CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16563|Reply: 155

[Tempatan] 600,000 isi rumah kategori M40 jatuh ke kumpulan kategori B40

[Copy link]
Post time 14-9-2021 02:15 PM | Show all posts |Read mode
600,000 isi rumah M40 jatuh ke kumpulan B40
Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Pendapatan purata kasar bulanan isi rumah menurun 10.3 peratus daripada RM7,901 pada 2019 kepada RM7,089 pada 2020.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan pada Ogos 2021.

"Berdasarkan laporan ini, pendapatan purata kasar bulanan isi rumah menurun 10.3 peratus daripada RM7,901 pada 2019 kepada RM7,089 pada 2020.

"Selain itu, insiden kemiskinan meningkat kepada 8.4 peratus membabitkan 639,800 isi rumah berbanding dengan 5.6 peratus atau 405,400 isi rumah pada 2019," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail Sabri berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 5.6 peratus pada 2020.

"Di samping itu, kadar pengangguran meningkat dengan ketara kepada 5.3 peratus pada Mei tahun lalu membabitkan 826,100 individu berbanding 3.3 peratus pada 2019.

"Lebih kurang 600,000 isi rumah daripada kumpulan isi rumah M40 yang berpendapatan antara RM4,850 dan RM10,959 sebulan jatuh ke kumpulan B40," katanya.

Menurutnya, bagi meringankan beban individu dan isi rumah yang terkesan, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan di bawah lapan pakej rangsangan ekonomi antaranya Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu yang keseluruhannya berjumlah RM24.9 bilion.

"Ini membantu 10.9 juta individu dan isi rumah, selain itu moratorium bayaran balik pinjaman kepada lebih tujuh juta peminjam diberikan.

"Diskaun bil elektrik sebanyak RM3.14 bilion yang memanfaatkan 8.8 juta individu dan isi rumah," katanya.

Katanya, selain itu, inisiatif kerajaan mewujudkan RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan yang memanfaatkan 375,000 penerima.

"Kerajaan juga mengekalkan dan mewujudkan pekerjaan termasuk program Subsidi Upah yang membantu kira-kira 300,000 majikan dan mengekalkan lebih 2.7 juta pekerjaan.

"Bagaimanapun, bantuan ini bersifat jangka pendek. Bagi jangka sederhana dan panjang, kerajaan akan meneruskan dasar dan strategi untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli terutamanya isi rumah miskin dalam kalangan B40," katanya.

Menurutnya, antaranya menyediakan program peningkatan pendapatan serta peningkatan keupayaan, menambah baik akses kepada keperluan asas termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.

"Selain itu, kerajaan menggalakkan keusahawanan dan akses kepada pembiayaan kewangan dan meningkatkan perlindungan sosial.

"Dengan kadar vaksinasi yang semakin meningkat dan apabila lebih banyak lagi negeri beralih ke Fasa 2, 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara, kedudukan ekonomi kita dijangka lebih kukuh dan pendapatan isi rumah bulanan akan bertambah baik," katanya.

Disiarkan pada: September 14, 2021 @ 1:51pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp rmi je yg booking kete mahal, kete baru.
X blh pki la statistik ni.
X50 pun smpi 6 bln waiting list. Punya la rmi org yg beli.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 02:29 PM | Show all posts
RM4850 M40 ke ? Situasi hari ini, Bawah rm6k pun B40 bagi aku. Kalau lebih 12K baru boleh kategori T20.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 02:46 PM | Show all posts
dan sementara itu di dunia fb live, ramai je yg beli kerusi gaming harga RM499 selamber 3 biji dikata murah, beli jam tomaz harga RM2k, bidding baju bundle sehelai RM800 hingga RM3K. dan juga bidding ikan laga
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 03:20 PM | Show all posts
_blackbird replied at 14-9-2021 02:46 PM
dan sementara itu di dunia fb live, ramai je yg beli kerusi gaming harga RM499 selamber 3 biji dikat ...

ruginya. ada brand jam yang betul macam tissot pun boleh dapat RM2k. Brand ngarut cam tomaz pun ada orang nak bazir camtu? strange
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 03:22 PM | Show all posts
otai_g replied at 14-9-2021 02:28 PM
Tp rmi je yg booking kete mahal, kete baru.
X blh pki la statistik ni.
X50 pun smpi 6 bln waiting  ...

maybe yg ramai book tu keje gomen atau GLC....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2021 04:02 PM | Show all posts
isbritneybich replied at 14-9-2021 03:20 PM
ruginya. ada brand jam yang betul macam tissot pun boleh dapat RM2k. Brand ngarut cam tomaz pun ad ...

haa tu lah. aku pon pelik juga dengan rakyat malaysia yg habiskan duit kat benda2 tak sepatutnya. beli jam tomaz harga 2k. bidding baju bundle samapi 800 - 3000 sehelai, amboii kalau selai baju second hand 3k baik beli armani je dpt baju baru branded lagi. pelik logik org mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 14-9-2021 04:02 PM
haa tu lah. aku pon pelik juga dengan rakyat malaysia yg habiskan duit kat benda2 tak sepatutnya.  ...

Best ke pakai jam mahal
I x penah pakai jam ribu2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 14-9-2021 04:23 PM
Best ke pakai jam mahal
I x penah pakai jam ribu2..

Laki meols suka n dia rasa best.. . Tp utk meols pula rasa biasa je..mmgla cantik n rasa happy sbb pakai jam mahal skit ibarat feeling pakai emas la for meols yg jenis bukan lavish ni..For me a watch is a watch.. Tp ya la minat org lain2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai yg ssh ramai jugek yg still tak terjejas..cth terdekat i adalah my siblings le..abg ipar i tu dah bape kali renovate umah sejak pkp..smlm renovate lg..yele duit xhbs nk mkn katenya..lps dk asyik renovate umah ni heshe pun mcm xsuka
dah adik ipar p umah dia

oh ye semoga sapa yg terkesan saya doakan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 04:40 PM | Show all posts
caca_eric replied at 14-9-2021 04:23 PM
Best ke pakai jam mahal
I x penah pakai jam ribu2..

jam tomaz iols tak pernah pakai. kalau dengan budget 2k iols prefer jenama lain armani ke fendi ke dari tomaz. jam ni sejenis jewelry. kalau jam mahal ni seni pembuatan jam nya lebih halus, tak terlau berat tak terlalu ringan tapi tetap nampak mewahnya. haa gitu and bila pakai org mesti tanya berapa harga jam ni??? brand apa?? jam baru ke?? haa gitu hihihi. kalau stakat nak tgk waktu apa2 jam pon sama je cuma kalau nak selalu dpt puji2an & impress org pakai jam mahal & well known
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
caca_eric replied at 14-9-2021 04:23 PM
Best ke pakai jam mahal
I x penah pakai jam ribu2..

i pun xpenah pakai lg jam ribu riban..tp i ada tnya ayah i, my bro yg suka benda2 mahal ni dorg ckp best le..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecuali acik2 gomen kot...mengulor kat rumah, gaji jalan. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
yuppp
jiran iol gini la
terdengar mak iol bercerita kat tepon *cehhh membawang*
dulu takat makan kat pavi takde hal la
parking valet lagi
sekarang dah jadik ahli foodbank

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Isirumah yg berpendapatan kurang RM10,960 termasuk golongan B40.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 07:10 PM | Show all posts
yg i nmpk, ramai je yg drive kereta baru ... renovate umah ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cassriena at 15-9-2021 04:30 PM
_blackbird replied at 14-9-2021 02:46 PM
dan sementara itu di dunia fb live, ramai je yg beli kerusi gaming harga RM499 selamber 3 biji dikat ...


kat ig semakin ramai iols tgk beli thermomix 7k.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cassriena replied at 14-9-2021 07:17 PM
kat ig semakin ramai iols tgk beli thermomix 7k. investment katanya

thermomix installment 12 bulan tu invest ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 14-9-2021 04:38 PM
ramai yg ssh ramai jugek yg still tak terjejas..cth terdekat i adalah my siblings le..abg ipar i tu  ...

pindah duk rumah lain la uols
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 14-9-2021 08:25 PM
pindah duk rumah lain la uols

i mmg dk sendiri le uols..xpernah dk ngn abg ipar koserr..i pergi umah heols pun time heols takde je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.332354 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list