View: 3071|Reply: 8
|
Gara-gara Reviu, Tak Pasal-pasal Nama Kamal Adli Terjebak Scammer Telefon
[Copy link]
|
|
Gara-gara membuat ulasan tentang sebuah kedai telefon online, nama pelakon Kamal Adli kini tercalar apabila turut terkait dalam beberapa kes penipuan dalam urusan jualan secara dalam talian.
Lebih teruk lagi, Kamal turut menjadi sasaran kemarahan pelanggan kedai terbabit ekoran kegagalan urusan jual beli biarpun pembayaran telah pun dilakukan.
Kredit foto: IG Kamal
Menjelaskan keadaan sebenar, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkata, dia hanya menjalankan kerjanya sebagai selebriti yang dibayar untuk melakukan reviu atau ulasan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam Instagram.
“Untuk pengetahuan semua, saya ada admin (pengendali) yang pantau bahagian media sosial saya. Jadi semuanya dipantau dengan penuh hati-hati.
“Kemudian, ramai yang hantar mesej (DM) beritahu yang @kassgadget adalah penipu dan scammer. Saya memang ambil serius hal ini sebab setiap kali reviu, saya akan pastikan orang itu betul-betul berniaga,” katanya.
Dalam hantaran berkenaan, Kamal turut memuat naik tangkap layar mesej dalam Instagram dengan beberapa pembeli yang ditipu penjual berkenaan.
Membuktikan keseriusannya berhubung respons orang ramai, Kamal turut memuat naik tangkap layar perbualan pengurusnya dengan penjual kedai berkenaan menerusi WhatsApp pada 16 Ogos lalu dengan bertanyakan tentang isu penipuan yang berlaku.
Bagaimanapun dalam mesej berkenaan, penjual terbabit menafikan perbuatannya penipuannya sebaliknya mendakwa semua pembeli tiada bukti kukuh atas tuduhan yang dibuat.
“Jadi saya dah pun padam segala benda yang di luar kawalan kerana dia sendiri beritahu promosi ini dilakukan sempena Merdeka.
“Saya cuma nak bantu mereka yang terkesan dengan Covid-19, tapi macam ini pula jadinya. Saya mohon maaf kepada semua dan akan pastikan perkara begini tidak akan berulang.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap penipu ini,” tulisnya.
Hasil carian, Instagram penjual berkenaan tidak ditemui, tetapi terdapat sebuah akaun baharu diwujudkan dengan nama @kassgadget.penipu dipercayai dibuka oleh kumpulan pembeli yang tertipu.
Perkongsian akaun tersebut berusaha mengumpul bukti sahih seperti resit bayaran pemindahan wang secara dalam talian daripada pembeli selain mendedahkan akaun bank penjual.
Sumber: K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak laku je |
|
|
|
|
|
|
|
Kt IG byk de kedai hanset jual harga too good to be true
Kedai laptop pun.
Tiap kali naik kt feed aku report scam.
iPhone 12 max pro RM720
Jadahnye |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyoooo sesendu pun ingat heol tak tau nama naik jadik modal scammer? |
|
|
|
|
|
|
|
tu pun ada lagi kena scam
|
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 12-9-2021 05:43 PM
Kt IG byk de kedai hanset jual harga too good to be true
Kedai laptop pun.
Tiap kali naik kt feed ...
Mmg scam. MO dorang guna nama IG yg sama. Copy paste je. Ubah dari segi harga yg xmasuk akal konon ada harga promosi. Bila pembayaran bukan ke acc asal tp ke acc lain. Dari situ dah tau. Nak beli hp mahal tp nak murah. Mmg terkena laa. Jadilah pengguna yg bijakkkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pun hadap duit sebab sendus takde job sampai scammer pun dia terims review. yang pasti tetap kepam dekkk. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 12-9-2021 05:43 PM
Kt IG byk de kedai hanset jual harga too good to be true
Kedai laptop pun.
Tiap kali naik kt feed ...
Tapi kaka kalau report kan tak turun pun ig dorang. Lagi ramai kena scam ada la. Iols senyum sinis je selalunya kepada yang kena, sesuai dengan iq mereka dan mungkin itu je cara2 untuk bagi pembeli2 tiga suku tu serik. Agittew |
|
|
|
|
|
|
| |
|