CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78399|Reply: 607

[Tempatan] Lelaki dakwa ‘dipaksa’ tinggal di wad ICU Covid-19 Meninggal Dunia 24 September

  [Copy link]
Post time 13-9-2021 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Xim at 26-9-2021 04:19 AM

Lelaki dakwa ‘dipaksa’ tinggal di wad ICU Covid-19

https://www.kosmo.com.my/2021/09 ... i-wad-icu-covid-19/

Oleh SAFINA RAMLI
13 September 2021, 1:13 pm


Dakwaan seorang lelaki ditahan di wad ICU HPP di George Town tular di media sosial sejak semalam.

GEORGE TOWN – Media sosial terutama Facebook kecoh dengan rakaman audio membabitkan seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) yang mendakwa diculik dan dipaksa berada di ICU oleh kakitangan hospital berkenaan.

Menerusi rakaman audio yang tular sejak semalam itu, pesakit berkenaan mendakwa dirinya masih sihat namun dipaksa memakai alat bantuan pernafasan oleh petugas kesihatan.

Dengan menggunakan tanda pagar, #BebaskanAffendy, individu yang mendakwa mengenali pesakit berkenaan mahu doktor bertugas segera ‘membebaskan’ pesakit itu.

Pesakit juga mendakwa dia bernafas dengan baik sebelum dipaksa menggunakan alat bantuan pernafasan berkenaan.

Malah pesakit juga mendakwa, dia yang dirawat di HPP sejak minggu lalu hanya datang untuk membuat saringan Covid-19 sebelum ‘diangkut’ untuk dirawat di dalam wad pesakit Covid-19.

Menerusi rakaman audio berkenaan, pesakit juga mendakwa rakannya turut berdepan masalah yang sama apabila ditahan di ICU selepas datang ke HPP untuk membuat saringan Covid-19.

Dalam pada itu, Pengarah HPP, Datuk Dr Teo Gim Sian ketika dihubungi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2021 01:37 PM | Show all posts
Media sosial kecoh dengan #BebaskanAffendy dari ICU Hospital Pulau Pinang

https://www.utusan.com.my/terkin ... pital-pulau-pinang/

Oleh SAFINA RAMLI
13 September 2021, 12:28 pm


MEDIA sosial terutama Facebook kecoh dengan rakaman audio membabitkan seorang pesakit Covid-19 ICU HPP yang mendakwa dia diculik dan dipaksa untuk berada di ICU oleh kakitangan hospital HPP.

GEORGETOWN : Media sosial terutama Facebook kecoh dengan rakaman audio membabitkan seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), yang mendakwa dia diculik dan dipaksa  berada di ICU oleh kakitangan hospital berkenaan.

Menerusi rakaman audio yang tular sejak semalam, pesakit berkenaan mendakwa dirinya masih sihat namun dipaksa memakai alat bantuan pernafasan oleh petugas di ICU.

Dengan menggunakan hashtag #BebaskanAffendy, individu yang mendakwa mengenali pesakit berkenaan mahu doktor bertugas segera ‘membebaskan’ pesakit itu daripada ICU HPP.

Pesakit juga mendakwa dia bernafas dengan baik sebelum dipaksa menggunakan alat bantuan pernafasan berkenaan.

Malah pesakit juga mendakwa, dia yang dirawat di HPP sejak minggu lalu hanya datang untuk membuat saringan Covid-19 sebelum ‘diangkut’ untuk dirawat di dalam wad pesakit Covid di HPP.

Menerusi rakaman audio berkenaan, pesakit mendakwa rakannya turut berdepan masalah yang sama apabila ditahan di ICU selepas datang ke HPP untuk membuat saringan Covid-19.

Dalam pada itu, Pengarah HPP, Datuk Dr Teo Gim Sian berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat. – UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tunggu siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak tau kisah ini walaupun katanya kecoh semalam. Video pls..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabo je lah..
Betul ke begitu.
Takkan lah doc saja saja nak.masukkan ke icu
Apa pung kita tunggu pihak sebelah sana bagi keterangan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak admit hospital kerajaan ni hadoilah susahnya.. kalau tak betul2 sakit mmg depa suh balik je.. dari zaman tok adam dulu gitulah caranya.. kalau tak nak duk sepital diadmit sain je AOR tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-9-2021 01:48 PM
Sabo je lah..
Betul ke begitu.
Takkan lah doc saja saja nak.masukkan ke icu


Yang ni ke yang viral tu ? O2 63% je kot. Gilerrrr. Anytime boleh kong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2021 02:30 PM | Show all posts
JKNPP sahkan pesakit ‘dakwa diculik’ dirawat di ICU HPP kerana keadaan kritikal

https://www.utusan.com.my/terkin ... a-keadaan-kritikal/

Oleh SAFINA RAMLI
13 September 2021, 2:07 pm


JKNPP mengesahkan pesakit Covid-19 yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa menjalani rawatan di ICU Hospital Pulau Pinang masih menjalani rawatan di ICU kerana keadaannya yang kritikal.

GEOERGETOWN: Pesakit Covid-19 yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini disahkan masih menjalani rawatan di ICU memandangkan keadaannya yang kritikal serta berisiko menyebarkan wabak Covid-19 sekiranya dibenarkan pulang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dr. Ma’arof Sudin berkata, pesakit berkenaan dimasukkan ke ICU selepas disahkan mengalami Covid-19 tahap empat.

“Pemeriksaan awal menunjukkan pesakit mengalami penurunan tahap oksigen yang sangat membimbangkan dan rawatan terapi oksigen telah dimulakan.

“Namun, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit semakin kritikal sehingga kadar oksigen dalam darahnya hanya boleh distabilkan dengan menggunakan mesin bantuan pernafasan iaitu ventilator,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejak semalam, tular dalam media sosial mengenai seorang pesakit Covid-19 di ICU HPP yang mendakwa dirinya diculik dan dipaksa menjalani rawatan di wad ICU hospital berkenaan walaupun keadaan kesihatannya stabil.

Menurut beliau, pegawai perubatan pakar perubatan rapi dan ICU telah memaklumkan kepada pesakit dan ahli keluarganya mengenai keadaan pesakit yang berada pada tahap kritikal.

“Pihak hospital juga telah berulang kali menjelaskan kepada pesakit serta ahli keluarga mengenai risiko yang boleh membahayakan dirinya jika dia tidak membenarkan rawatan dijalankan.

“Namun pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang disyorkan dan memohon untuk dibenarkan pulang atas risiko sendiri,” katanya.

Tambahnya, pihak hospital masih memantau dan menempatkan pesakit di ICU walaupun dia enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan memandangkan keadaannya yang kritikal.

Dalam pada itu, katanya, pihak HPP menafikan bahawa pesakit tidak diberi makanan ketika berada di ICU.

“Untuk makluman, pesakit di ICU diberi makanan berbentuk cecair seperti susu bagi memudahkan penghadaman dan mengelakkan berlakunya komplikasi.

“Pihak hospital sentiasa prihatin dan meneruskan pemantauan terhadap pesakit tersebut dan akan berhubung untuk memberi maklumat berkala dengan ahli keluarga pesakit,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 02:31 PM | Show all posts
igt doktor msukn ramai pesakit dlm wad, dpt byk bonus ka ?

camtu, baik dktor upah sedara mara pura2 masuk wad, mgkin gaji boleh naik smpai puluh ribu sebulan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:32 PM | Show all posts
poyola mamat antivaksin ni, taknak masuk wad balik rumah je la makan ivermectin
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy HYPOXIA letew kot
luaran OK, tapi Oxygen level dah drop below 95%
semoga abg ni sht la ye balik..dgr la ckp doktor tu bang oi..takde maknanya dorg nak naya abg..whoayus
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang mamat tu kemain bertekak kata org pitnah mamat pendy ni katanya kenapa tak tgk live tu dr awal la masa oksigen mamat tu 92.
Rasanya dia taktau 92 tu dikira tak normal, 95 pun org dah rasa gelabah inikan plak 92.
Rasa cam buang masa je bertekak ngn palatao ni.
Kalau 63 nampak masih leh cakap tu kira happy hypoxia la kan.
Oksigen dah kurang percakapan pun biasanya dh merapu2.
Emosi org kat wad covid ni biasanya tak stabil.
Semalam iols ada baca luahan sorang pompuan ni mak dia kat wad covid kat hospital call dia menangis2 teruk taktau apa punca.
Mak dia nampak sgt tak stabil emosi asik menangis dan cakap pun susah nak faham.
Padahal maknya sblm ni bukan jenis gitu.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
diculik dan dipaksa..bair betul ni..sila siasat habis2an
gila ke buat orang camtu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Qwertyuiop2019 replied at 13-9-2021 02:28 PM
Yang ni ke yang viral tu ? O2 63% je kot. Gilerrrr. Anytime boleh kong.

Yes...teruk kan?
63 kot
Laki iols 89 spo dia.pung doc dah gelabah announce stage 4..naknkena tukar tmpt..
Sebab mendadak
Dia 63 relaks.lagi
Iols respek kekuatan affendy ni
Moga affendy kuat hadapi orang yang dia pitnah2 neh
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 13-9-2021 02:32 PM
poyola mamat antivaksin ni, taknak masuk wad balik rumah je la makan ivermectin

Laki iols.cite..
Ada.org makan ivermectin kat maeps
Pastu..sangkut hari ke 10 kuarantin kat maeps pung tak.bolehnkuar lagi sebab darah tak cantiks..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la yg aku bce td rupanya. Kes oksigen 60, tp blh bernafas elok. Gile 63 stil rse normal. Pdhal dlm badan ko tu haywire abis dh. Tggu nk kiok je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 02:46 PM | Show all posts
Mmg kecoh pon, siap buat live lagi dgan si tanjak tu. Lepastu acah2 kuat boleh sembang boleh duduk padahal tahap oxygen cukup2 96% dgan HFNC, tanpa oxygen terus leput jadi 64%. Tu kau kata kuat? Ujong2 cakap beberapa patah perkataan dah semput! Tu pon nak acah2 kuat lagi ke?? Harap2 sign AOR lepastu mampos dalam kereta jah org sebegini!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:47 PM | Show all posts
Suchi replied at 13-9-2021 02:37 PM
Ada sorang mamat tu kemain bertekak kata org pitnah mamat pendy ni katanya kenapa tak tgk live tu dr ...

Diorang ingat 90% tu markah A1 sangat cemerlang gituh. Hatta 95% spo2 pon dah kena monitor, ni kan lagi <90.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la kenyataan penyumbang2 BID. So tak perlu melalak salahkan gomen. I berhadapan dgn 3 org terdekat yg mcm ni. 2 darinya dh selamat pulang ke rahmatullah.
So bila acik2 forum persoal pasal BID ni i dah malas nk menyampok lagi. Bawak g hospital salah, ambulance tak dtg2 walau dh cungap2 salah, dokter bg tidur salah, dokter suh blk quarantine sendiri pun salah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde keje la doc nk culik msk dlm icu..apa dia igt doc suka berjemaah ramai2 dlm tu mcm taman tema pastu dok hip hip horray & joget lambak..alahaiii.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075692 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list