kau pergi lompat parti lepas tu expect orang percaya kau?

...

so far PM yg paling dibenci mmg abahcow ni la. dah la muka tembok tak reti nk step down dulu ms org suruh letak jawatan
pastu semua projek under abahcow sume GAGAL
so selain dibenci, abahcow juga ialah PM paling gagal
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:54 AM | Show all posts
Masa nk jadi PM boleh pulak hang jadi geng dengan kluster mahkamah...... Serupalah yg sorang lagi, sanggup jumpa abang Non mintak sokongan, janji dpt jadi PM...........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.068893 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list