CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2165|Reply: 10

[Sabah] Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah

[Copy link]
Post time 12-9-2021 08:38 AM | Show all posts |Read mode


Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah, anak kelahiran Sabah merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia dan mengambil jurusan dalam Reka Bentuk Produk telah menghasilkan ciptaan produk material bio leather dengan menggunakan sepenuhnya kulit buah-buahan sitrus terutama kulit limau nipis dan bahan semula jadi yang lain.

Perkara ini bukan sahaja bersifat lebih mesra alam malah ianya juga mampu untuk menjadi bahan pembungkusan pelbagai produk menggantikan plastik. Hebat kan!

Di samping itu, apa yang lebih menarik adalah, inovasi gadis berusia 24 tahun ini sebenarnya masih lagi berada di peringkat kajian awal, tetapi telah mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi tempat kedua dalam pertandingan reka bentuk antarabangsa James Dyson Awards 2021 baru-baru ini.


"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah yang telah berjaya mengharumkan nama Pusat Pengajian Seni USM dipersada antarabangsa dengan penghasilan produk material bio leather yang menggunakan sepenuhnya kulit buah-buahan sitrus, terutama kulit limau nipis dan bahan semula jadi lain, yang bukan sahaja bersifat lebih mesra alam malah mampu menjadi bahan pembungkusan pelbagai produk menggantikan plastik.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2021 08:41 AM | Show all posts
Sumber : BERNAMA

Beberapa hari yang lalu, Malaysia digemparkan dengan kejayaan seorang mahasiswi Universiti Sains Malaysia, Saudari Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah dalam pertandingan reka bentuk antarabangsa, James Dyson Awards 2021. Beliau yang merupakan pemenang tempat kedua dalam pertandingan tersebut telah mengejutkan dunia dengan hasil ciptaannya yang menginovasikan sisa sampah kepada beg mini sebagai pembungkus set produk penjagaan kulit wajah.

Menurut laporan Bernama, produk bahan “bio leather” ini menggunakan sepenuhnya kulit buah-buahan sitrus terutama kulit limau nipis dan bahan semula jadi lain, yang bukan sahaja bersifat lebih mesra alam, malah mampu menjadi bahan pembungkusan pelbagai produk menggantikan plastik.

Hebatnya lagi apabila ciptaan ini masih berada di peringkat awal kajian, tetapi telah memenangi pertandingan berprestij ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Lanjutan daripada laporan Bernama dan beberapa berita lain, gadis 24 tahun ini telah mendapat ilham ciptaan ini apabila melihat lambakan sampah kulit buah-buahan di kafe dan restoran semasa beliau menyiapkan projek semester tahun lalu.

Menurut Saudari Menlin Ng, “”Saya percaya semua sisa makanan boleh diproses menjadi bahan atau barangan berguna sekali gus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Saya mahu menukarkan bahan yang dilihat tidak bernilai ini menjadi barangan berguna dan berharga.”

“Selain membantu mengurangkan penjanaan sampah, bahan kulit bio yang menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya ini juga melibatkan kos lebih rendah,” katanya yang mengambil masa 10 bulan bagi menyiapkan projek tersebut.

Menerusi ujian yang dijalankan, Menlin Ng menggunakan kira-kira 30 kulit limau purut bagi menghasilkan dua helai material berukuran 20 sentimeter panjang dan lebar.
“Saya mendapatkan stok kulit limau dari beberapa restoran. Antara proses terlibat termasuk pengekstrakan, pengasingan kulit dan biji buah, rebus bagi mengelakkan kulat dan mencampurkan dengan bahan pelekat semula jadi sebelum dikeringkan sehingga menjadi produk akhir,” katanya.

Menurut laporan Bernama lagi, Saudari Menlin Ng telah menceritakan kekangan yang dihadapi.
Ditanya tentang cabaran yang dihadapi, Menlin Ng berkata beliau perlu berdepan dengan kekangan menjalankan ujian di makmal susuli sekatan pergerakan dan penularan pandemik COVID-19.
“Dalam tempoh itu, pertemuan bersemuka dengan penyelia tidak dapat dilakukan. Terkurung di asrama kampus juga membuat saya beberapa kali hilang motivasi,” katanya.

Pelajar jurusan Reka Bentuk Produk itu juga berharap inovasi yang masih di peringkat penyelidikan awal itu dapat dikembangkan dan dimanfaatkan di peringkat profesional sekali gus membuka jalan kepada penghasilan bahan mesra alam.
“Saya perlu membuat lebih banyak kajian dan eksperimen bagi mendapatkan bahan terbaik dalam meningkatkan kualiti material ini pada masa akan datang.

“Malaysia adalah antara pengeksport buah dan sayur terbesar. Jadi secara tidak langsung, menyumbang kepada penghasilan sampah yang boleh dijadikan sumber kepada penghasilan produk pembungkusan daripada material semula jadi,” katanya.

Subhanallah! Sesungguhnya akal dan fikiran merupakan anugerah-Nya kepada manusia yang begitu berharga dan akan menatijahkan kejayaan luar biasa andai dimanfaatkan sebaiknya. Semoga kisah Saudari Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah ini menjadi motivasi dan inspirasi buat semua anak muda di Malaysia untuk terus berjaya dalam kehidupan biarpun terpaksa berhadapan dengan ujian pandemik COVID-19.




Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama menarik orangnya cantik bijak pulak tu, berkenan jugak bag dari kulit limau. Mesti bau wangi fresh ja kan. Good luck adik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik.first aku bc keratan paper tu mcm dia tulis 'kulit RIMAU jadi beg mesra alam'...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Tahniah anak muda
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 11:05 AM | Show all posts
Lawa,bijak,kreatif. Mudah2an cerah masa depan kerjaya kau dikk. Musti wangiii beg tu kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang nama ko dik....
Mesti masa sekolah dulu tak cukup kotak nak isi borang maklumat pelajar tiap2 tahun kena isi tu..

Apapun Tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Olumis at 12-9-2021 11:19 AM

Tahniah dik. Muda, cantik dan bijak. Pakej lengkap! Kulit limau ni memang famous utk dijadikan bahan inovasi. Sebab teringat zaman sekolah menengah dulu, ada group junior kami menang pertandingan inovasi jg. Inovasi kertas yg diperbuat drp kulit limau... And that was 20 yrs ago! How time flies
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2021 01:29 PM | Show all posts
Alhamdulillah~
Tahniah Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dik, impressive.. Best kan dapat hasil kan something yang memang sedia ada and mudah didapati.. Support her usaha.. Mudahkan kekangan dia.. and improvise it.. Interesting la bidang research and development nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 08:34 PM | Show all posts
tahniah ... comey orangnya ... moga terus berinovasi ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.066480 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list