CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5539|Reply: 32

[SEJARAH] Tan Sri Zaman Khan

[Copy link]
Post time 11-9-2021 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 11-9-2021 01:24 PM

Zaman Khan meninggal dunia

[size=0.82]Faris Fuad
September 11, 2021 @ 12:06pm
[email protected]

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Penjara, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 10.15 pagi ini.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disembahyangkan.

"Mengikut maklumat daripada seorang anak Allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Asar.
"Namun, perkara itu masih dibincangkan dalam kalangan ahli keluarga Allahyarham," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham dimasukkan ke IJN kerana mempunyai masalah tekanan darah dan jangkitan kuman.

Zaman Khan pernah memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 1993 dan terbabit kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P Kalimuthu dikenali sebagai Bentong Kali.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari tahun 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada tahun 1997.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah hiwainnailaihirojiun..semoga roh almarhum ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tan Sri Dato' Seri Mohd Zaman Khan merupakan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara Malaysia (09 Februari 1994 - 31 Disember 1997).

Sebelum itu beliau adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jawatan terakhir beliau dalam PDRM ialah Pengarah Keselamatan Dalam Negeri (G/3386).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerjaya        Sunting
Beliau menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Kadet ASP pada bulan Jun tahun 1962, kemudian menghadiri Kursus Khas Kepolisan di Amerika pada tahun 1969.

Beliau pernah menjadi Ketua Polis Daerah di Batu Gajah, Grik, Klang dan Georgetown (1964-1972). Seterusnya menjadi Ketua Trafik, IPK Wilayah Persekutuan KL (1972-1974), Ketua Polis Daerah di Petaling Jaya (1974), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor (1974-1977), Ketua Polis Negeri Sembilan (1977-1979), Ketua Polis Pulau Pinang (1979-1984) lalu menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur (1984-Julai 1987) dan timbalannya ketika itu adalah SAC (B) Dato' Ahmad Tajuddin Bin Shahabudin.

Seterusnya, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalaman Negeri dan Ketenteraan Awam di Ibu Pejabat Polis (Ogos 1987-1989) dan ditukarkan sebagai Pengarah Bahagian Jabatan Penyiasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (1989-1994) dan jawatannya yang terakhir dalam pasukan keselamatan adalah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara (1994-1997).[1]

Polis Diraja Malaysia        Sunting
Operasi Lalang dilancarkan oleh polis Malaysia pada 27 Oktober 1987 bagi menangkap 106 ahli politik dan aktivis sosial yang cuba mengeruhkan suasana politik di Malaysia. Ketika itu, Dato' Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mahu perhimpunan UMNO yang lebih besar dibatalkan.Pada siaran waktu pagi, Dato' Zaman Khan mengumumkan di radio RTM tentang Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Pada Ogos 1988, beliau menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan menyiasat kes Pita video Lucah Vijandran iaitu melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran.

Beliau turut terlibat dalam operasi menyelamat mangsa Tragedi Highland Towers.

Ketika itu kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor rebah menyembam bumi pada 11 Disember 1993.

Wikipedia
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 05:37 PM | Show all posts
takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
EDISI KHAS HARI POLIS 2021
RAHSIA SNIPER PERTAMA

KISAH TAN SRI MOHD ZAMAN KHAN
DISEBALIK TRAGEDI JRA MENAHAN TEBUSAN DI BANGUNAN AIA.

Di sini ingin saya dedahkan kisah Tan Sri Mohd Zaman Khan bin Rahim Khan, di sebalik tragedi Pengganas JRA menahan tebusan di Bangunan AIA yang berlaku selama empat hari bermula pada 4 Ogos 1975.
              Sebenarnya sehari sebelum pengganas JRA menahan tebusan di Bangunan AIA,  Zaman Khan telahpun mendapat arahan  bertukar ke Kontinjen Selangor untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Siasatan Jenayah  ( KSJ ).
           Pada pagi hari kejadian beliau telah menemui  IGP Tun Hanif Omar bagi membincangkan  arahan pertukarannya itu.   Selepas meninggalkan pejabat Tun Hanif, beliau berlepas ke pejabat UTK untuk mengambil barang peribadi yang akan dibawa ke pejabat barunya di Klang. Sebaik sahaja sampai, beliau telah disapa oleh Komander UTK, M. Shanmugam dan Timbalan 2, Ramli Abdul Kadir
             Kemudian kedua-duanya telah memaklumkan kepada  beliau tentang berita yang baru  diterima berhubung tindakan pengganas JRA yang sedang menahan tebusan di bangunan AIA. Komander  M. Shanmugam telah meminta beliau mengekalkan tugasnya sebagai Ketua Operasi UTK buat sementara waktu sehingga konflik di AIA selesai, ini memandangkan tugas ketua operasi yang baharu belum dilantik lagi.
           Seterusnya mereka telah membawa perkara tersebut ke pengetahuan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mahmood bin Yunus, yang juga merupakan  Pengarah Pentabiran UTK dan kemudiannya telah dipersetujui oleh IGP.  Akhirnya Zaman Khan telah dilantik sebagai Pengarah Operasi bagi menghadapi konflik yang pertama berlaku di negara kita yang melibatkan pengganas antarabangsa.
          Begitulah kisahnya Tan Sri Mohd Zaman Khan walaupun tanggungjawabnya dengan UTK telahpun tamat, tetapi beliau sanggup kembali semula bagi menghadapi tugas yang berisiko itu. Dalam  krisis tersebut  Zaman Khan bukan sahaja bertindak sebagai pengarah operasi, malah beliau sendiri  menjadi ketua  kumpulan penggempur dalam rancangan  untuk membebaskan tebusan.

ZAKARIA GENERAL
25.3. 2021
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah hiwainnailaihirojiun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
WIKIPEDIA menjelaskan Operasi Lalang atau Weeding Operation; dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.Nasib baik hujan lebat semasa perhimpunan

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Ada banyak versi mengapa ianya berlaku, dan versi popular adalah berkaitan dengan isu-isu sensitif yang dimainkan oleh surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar Melayu antaranya adalah kenyataan orang besar MCA waktu itu, Lee Kim Sai yang mengatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

Menurut Wikipedia, Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan rasaksa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu.

Siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuih dua orang Cina dengan senjata rifle M16.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2021 09:54 PM | Show all posts
‘The Magnificient 12’ Kumpulan Polis Terbaik Tumpaskan Botak Chin

Suara March 25, 2016

Oleh Syahril A. Kadir


Hari ini adalah Hari Ulang Tahun PDRM ke 209. Terlalu banyak kisah suka duka, semangat dan keperwiraan pasukan untuk diangkat.

Namun aku mengambil keputusan untuk bercerita mengenai sebuah kumpulan pegawai dan anggota polis terbaik yang telah ditubuhkan khas oleh PDRM bagi memburu penjenayah ‘legenda’. Siapa lagi kalau bukan BOTAK CHIN.

Sedikit mengenai Botak Chin, rompakan terbesar yang pernah dilakukannya pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda.

Botak Chin kemudian ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Keganasannya semakin menjadi-jadi apabila menembak Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, DSP S. Kulasingam untuk menghalang gerakan memburu ke atasnya.

Untuk itu, sebuah kumpulan khas yang digelar MAGNIFICIENT 12 telah ditubuhkan. Mereka adalah pegawai dan anggota detektif TERBAIK yang dipilih khas bagi memburu Botak Chin. Ia dianggotai Tuan Gilbert Ang, Tuan Gui Poh Choon, Tuan Kenny Woodworth, Tuan Bahwandi Hiralal, Tuan G. Ralingam,Tuan Ong Kim Hock, Sarjan Chong Kam Wah, Koperal Leong See Fook dan 4 lagi yang aku tak dapat kesan nama mereka.

Dalam tempoh hanya 2 minggu pasukan khas itu ditubuhkan, iaitu pada 16 Februari 1976, mereka berjaya mengesan Botak Chin dan konco-konconya bersembunyi di sebuah kilang papan Eng Leong Swmill di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pada pukul 10 malam, team Tuan Gilbert menyerbu di bahagian depan manakala team Tuan Kenny menyerbu di bahagian belakang. Lalu berlakulah kejadian berbalas tembak yang sangat bersejarah di mana akhirnya 2 pengikut Botak Chin berjaya ditembak mati manakala 2 lagi termasuk Botak Chin parah ditembusi peluru.

Kehebatan MAGNIFICIENT 12 akhirnya berjaya menumpaskan serta melumpuhkan terus kekejaman penjenayah Botak Chin yang telah sekian lama diburu.

Namun sayang sekali, yang diangkat adalah Botak Chin kononnya dia penjenayah ala Robin Hood kerana memberi wang kepada orang miskin sedangkan kita terus melupakan jasa-jasa ahli kumpulan MAGNIFICIENT 12 ini khususnya dan PDRM amnya.

“Kita ditipu sekian lama kononnya Botak Chin itu bagi duit untuk orang miskin, hakikatnya duit itu diberi sebagai upah kepada orang ramai agar memberi maklumat padanya jika ternampak kehadiran polis, ” – Tuan Kenny

Beberapa tahun lepas aku sempat bertemu dengan Tuan Kenny dan Tuan Bahwandi di rumahnya di Cheras. Tuan Gilbert sudah pun meninggal dunia manakala yang lain entah di mana dan apa khabar mereka.

Jadi sempena Hari Ulang Tahun PDRM ke 209 hari ini, aku abadikan penghormatan aku khas buat mereka, satu team yang telah mencatatkan sejarah tersendiri sebagai wira, wira yang dilupakan (unsung heroes).

Artikel di atas disumbangkan oleh Syahril A. Kadir. Bekas wartawan jenayah Utusan Malaysia.

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2021 10:50 PM | Show all posts
Peristiwa ‘Krisis Penjara Pudu’ Berakhir Tanpa Pertumpahan Darah, Bukti Kehebatan Polis Diraja Malaysia

Kes yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu…


Published 10 months ago on 13 November 2020
By Hamka Rosli

Penjara Pudu kini hanya tinggal kenangan apabila ia dirobohkan pada tahun 2012 untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan di kawasan berkenaan. Namun, ia sebenarnya sebuah bangunan yang penuh dengan sejarah, dan salah satu sejarah yang pernah berlaku di situ adalah peristiwa rusuhan pada tahun 1986.

Rusuhan Penjara Pudu atau dirujuk oleh media tempatan sebagai ‘Krisis Tebusan Penjara Pudu’ bermula pada 17 Oktober 1986. Peristiwa ini dilaporkan berlangsung selama enam hari di mana ia berakhir tanpa pertumpahan darah. Jadi bagaimanakah rusuhan di penjara pudu ini boleh berlaku?

Seorang Doktor Dijadikan Tebusan

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi, 17 Oktober 1986, di mana ketika itu seorang Doktor bernama Radzi Jaafar bersama dua orang pegawai perubatan sedang melakukan pemeriksaan kesihatan rutin di klinik penjara itu.
Secara tiba-tiba, mereka diserang oleh enam orang banduan dan dijadikan tebusan. Serbuan itu diketuai oleh Jimmy Chua, seorang penjenayah yang agak menggerunkan ketika itu, dan turut disertai oleh Ng Lai Huat, Sin Ah Lau, Lam Hock Sung, Yap Chee Keong dan Phang Boon Ho yang mana kesemuanya ditahan reman kerana melanggar Akta Senjata Api.T

Jimmy Chua, atau nama sebenarnya Chua Chap Seng, merupakan warga Singapura yang ditempatkan di Penjara Pudu selepas menembak mati seorang anggota polis iaitu Konstabel Mohd Yassin Bin Ismail pada 8 Februari 1984. Sebelum itu, dia juga terlibat dalam beberapa aktiviti jenayah yang lain, termasuk memiliki senjata api dan bertindak sebagai ketua kongsi gelap. Jadi boleh bayangkan betapa bahayanya apabila jimmy Chua mengetuai kumpulan itu.

Mereka dikatakan menggunakan tumit kasut yang runcing sebagai senjata serta alat-alat lain yang sudah diubah suai. Selepas berjaya membuat serangan hendap, mereka meminta bekalan elektrik di klinik penjara dipotong. Mereka kemudiannya mengarahkan pembantu perubatan Penjara Pudu, beberapa tahanan lain di bilik tersebut serta warder yang ada di situ meninggalkan klinik tersebut. Warder yang terakhir meninggalkan klinik itu dikatakan telah mengunci pintu bagi mengelakkan enam penjenayah itu melarikan diri.

Lakukan Serangan Untuk Tuntut Hukuman Dikurangkan

Tidak lama selepas itu, keenam-enam penjenayah ini dikepung. Chua bagaimanapun menuntut untuk bercakap dengan Superintendan Wan Zakaria dari Jabatan Penjara. Mereka membuat tuntutan untuk tuduhan terhadap mereka dikurangkan. Selain itu, mereka juga mahu bercakap dengan pihak atasan.

Maka jelas pada ketika itu kekecohan yang dilakukan adalah untuk meminta hukuman terhadapnya dikurangkan disebabkan dia sedar tindakan dia membunuh seorang anggota polis akan membuatkan dia dijatuhkan hukuman mati.

Selepas satu jam kejadian berlaku, sepasukan polis mula tiba di lokasi. Antara yang pertama memasuki penjara itu sebagai tindak balas ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Osman Awal, dan Ketua Polis Daerah Campbell, Superintendan Hassan Khalid.

Dalam pada itu, Chua berulang kali menuntut pihak berkuasa penjara agar melepaskan dia dan kawan-kawannya. Sebagai balasan, dia menjanjikan akan membebaskan tebusan. Selain itu Chua juga menuntut sebuah kenderaan dan wang tunai. Jika permintaannya tidak tertunai, Chua mengancam untuk membunuh tebusan yang ada. Walaupun pihak polis memberikan makanan kepada mereka sepanjang tempoh ‘krisis’ tersebut, mereka tidak memakannya dan hanya memakan biskut dan buah-buahan yang sedia ada dalam klinik itu. Tuntutan kumpulan ini jelas, namun ianya terpaksa ditolak oleh Dato’ Mohd Zaman Khan, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Beberapa hari pun berlalu, orang ramai mula sedar ada sesuatu yang tidak kena berlaku di Penjara Pudu ekoran melihat ramai anggota polis yang berada di situ. Diceritakan juga, tiada seorang pun anggota polis yang terlibat pulang ke rumah untuk mandi dan makan. Kesemuanya berada di kantin penjara dalam tempoh enam hari itu.

Rusuhan Berakhir Dengan Aman

Pada hari keenam, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarahkan untuk melakukan satu perancangan rapi bagi menamatkan krisis ini. Mereka juga diarahkan untuk guna cara yang paling selamat dengan tidak menggunakan sebarang senjata api agar tidak berlaku pertumpahan darah. Hanya cota dan rotan mengiringi mereka sepanjang misi.
Diketuai oleh ACP A. Navaratnam, seramai 12 anggota berjaya menyelinap masuk ke klinik tersebut tanpa disedari Chua dan rakan-rakannya.

Selain kepakaran dan kekuatan anggota UTK, salah seorang banduan dalam penjara tersebut turut membantu operasi berkenaan. Banduan yang tidak dikenal pasti itu telah membuat panggilan telefon kepada polis untuk memaklumkan bahawa Chua dan rakan-rakan sedang nyenyak tidur. Selain itu, banduan tersebut turut membantu membuka  pintu pagar dawai di sebalik klinik bagi membolehkan pegawai polis menyerbu masuk tanpa disedari kumpulan penjenayah itu.

Ketika serbuan bermula, Chua dan Lai Huat dilihat sedang lena tidur manakala penjenayah lain sibuk berbual. Pasukan komando kemudian menjerit ke arah mereka dan mereka cuba untuk melawan, tetapi tidak berjaya kerana terkejut serta berada dalam keadaan lemah. Akhirnya, krisis tebusan di penjara itu berakhir tanpa pertumpahan darah dengan tindakan pantas dan berani anggota UTK.

Kesudahannya, Chua dan rakan-rakan dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas tuduhan melakukan penculikan di Penjara Pudu. Mereka didakwa dan didapati bersalah di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman maksimum mati jika sabit kesalahan. Mereka dihukum gantung pada 10 Oktober 1989.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 11:34 PM | Show all posts
Sblm ni xpenah dgr nama tokoh ni…begitu citernye..Al-Fatihah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman Khan, individu penting tumpaskan Bentong Kali

11 Sep 2021

Pemergian Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan pada Jumaat, merupakan satu kehilangan tokoh yang digeruni penjenayah namun disanjungi dalam pasukan keselamatan negara.

KUALA LUMPUR - Pemergian Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan di Institut Jantung Negara pada Jumaat, merupakan satu kehilangan tokoh yang digeruni penjenayah namun disanjungi dalam pasukan keselamatan negara.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang memulakan khidmat sebagai Kadet Asisten Superintendan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan gaji RM460 itu tidak mempunyai istilah gentar dalam dirinya, sebaliknya beliau amat digeruni penjenayah.

Kes-kes berprofil tinggi yang dikendalikan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berjaya diselesaikan dengan rata-rata ketua kumpulan penjenayah terbabit tumpas, dan ada yang ditembak mati.

Bentong Kali, penjenayah yang digelar ‘trigger happy’ yang membunuh 16 orang sebelum ditembak mati oleh polis, Botak Chin dan kejadian tebusan Tentera Merah Jepun (Japanese Red Army) di Kuala Lumpur adalah antara beberapa kes berprofil tinggi yang kendalikan Zaman Khan.

Malah, ketika mengendalikan kes Bentong Kali, beliau yang ketika itu Pengarah JSJ pernah dihubungi sendiri oleh penjenayah itu, P Kalimuthu @ Bentong Kali untuk bertemu di sebuah kelab golf, namun penjenayah yang ditembak mati pada 29 Jun 1993 itu tidak muncul seperti dijanjikan.

Selain itu, Zaman Khan turut diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris melibatkan pasangan bomoh Maznah Ismail atau dikenali sebagai Mona Fandey dan Affandi Abdul Rahman pada Julai 1993.

Penglibatannya dalam pelbagai kes berprofil tinggi ini dan disifatkan sebagai 'no nonsense man’ (membujur laju melintang patah) menyebabkan beliau digeruni penjenayah sehingga namanya terkenal di seluruh negara pada era tahun 70-an hingga 80-an sekali gus menaikkan imej pasukan PDRM.

Jasa dan bakti beliau tidak terhenti di situ, sebaliknya selepas dilantik sebagai Pengarah Jabatan Penjara Malaysia pada Februari 1994, Zaman Khan banyak memperkenalkan idea dalam memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penghuni penjara.

Antara buah fikirannya adalah sistem peralatan keselamatan moden berteknologi tinggi dan mewujudkan Taman Mini di penjara bagi mengelak penyeludupan masuk barangan yang ditegah ke dalam penjara.

Beliau juga turut membenarkan banduan di seluruh negara membuat panggilan telefon kepada kaum keluarga terdekat sebagai satu daripada usaha pemulihan.

Tanggal 31 Disember 1996, Zaman Khan bersara daripada kerajaan ketika berusia 55 tahun dengan jawatan terakhir dalam perkhidmatan awam sebagai Pengarah Jabatan Penjara.

Sepanjang perkhidmatannya dalam PDRM, Zaman Khan menyandang pelbagai jawatan antaranya Ketua Trafik Kuala Lumpur (1972-1974); Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1974); Ketua Polis Negeri Sembilan (1977-1979); Ketua Polis Pulau Pinang (1979-1984); dan Ketua Polis Kuala Lumpur (1984-Julai 1987).

Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam Bukit Aman (Ogos 1987-1989); dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (1989-1994).

Selain itu, bapa kepada lima cahaya ini turut melibatkan diri dalam bidang sukan antaranya bola sepak dan rugbi.

Sebagai menghargai jasa dan perkhidmatannya, Zaman Khan dianugerahi gelaran Tan Sri pada taqhun 2011 dan pelbagai anugerah lain termasuk dinobat sebagai penerima anugerah Maulidur Rasul 1434H. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 12-9-2021 07:22 AM

Jejak: Ops Buncit tamatkan riwayat Bentong Kali
Oleh Nasron Sira Rahim

Polis tawar RM100,000 tangkap penjenayah paling dikehendaki sekitar 1990-an kerana 16 pembunuhan

MUDAH saja untuk dia membunuh seseorang. Apabila lelaki itu berang, diasekadar menarik pistolnya dan menembak sesiapa saja yang mencetuskan kemarahannya tanpa memikirkan impak perbuatan berkenaan.

Semudah itu saja, dia tidak kisah atau pernah takut memikirkan perbuatannya memiliki senjata api atau menembak seseorang boleh menyebabkan dia dihukum gantung sampai mati.

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiada  undang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunya termasuk membunuh seseorang.

Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar Bentong Kali menjadi antara penjenayah paling berbahaya dan diburu polis pada dekad 1990-an selepas Wong Swee Chin atau Botak Chin pada 1970-an.

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu.

Selain rekod pembunuhan itu, Bentong Kali turut disyaki dalam banyak lagi kes jenayah termasuk mencederakan polis.

Bentong Kali meninggalkan jejak jenayahnya menerusi kelongsong peluru jenis 9mm daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya sebelum itu.

Penjenayah itu mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu.

Tanpa lagi alam persekolahan seperti remaja lain, Kalimuthu menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04 dan mula mengenali dunia jenayah.

Atas kesalahan tertentu, dia ditahan dan kemudian dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu.

Dipenjara pada usia muda tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08.

Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang-undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang.

Dia ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada1987 bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang.

Dunia jenayah bagaikan matlamat kehidupannya. Peluang kedua untuk mengubah hidup mengikut undang-undang diabaikannya apabila lelaki itu kembali menyertai dunia jenayah.

Bagaimanapun, kali ini dia tidak lagi menyertai kumpulan jenayah sedia ada sebaliknya menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Antara kegiatan kumpulan 04 yang ditubuhkannya ialah aktif mengedar dadah dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya.

Untuk kali kedua, dia dikenakan sekatan kediaman terhad di Gopeng,Perak, selama dua tahun. Kalimuthu kemudian menghilangkan diri pada November 1984.

Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu.

Ops Buncit disertai 200 pegawai dan anggota polis termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor digerakan secara besar-besaran membuktikan polis serius untuk memburu Bentong Kali hingga ke lubang cacing.

Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuhupahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsumereka.

Bentong Kali juga dikatakan memiliki banyak tatu dilukis pada badan dan tangannya seperti tanda palang dan ungkapan Born To Die.

Pada tangan kanannya terdapat gambar kepala harimau manakala di tangan kirinya terukir gambar perempuan bogel, ular dan helang. Tatu dibahagian belakang badannya pula dilukis gambar helang dan kedua-dua pahanya ada gambar perempuan bogel. Kalimuthu turut memiliki parut kesan pembedahan di perut.

Dalam gerakan memburu penjenayah itu, poster dikehendaki polis yang antara lain memaparkan wajah Bentong Kali dan kegiatan jenayahnya mula ditampal di tempat awam.

Dengan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah ganas itu, kes buruan polis itu terus menjadi berita hangat.

Poster itu turut diedarkan di kawasan sempadan bagi membolehkan orang ramai mengesan kehadirannya dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi mengelak Kalimuthu bolos ke negara jiran.

Polis terus melancarkan gerakan memburu Kalimuthu selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Serbuan demi serbuan dijalankan untuk menjejak penjenayah itu antaranya di lokasi yang menjadi tumpuan jenayahnya iaitu sekitar Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama, Brickfields, Taman Melawati; di Ampang, Balakong dan Kajang di Selangor dan Raub dan Bentong, Pahang.

Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama.

Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, KualaLumpur pada 29 Jun 1993.

Subuh menjelang apabila sepasukan anggota elit polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, mengambil posisi dan mengepung kawasan perumahanitu. Turut menyertai operasi adalah unit pemusnah bom.

Situasi genting itu kemudian bertukar menjadi drama tembak-menembak. Bentong Kali bersama dua pengikutnya melepaskan dua das tembakan kepada polis yang mengepung kawasan itu.

Bagaimanapun, kedua-dua tembakan penjenayah itu tidak mengenai atau mencederakan anggota polis.

Menyedari tindakan agresif penjenayah itu dan cubaan mereka untuk melarikan diri, polis mengambil tindakan pantas dengan membalas tembakan.

Tembakan balas sekitar jam 6.30 pagi menyebabkan ketiga-tiga penjenayah terbabit terbunuh dengan satu das tembakan di kepala menamatkan riwayat P Kalimuthu.

Kejayaan itu menamatkan episod das-das tembakan daripada penjenayah terbabit sepanjang era keganasannya yang membunuh kira-kira d16 mangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 07:25 AM | Show all posts
Kes Mona Fendy paling tinggalkan kesan: Zaman Khan

Zubir Mohd Yunus
[email protected]
March 11, 2015 @ 12:01am


KETIKA dalam perkhidmatan dan mengendalikan pelbagai kes terutama yang berprofil tinggi termasuk kes Mona Fandey, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan, 76, berdepan pelbagai peristiwa pelik dan misteri.

Namun, yang lebih menarik ialah kisah keris yang tiba-tiba hilang dalam simpanan di laci rumahnya dan kemudian muncul semula di tempat sama, tetapi ada kesan tanah.

"Ramai mendakwa, saya ada pakai tangkal ketika menjalankan tugas. Beginilah... ini kali pertama saya bercerita mengenai perkara ini. Dulu, saya ada kenalan seorang Jawa. Suatu hari, dia panggil saya ke rumahnya dan berikan saya sebilah keris kecil, pendek. Sarungnya pula ada ukiran, tapi bukan ayat. Hampir 15 tahun kemudian, saya bertemu seseorang yang berasal dari Indonesia.


Dia memberitahu ada hajat dan tahu, saya pernah menerima (hadiah) keris suatu ketika dulu. Saya terkejut, macam mana dia tahu dan membawa 'pasangan' keris yang saya terima dulu. Dia beri saya sebilah keris berbalut kain kuning. Dia kata, keris yang pertama boleh dibawa ke mana-mana jika saya ada hajat. Sebaliknya jika nak pergi tempat berbahaya, boleh bawa keris berbalut kain kuning ini (yang kedua).

"Cuma ada syarat, saya perlu puja keris itu. Tapi saya tidak buat kerana boleh membawa kepada syirik. Saya pun simpan kedua-dua keris itu dalam laci. Sebulan dua kemudian, keris itu hilang, hingga saya berkelahi dengan isteri...saya tanya, siapa ambil 'barang' saya? Anak-anak masih kecil," katanya.

Beberapa bulan kemudian, keris itu 'kembali' ke dalam laci, tapi dalam keadaan kotor dengan kesan tanah. Sehingga hari ini saya masih simpan dua bilah keris ini, namun saya tak buat apa-apa kepadanya. Saya takut syirik.

Dah lebih 30 tahun, dua bilah keris itu dalam simpanan saya. Malah, ada yang kata, saya bertapa di tokong Siam menuntut ilmu (hitam), bagi menyelesaikan satu-satu kes jenayah.

Kes Mona Fandey

Dalam banyak kes yang saya kendali, paling banyak meninggalkan kesan dalam hidup saya ialah kes Mona Fandey hingga terbayang-bayang tengkorak Allahyarham Mazlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Allahyarham Datuk Mohd Mazlan Idris).

Misteri kehilangan Mazlan akhirnya terbongkar apabila ditemui mati dibunuh dan mayatnya dikerat di kawasan kebun tanah rancangan FELDA Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub, Pahang sekitar Julai 1993. Mayat Mazlan dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dengan permukaannya disimen.

Akhirnya pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, 46, dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, serta pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didapati terbabit dan disabitkan kesalahan membunuh Mazlan pada 9 Februari tahun 1995 di Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Sejak penangkapan itu, pelbagai cerita timbul termasuklah Mona Fandey dikatakan mengamalkan ilmu hitam di Penjara Wanita Kajang untuk membolehkannya menghilangkan diri. Ketika itu, Zaman pegang jawatan Ketua Pengarah Penjara.

Ketika saya melawat kawasan pembunuhan di Ulu Dong, tiba-tiba urat kaki membengkak dan ada yang kata, saya terlangkah `sesuatu' di lokasi kejadian. Apabila saya menghadiri mesyuarat pegawai kanan polis di Siberia, saya demam, kaki bengkak lagi. Isteri saya telefon, minta orang kampung buat doa selamat, kononnya kaki saya membengkak gara-gara perbuatan Mona.

Jumpa pakar perubatan

Begitu juga dengan bekas pemandu saya, dia selalu sakit, demam. Pergi jumpa doktor, selepas pemeriksaan, tak sakit apa-apa. Lalu, dia berjumpa seorang pakar perubatan tradisional dan diberitahu, kononnya dia juga terlangkah `sesuatu' di lokasi pembunuhan Mazlan. Dia dikatakan terlangkah satu lubang, di bawahnya pula ada tengkorak seorang pelacur yang dibunuh, tulangnya diambil Mona untuk tujuan pemujaan.

Saya akhirnya perlu menjalani pembedahan, tak tahan, sakit sangat kaki saya. Akhirnya selepas pemeriksaan lanjut, rupa-rupanya kaki yang bengkak tu ada jangkitan kuman, bukannya disihir Mona. Saya juga tidak pakai `pendinding' seperti dakwaan sesetengah pihak kononnya ia perlu ketika berdepan Mona dalam menyelesaikan kes pembunuhan Mazlan.

Sebenarnya, apabila kami (polis) menemui kepala arwah Mazlan, saya masih terbayang-bayang, tapi tidaklah sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Dulu, banyak kes pembunuhan, mangsa dicampakkan ke dalam sungai, tasik atau lombong. Apabila kita menemui mayat, keadaannya sangat mengerikan. Itu juga membuatkan saya sering terbayang-bayang.

Isteri selalu mengingatkan saya, apabila dia tahu saya pulang ke rumah selepas siasatan kes bunuh... dia mesti suruh saya mandi dulu sebelum jumpa atau pegang anak-anak. Anak-anak pula masih kecil. Bagi saya, petua tu betul.

Kisah jampi

Satu hari ketika bertugas di Perak dulu dan menghadiri satu perbicaraan, seorang majistret sempat menasihati saya supaya masuk mahkamah ikut pintu belakang. Dia kata, kawasan tangga di depan mahkamah, ada orang sudah jampi untuk `mengenakan' diri saya. Bagi saya, nasihat yang baik, saya turuti saja.

Bagaimanapun, saya percaya, jika kita tak berdosa, Tuhan tak makbulkan doa untuk menjahanamkan orang lain. Bagi saya, dalam menyelesaikan apa kes sekali pun, saya berpegang kepada prinsip supaya kita yakin, berdoa dan tawakal, insya-Allah Tuhan akan mengiringi kejayaan kita.

Saya masih ingat, sebuah van keselamatan disamun di Tapah, Perak. Salah seorang suspek dilihat berada di Kelantan. Dia membawa satu guni putih bersamanya dan dilihat masuk ke sebuah kebun getah. Tapi apabila dia keluar, guni tu dah tak ada. Saya berpendapat, mungkin dia tanam guni itu di dalam kebun getah.

Saya arahkan anggota di Tanah Merah pergi cari guni tu, tapi tak jumpa. Saya tak yakin, mesti ada. Keesokannya saya bersama satu platun masuk kebun getah yang dibahagikan kepada beberapa kawasan atau petak kecil. Setiap anggota ditugaskan mencari di setiap bahagian. Tetapi di tempat saya berdiri dan belum ada orang lain di situ, saya pun minta anggota mencarinya di petak itu.

Cari-cari, buang daun, akhirnya anggota saya menemui tanah yang seperti baru digali. Gali-gali, akhirnya jumpa guni tu yang ditanam bersama duit. Anggota saya melawak... saya dah tahu ada duit di situ, mengapa kerah mereka cari satu kebun? Itu baru satu contoh, kononnya orang kata saya ada ilmu.

Yang kedua, kes Bentong Kali. (pembunuh kejam, perompak serta pengedar dadah paling dikehendaki atau nama sebenarnya Kalimuthu Pakirisamy. Bentong Kali ditembak di Medan Damansara pada tahun 1993). Bentong Kali pergi ke satu kedai kopi di Rawang. Ada pergaduhan pada tengah malam itu dan dua orang mati.

Kesan tembak

Saya dapat maklumat, kematian itu bukan saja disebabkan tetakan, sebaliknya ada kejadian tembak menembak. Saya tanya anggota polis, ada ke kejadian tembak...mereka kata, tak ada. Tak mengapalah, mungkin ada kesilapan. Saya suruh cari kelongsong peluru, tak jumpa. Akhirnya selepas bedah siasat ada kesan tembakan di kepala mangsa.

Anggota saya takut kena marah, dah tengah malam baru beritahu, memang ada kejadian tembak. Cari-cari kelongsong, tak jumpa. Esoknya saya minta anggota tunggu di tempat kejadian, saya sendiri nak pergi. Kebetulan pagi tu saya akan terbang ke Manila untuk satu persidangan. Saya pun pergi, siap baju kot. Sekali lagi di tempat kejadian, saya minta anggota buat bahagian kecil atau petak, cari kelongsong.

Mereka pun cari, tak jumpa. Sekali lagi, akhirnya tempat saya berdiri, anggota saya jumpa kelongsong. Dah ada dua contoh... mereka kata saya memang dah tahu kelongsong tu berada di mana.

Satu lagi kejadian di sebuah kedai pajak gadai di Kota Tinggi. Berlaku juga kejadian tembak di situ membabitkan seorang anggota yang mati ditembak selepas melakukan siasatan di kedai berkenaan. Ketika itu saya berada mesyuarat di Singapura. Sekali lagi kelongsong peluru tak jumpa. Saya kata mesti ada jika senjata yang digunakan (jenis) automatik. Saya kata cari dulu, jangan cakap tak ada.

Saya minta anggota cari di bawah almari, cari-cari jumpa kelongsong di situ. Sekali lagi anggota saya beritahu, kenapa menyusahkan mereka, sedangkan saya dah tahu di mana kelongsong itu. Jadi, selepas insiden demi insiden, orang kata saya ni ada `membela', ada hantu. Tak betul! Sebenarnya sebagai pegawai penyiasat, kita perlu tahu fakta kes dan motif. Elemen bernasib baik ini, kecil saja, satu peratus, sebaliknya 99 peratus adalah kerja keras.

INFO

Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan
Tarikh lahir: 18 Jun 1938
Asal: Kampung Serendah, Pasir Mas, Kelantan
Isteri: Puan Sri Rosnah Ahmad
Anak : Enam orang
Cucu: 20 orang
Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria Kuala Lumpur
- Kolej Sultan Ismail Kota Bharu
- Kursus Khas Polis di Washington DC & Fort Bragg (1968)
- Royal College Of Defense Studies, London (1988)
- Commercial Crime & Money Laundering, University Of Cambridge (1990)

Kerjaya:
-Menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Kadet ASP (Jun tahun 1962)
- Ketua Polis Daerah Batu Gajah; Grik; Klang dan Georgetown (1964-1972)
- Ketua Trafik Kuala Lumpur (1972-1973)
- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1973)
- Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor (1975-1978)
- Ketua Polis Negeri Sembilan (1978-1980)
- Ketua Polis Pulau Pinang (1981-1983)
- Ketua Polis Kuala Lumpur (1983-Julai 1986)
- Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam Bukit Aman (Ogos 1986-1989)
- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (1989-1993)
- Ketua Pengarah Jabatan Penjara (1994-1997)

Kes pernah dikendalikan:

- Penawanan Menara AIA oleh Tentera Merah Jepun pada tahun 1975
- Penangkapan ketua perompak, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin yang akhirnya mati di tali gantung Penjara Pudu (1976)
- Rompakan di Bank of Tokyo membabitkan kumpulan Geng M-16 (1985)
- Doktor dan juruteknik makmal dijadikan tebusan oleh banduan di Penjara Pudu (1986)
- Pembunuhan kejam, perompak dan pengedar dadah paling dikehendaki, Kalimuthu Pakirisamy atau Bentong Kali, ditembak mati di Medan Damansara (1993)
- Pembunuhan ADUN Batu Talam, Pahang, Datuk Mohd Mazlan Idris oleh pasangan bomoh Mona Fandey, suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu, Juraimi Husin (1993)
- Ketika masih memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, nama Zaman Khan mengetuai misi penyiasatan kes tragedi runtuhan kondominium Highlands Tower di Taman Hillview, Hulu Klang pada 11 Disember 1993 apabila dia antara pegawai kanan polis paling awal tiba di lokasi kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Thn 2006 dulu colleague I ceta pasal bentong Kali. katanya diaorg lure him out from his hideout (apartment?) and bila dia keluar diaorg pasang lampu spotlight gitu so dia takleh nampak apa and that's how they shot him..dia cakap yg cetanya sorang polis melayu yg mabuk kat hotel stesen keretapi kl tu..colleague I tu foreigner rajin g pub etc..masa dengar tu terus rasa nak melepak kat hotel yg sama kot dapat dengar gosip2 lain yg meletop..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 11-9-2021 09:54 PM
‘The Magnificient 12’ Kumpulan Polis Terbaik Tumpaskan Botak Chin

Suara March 25, 2016

Bahwandi Hiralal skuad bolasepak Olimpik Munich 1972 pun terlibat sama..wowww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 12-9-2021 12:21 PM
Thn 2006 dulu colleague I ceta pasal bentong Kali. katanya diaorg lure him out from his hideout (apa ...

Asal yamseng jer mesti cerita best best kluar kann
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 12-9-2021 01:00 PM
Bahwandi Hiralal skuad bolasepak Olimpik Munich 1972 pun terlibat sama..wowww

Ceritalah pasal pulau jerjak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 01:40 PM | Show all posts
Edited by Syd at 13-9-2021 08:30 AM

Kisah majistret ditawan tahanan

Abdul Latif Abu Bakar
Disember 8, 2019 @ 11:00am

BARU-BARU ini, penulis sekali lagi menonton filem Shutter Island lakonan Leonardo DiCaprio hasil garapan pengarah terkenal Martin Scorsese. Banyak yang tertanya-tanya siapa Teddy Daniels yang dilakonkan oleh DiCaprio.

Akhirnya terjawab Daniels dan Andrew Laeddis adalah manusia yang sama. Pesakit mental yang mendapatkan rawatan di hospital di Shutter Island. Kata-kata terakhir Laeddis kepada rakanya Chuck Aule lakonan Mark Ruffalo:”Which would be worse, to live as a monster or to die as a good man?” nampaknya masih menjadi misteri dan perdebatan hingga hari ini pada hal filem itu ditayangkan pada 2010.

Apa sebenarnya yang terjadi kepada Laeddis selepas kata-kata terakhirnya itu masih belum terjawab.

Tapi entah kenapa dialog terakhir dalam filem itu mengimbau kenangan kepada yang berlaku di Penjara Kuantan, Pahang pada Januari 1987. Ketika kejadian, penulis menjadi wartawan di Kuala Lumpur.

Keadaan tenang seperti biasa dalam bilik berita tengah hari itu, tiba-tiba gempar apabila pengarang berita ‘memecahkan berita’ kejadian di Kuantan. Beliau mengarahkan penulis bersama dua orang lagi pemberita terus ke Kuantan. Pada waktu itu, hanya penulis berkereta dan secara automatik Proton Saga hitam generasi pertama akan membawa kami ke Kuantan.

Hari itu, pada 7 Januari 1987. ‘Perbicaraan’ dalam penjara bukan sesuatu yang luar biasa. Perbicaraan ini biasanya membabitkan pendengaran perintah tahanan reman atau penentuan tarikh perbicaraan sebenar. Pokoknya perbicaraan ini hanya membabitkan banduan tahanan reman atau kes ringan.

Bagi perbicaraan hari itu, giliran Majistret Mariana Yahya (Kini Datuk Seri Mariana Yahya adalah Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Kuasa Kuasa Khas 2) yang bertugas.

Ketika kejadian kira-kira 100 banduan terbabit dengan pendengaran tahanan reman. Bagaimanapun, pendengaran kali ini berbeza. Tiga tahanan reman warga Indonesia; Ahmad Mohamad Noor; Agoes Salim serta Ahmad Sulaiman ternyata mempunyai agenda tersendiri.

Mereka adalah tahanan kelima, keenam dan ketujuh yang sepatutnya tampil di hadapan majistret. Dengan berbekalkan batang besi yang diubah suai menjadi besi tajam, mereka menerpa ke arah Majistret Mariana dan menahan beliau sebagai tebusan dalam penjara.

Kejadian sedemikian tidak boleh ditangani hanya oleh warden Jabatan Penjara bersendirian kerana ia sudah membabitkan unsur jenayah. Pasukan khas polis dari Bukit Aman dihantar ke Penjara Kuantan.

Justeru, kami mesti membuat perkiraan kerana peristiwa itu mungkin berlanjutan selama beberapa hari.

Kami bertiga mesti bergegas membawa keperluan yang patut. Yang pasti, 1987 belum ada telefon bimbit atau komputer riba. Itu tidak menjadi masalah kerana telefon awam banyak, cuma kami tidak pasti sama ada gagang atau kabel telefon awam masih ada atau tidak. Vandalisme memusnahkan telefon awam menjadi trend ketika itu.

Sebelum berlepas ke Kuantan, kami terlebih dulu bergegas ke pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri (ketika itu), Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Hanya selepas mendapat kenyataan media daripada beliau, kami bergerak ke Kuantan.

Laluan Kuala Lumpur – Kuantan tidak sehebat seperti sekarang dan kami juga tidak perlu membayar tol. Jalan memang gelap. Tetapi gelap atau terang, misi memandu ke Kuantan mesti diteruskan.

Kami sampai ke Kuantan sudah awal pagi dan selepas menyelesaikan beberapa urusan, kami bergegas ke Penjara Kuantan yang ketika itu terletak di Jalan Penjara (sudah pasti bukan) dan tidak jauh dari Hospital Besar. Tetapi sekarang bangunan Penjara Kuantan sudah tidak ada. Tapak penjara kini menjadi sebahagian daripada hospital.

Ketika sampai di hadapan Penjara Kuantan, suasana sudah seperti bazar dengan kehadiran ratusan manusia. Wartawan dari pelbagai media sudah berkampung di hadapan penjara. Kami bertiga berpecah supaya laporan kami kelak daripada sudut yang berbeza-beza. Ini kelebihan membuat liputan dengan beberapa orang lain.

Tidak banyak yang dapat dilakukan ketika kami tiba di Penjara Kuantan. Kami hanya bertukar-tukar maklumat dengan wartawan yang sudah tiba lebih awal, terutama wartawan berpangkalan di Kuantan sendiri. Semua mesti dicatat. Belum ada telefon canggih yang boleh merekodkan suara.

Maklumat tambahan juga diperoleh daripada sumber rasmi dan saksi mata di sana. Maklumat rasmi diperoleh daripada pegawai polis bertugas atau mana-mana pihak berkuasa lain. Saksi mata tidak menjadi masalah. Banyak yang bersedia memberi maklumat. Namun tidak semua boleh dipakai.

Apa yang boleh dilakukan ketika itu ialah menunggu.

Kami mendapat tahu bahawa selepas menawan Mariana, ketiga-tiga penculik – Ahmad Mohamad; Agoes dan Ahmad Sulaiman – membawa beliau keluar dari bilik tempat perbicaraan dan bergerak ke arah pintu besar penjara.

Warden penjara tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketiga-tiga penculik agak licik. Dalam keadaan terdesak, mereka boleh bertindak apa sahaja terhadap Mariana. Mereka bertiga serta Mariana – akhirnya ‘berkubu’ di pejabat penguasa penjara. Keadaan menjadi bertambah cemas apabila mereka mengambil sepucuk pistol dalam pejabat itu. Ketiga-tiga penculik menjadi lebih “berkuasa” kerana kini memiliki senjata api.

Hari semakin siang dan tiada tanda krisis penahanan Mariana akan berakhir. Penculiknya juga sudah mengemukakan beberapa tuntutan – mereka mahu wang tunai, kereta untuk melarikan diri dan lebih mencemaskan mereka mahu membawa Mariana bersama-sama mereka.

Apabila hari semakin tinggi, kami juga semakin aktif menambah bahan berita, tetapi pada masa sama mesti sentiasa berwaspada kerana macam-macam boleh berlaku dalam penjara.

Ketua Pengarah Penjara ketika itu, Datuk Ibrahim Mohamed sudah berada di Penjara Kuantan. Beliau menjadi wakil pihak berkuasa untuk berunding dengan ketiga-tiga penculik supaya membebaskan tahanan mereka. Yang turut berada di sana ialah Datuk Zaman Khan yang mengepalai pasukan polis menangani krisis itu.

Ketika itu juga kami melihat anggota Unit Tindakan Khas polis mengambil kedudukan bagi menghadapi segala kemungkinan. Hari bertambah cerah, kami belum makan. Keputusan mesti dibuat, pergi mencari makanan atau terlepas membuat liputan atau menahan lapar dengan makan sahaja ‘apa yang ada’ buat sementara waktu.

Kami tidak boleh terlepas kerana Ibrahim sudah mula berunding. Matahari makin tinggi, kami semua tetap di hadapan penjara. Kru TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) mula memasang peralatan untuk membuat siaran langsung bagi berita tengah hari. Rundingan Ibrahim makin rumit. Kami melihat kru RTM mula memegang mikrofon untuk membuat lintas langsung, tetapi tak kesampaian.

Tiba-tiba terdengar beberapa das tembakan dari dalam penjara. Kami semua terpinga-pinga. Sebuah ambulans dengan bunyi nyaring keluar dari dalam penjara. Tidak lama Zaman Khan membuka pintu kecil penjara dan mengajak wartawan masuk melihat keadaan.

Penulis turut masuk dan melihat mayat dua penculik sudah terbaring atas lantai. Salah seorang memakai ikat kepala warna putih. Ketika itu kami diberitahu Ibrahim menyuruh Mariana meniarap kerana penembak tepat sudah mengambil kedudukan.

Dalam suasana kelam kabut rundingan, salah seorang penculik menarik Ibrahim dan ketika itu UTK bertindak.

Mariana diselamatkan. Ahmad Mohamad ditahan, manakala Agoes serta Ahmad Sulaiman ditembak mati.

Agoes, Ahmad Sulaiman dan Ahmad Mohamad sebenarnya hanya beberapa meter dari pintu besar Penjara Kuantan. Tetapi mereka mencari kebebasan dengan cara yang salah dan mesti membayar dengan harga yang sangat mahal. Ahmad dibicarakan termasuk atas kes memilik senjata api. Dia didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

Penulis adalah bekas wartawan BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman Khan teringin jumpa 'bayi' Highland Towers

Zubir Mohd Yunus
[email protected]
March 16, 2015 @ 12:19am


"Saya teringin berjumpa 'bayi' itu. Saya nak tahu apa jadi dengan dia dan saya tak akan berhenti mencari dia."

Itu luahan Tan Sri Mohamad Zaman Khan Rahim Khan kepada penulis ketika bertemunya.

Sudah lebih dua dekad, beliau 'mengenali' bayi itu, tetapi pertemuan mereka hanya sebentar dan ketika kanak-kanak itu belum mampu mengingati banyak perkara dalam hidupnya.

Sudah hampir 21 tahun tragedi kondominium Highland Towers runtuh berlalu, namun tidak ada satu detik pun kenangan itu yang lupus daripada ingatannya. Tambahan pula, beliau antara individu yang menyelamatkan 'bayi' berkenaan, Nur Hamidah Najib, 18 bulan dan ibunya, Umi Rashidah Khoruman, 22, dalam insiden malang yang mengorbankan 48 nyawa.

"Saya memang menyimpan impian untuk berjumpa dengan bayi yang kami selamatkan kira-kira 20 tahun lalu. Bayi berkenaan warga Indonesia. Justeru, saya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak kedutaan untuk berjumpa dengan bayi berkenaan, mungkin dia kini sudah berusia awal 20-an.

"Saya pernah terbaca, emak bayi berkenaan berada di Indonesia. Saya akan teruskan usaha mencari bayi berkenaan. Mungkin pada usianya hari ini, remaja itu sudah berkahwin. Saya hendak tahu bagaimana keadaannya sekarang." katanya.

Mungkin ramai yang sudah tahu, Zaman Khan adalah antara pegawai kanan polis terawal tiba di lokasi kejadian. Mungkin ramai juga yang mengingati 'babak' Zaman Khan berdiri di atas runtuhan dan mendukung seorang bayi, seorang daripada hanya dua mangsa yang berjaya diselamatkan dalam tragedi 11 Disember 1993, yang menyayat hati itu.

Pokok jatuh atas bangunan

Mengimbau saat itu, Zaman Khan yang ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), dipanggil ke lokasi kejadian. Maklumat awal yang diterima, pokok jatuh atas bangunan.

"Saya terfikir, kenapa beritahu saya perkara ini? Bagaimanapun, sebagai anggota polis, kami bertanggungjawab menyelamatkan harta benda dan nyawa.

"Ketika itu, baru saya dimaklumkan, kondominium runtuh dan ramai yang mati. Sampai di tempat kejadian, sudah ada pasukan penyelamat yang mencari mangsa yang masih hidup.

"Saya pun berjalan di atas bangunan yang runtuh, terdengar suara orang minta tolong, tapi orangnya tak nampak, namun suaranya makin kuat. Apabila timbunan kayu dan batu dialihkan baru kami nampak seorang bayi bersama ibunya. Anggota bomba yang tarik keluar bayi dan ibunya," katanya.

Hari ini, apabila melalui kawasan Highlands Towers yang dipenuhi tumbuhan, beliau pasti berasa sayu.

"Sayu melihat keadaan Highlands Towers. Dua bangunan masih teguh berdiri. Penagih dadah jadikan bangunan itu untuk melepaskan gian. Bangunan itu tidak ada hantu. Ketika penggambaran Highlands Towers, saya terbabit sama.

"Saya tak pernah dengar orang kena usik dengan hantu. Hantu pun lari apabila penagih dadah menyorok di sana! Orang kita saja yang mudah percaya dengan benda mistik," tambahnya.

Aktif aktiviti sosial, kemasyarakatan

Kini, sudah kira-kira 17 tahun meninggalkan tugas dalam pasukan beruniform dan usia mencecah 76 tahun, yang sepatutnya dihabiskan dengan berehat di rumah atau bermain dengan cucu, tetapi tidak bagi bekas Ketua Pengarah Penjara Malaysia ini (jawatan terakhir dipegang sebelum bersara pada 1997).

"Itu tak bagus untuk kesihatan. Apabila keluar rumah, pergi ke pejabat setiap hari, kita akan lebih sihat," katanya.

Sekarang, kebanyakan harinya dihabiskan di sebuah pejabat yang membekalkan alatan komunikasi di Jalan Ampang, di ibu kota, selain aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Aids Malaysia (MAC).

"Apa yang saya lakukan hari ini adalah kesinambungan. Ketika saya masih anggota polis, sungguhpun saya tangkap penagih dadah, saya juga terbabit memberi ceramah dan taklimat kepada muda-mudi atau persatuan di taman perumahan, mengenai bahaya penyalahgunaan dadah. Saya juga aktif bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

"Apabila saya bersara, saya bertemu dengan seorang profesor dalam pertemuan bersamanya di sebuah hotel. Katanya, kenapa saya tidak terbabit dengan aktiviti kesedaran HIV/AIDS dan penyalahgunaan dadah. Tambahnya lagi, saya ada pengalaman," katanya.

Sungguhpun begitu, Zaman Khan mengakui beliau kurang yakin menggalas tugas sosial menangani persepsi negatif terhadap pesakit HIV/AIDS. Banyak lagi yang perlu dipelajarinya mengenai penyakit itu.

Jangan pinggir mereka

"Pelbagai persepsi negatif timbul, kononnya tak boleh bersalaman dengan mereka yang dijangkiti, tak boleh duduk sembang dekat-dekat, tak boleh menggunakan pinggan atau gelas penghidap HIV dan sebagainya. Persepsi itu sukar nak dihakis. Bagi saya, kita tak boleh singkirkan mereka.

"Ceramah dan kempen perlu diadakan untuk memberi kesedaran. Bagi saya, persepsi masyarakat hari ini sedikit demi sedikit sudah berubah. Penghidap atau pembawa HIV/AIDS tidak lagi dibenci atau dipulau walaupun belum 100 peratus terhakis.

"Penyakit ini boleh dicegah, tak berjangkit. Ada orang yang sudah berkahwin dengan pembawa HIV/AIDS ini, namun pasangannya tidak berjangkit, anak yang dilahirkan pun tidak berjangkit.

"Risikonya tetap ada, tapi bayi yang dilahirkan oleh ibu atau bapa yang ada HIV/AIDS sangat kurang dijangkiti. Jangkitan HIV/AIDS yang disebabkan pertukaran jarum suntikan dalam kalangan penagih juga berkurangan," jelas Zaman Khan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.588842 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list