View: 3047|Reply: 19
|
[Dunia]
Rahsia kecergasan unggul Ronaldo 36tahun:Amalkan Pilates n mkn 6 kali sehari
[Copy link]
|
|
United turun menentang Newcastle United di Old Trafford, secara rasminya bintang sensasi yang juga legenda kelab berkenaan, Cristiano Ronaldo kembali menyarung jersi pasukan itu selepas 12 tahun meninggalkan England.
Namun, di sebalik keputusan Ronaldo untuk kembali menyarung jersi United, ia mengundang reaksi yang pelbagai.
Pada usia 36 tahun, United dianggap membuat satu keputusan yang kurang bijak menandatangani Ronaldo sekiranya tujuan utama mereka adalah untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kali terakhir mereka merangkulnya pada musim 2012/13.
Dalam satu temu bual, Ronaldo mengakui ramai yang meragui kemampuannya untuk memberikan aksi terbaik pada usia ketika ini.
“Saya berada di sini untuk menang. Orang bercakap mengenai mengenai usia tetapi mereka perlu faham bahawa saya berbeza,” katanya.
Ketika masih bersama Real Madrid sebelum ini, Ronaldo ketika berusia 33 tahun dan dia mengakui secara biologi dia berusia 23 tahun. Ronaldo adalah seorang atlet yang obses terhadap rutin Pilates untuk menguatkan teras badan.
Dia juga mengamalkan diet protein di mana mengehadkan daging dalam menunya bagi mengelakkan pengambilan lemak berlebihan dan makan sebanyak enam kali sehari dalam jumlah yang kecil.
Melihat bentuk badan dan tahap kecergasan yang dimiliki kapten Portugal ini, ramai pastinya menyangka bahawa latihan di gimnasium adalah menjadi keutamaan Ronaldo.
Ronaldo lebih gemar berenang dan dia akan terus ke kolam dalam tempoh yang lama selepas tamat setiap perlawanan ketika ramai pemain-pemain bola sepak lain lebih gemar ‘memulihkan’ diri di hadapan televisyen.
Selain itu, satu lagi rahsia kejayaan Ronaldo mengekalkan tahap kecergasannya adalah mesin Cyrotheraphy yang dibelinya dengan harga 50,000 (RM286,000) selepas mendapati ia sangat berkesan ‘memulihkan’ pemain Bayern Munich, Franck Ribery.
Ronaldo mampu berdiri di dalam mesin berkenaan untuk tempoh tiga minit ketika suhunya turun sehingga antara -160°c and -200°c selain mengamalkan mandian panas dan berais untuk memulihkan semula otot-ototnya setiap kali selepas perlawanan.
Dalam pada itu, Ronaldo turut mengakui bahawa selain latihan fizikal berterusan dan konsisten, perkara utama yang dititik beratkan dalam penjagaan tahap kecergasan adalah rehat yang mencukupi di mana dia akan memastikan dirinya tidur selama lapan jam setiap hari.
Membayar sekitar 25 juta (RM143.18 juta) kepada Juventus untuk membawa pulang Ronaldo bukanlah perkara yang sukar buat United dan pelaburan itu nyata sudah pulang modal apabila mereka berjaya meraih hasil jualan jersi bernilai 187 juta (RM1.07 bilion) setakat ini.
Sebagai pengakhirannya, untuk mereka yang terlupa atau mungkin tidak tahu, Ronaldo meledak dua gol untuk aksi debutnya menentang Newcastle ketika United mencatat kemenangan 4-1 pada aksi berkenaan sekali gus menjadi gol ke-120 dirinya bersama pasukan itu |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yuki kawauchi pun hebat....kagum tengok beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Pilates, yoga memang best. Angkat berat too.
Semoga berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tipulah macam 23 tahun, ronaldo tak boleh dah dribble kehulu-kehilir macam zaman muda.. Sekarang main posisi striker no 9 tunggu orang hantar bola je |
|
|
|
|
|
|
|
VioletsAre_Blue replied at 14-9-2021 10:11 AM
Tipulah macam 23 tahun, ronaldo tak boleh dah dribble kehulu-kehilir macam zaman muda.. Sekarang mai ...
Giler lah nk compare fitness dia masa 36 tahun dgn waktu dia prime dulu brader....
Tp fizikal dia mmg tiptop, performance pun still above the rest yg tgh prime |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nikaido at 14-9-2021 12:03 PM
VioletsAre_Blue replied at 14-9-2021 10:11 AM
Tipulah macam 23 tahun, ronaldo tak boleh dah dribble kehulu-kehilir macam zaman muda.. Sekarang mai ...
Body dia yg claim umur 20an bukan performance. Aku penah baca artikel penyelidik buat test dkt ronaldo menunjukkan yg dia sama fit ketika waktu covid meaning ronaldo xde lacking dr segi diet @ training @ workout |
|
|
|
|
|
|
|
Ni rutin crown prince of dubai |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terbaca dia memang jaga betul pemakanan, jus pun tak minum. Padan la dengan kejayaan dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
suka tgk dia ngn ank2
|
|
|
|
|
|
|
|
dia masih main lagi.lainla kalau dia dah pencen ...duhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada anak but tak kahwin/ ada gf kan? Ke I silap |
|
|
|
|
|
|
|
Dia jaga lifestyle dia jgk kan..x minum, x smoking, x amik drugs.. Mungkin tu pun membantu sikit sebyk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp body dia mmg sgt cantik pun utk umur skrg
Dah la muka cute.. awet muda je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hessa at 14-9-2021 10:12 PM
atlet yg nampak extraordinary ni satu je..disiplin..itu kunci utamanya..tgk lah mana2 atlet terkemuka dunia mana2 sukan pun....Arwah Mokhtar Dahari,DLCW dan Nicol David antara yg dh membuktikannya kat Malaysia..apa lg atlet terkemuka dunia lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 14-9-2021 11:09 AM
Dia ada anak but tak kahwin/ ada gf kan? Ke I silap
Kan... tak kawin pun dengan gf dia tu. bela anak je |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 14-9-2021 03:12 PM
Serius la gg tak lawa dolu2... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa Faiz Subri Puskas 2016
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ekselen replied at 14-9-2021 07:56 PM
Dia jaga lifestyle dia jgk kan..x minum, x smoking, x amik drugs.. Mungkin tu pun membantu sikit seb ...
Dia sangat disiplin dengan lifestyle dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|