CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7506|Reply: 11

MAISINGGAH✿ 25 Tempat Makan Menarik Di Langkawi~Restoran Paling Best

[Copy link]
Post time 14-9-2021 03:57 PM | Show all posts |Read mode



25 Tempat Makan Menarik Di Langkawi | Restoran Paling BestBy
Mai Singgah -

July 2, 2019




[url=https://api.whatsapp.com/send?text=25+Tempat+Makan+Menarik+Di+Langkawi+%7C+Restoran+Paling+Best%20%0A%0A%20https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-langkawi/]
[/url]



Setuju tak kalau admin katakan bahawa destinasi pelancongan paling best adalah yang paling banyak menawarkan tempat makan menarik? Kalau anda setuju, Langkawi bakal menjadi salah satu destinasi paling menakjubkan yang pernah dikunjungi. Pulau ini sememangnya tidak lokek dengan kehadiran restoran, terlampau banyak pilihan yang ditawarkan untuk menampung keperluan ramai pelancong yang datang.

Namun begitu, bukan semua restoran menjanjikan kualiti makanan yang diidamkan. Untuk mengelakkan kekecewaan disaat menyuap makanan ke dalam mulut, Mai Singgah menyenaraikan 25 tempat makan menarik di Langkawi yang best.

Nak tahu di mana? Teruskan membaca untuk mencari tempat makan yang berjaya menaikkan selera anda.
Kandungan [tunjuk]

25. The KasbahSumber: The Kasbah Langkawi
The Kasbah adalah salah satu khazanah tersembunyi di Langkawi kerana kedudukannya yang jauh dari kesibukan kota dan agak tersorok. Untuk memudahkan anda mencari lokasinya, gunakanlah Google Map. Walaupun agak tersembunyi, percayalah, selepas merasai hidangan di restoran ni, lokasi restoran ini pasti akan terus tersemat di ingatan.
The Kasbah menawarkan beraneka menu yang mengiurkan daripada masakan tempatan hinggalah kepada masakan barat. Mana satu selera yang anda ingin puaskan?

Salah satu makanan yang boleh dicuba di sini adalah Phat Boy Cheese iaitu burger daging yang diselaputi oleh keju yang meleleh, jeruk bawang, tomato, salad dan juga mustard. Dalam setiap hidangan burger ini juga turut lengkap dengan french fries dan sos tartar yang dihasilkan sendiri oleh chef restoran.
Sambil menikmati makanan yang dihidangkan, anda akan dihiburkan dengan alunan muzik retro / reggie. Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat menyaksikan persembahan muzik yang diadakan secara live.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Lorong HJ Salleh Lot 1301, Kampung Bohor Tempoyak, 07000 Langkawi, Kedah




24. Restoran Orkid RiaSumber: zarulsukri
Bukan senang nak jumpa restoran yang sentiasa dipenuhi pelanggan tapi dalam masa yang sama dapat memberikan layanan pantas kan? Tapi beginilah layanan pelanggan di Restoran Orkid Ria, memang tip-top!
Terletak di Pantai Cenang, sebuah kawasan pantai yang indah, anda boleh menjangkakan hidangan makanan laut yang cukup segar. Apa yang anda ingin merasa? Udang karang? Udang galah? Tiram? Ketam? Atau bermacam-macam lagi, anda boleh memilih makanan laut yang diinginkan melalui akuarium gergasi yang diletakkan di ruang masuk restoran.

Antara hidangan yang terkenal di sini adalah seperti udang harimau masak lada hitam, ketam masak cili dan ketam yang dibakar bersama keju.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Lot 1225, Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07100 Langkawi, Kedah




23. Kak Yan Nasi Campur LangkawiSumber: Restoran Kak Yan Ulu Melaka
Murah semacam! Bagi sesiapa yang ingin berjimat tapi tak rela membiarkan lidah merasai masakan yang tak mencapai standard, mai singgah ke restoran Kak Yan Nasi Campur Langkawi.
Betapa murahnya masakan yang dihidangkan di sini sehinggakan ada yang mengatakan jumlah bayaran yang dikenakan untuk hidangan lengkap yang penuh dengan lauk bagi 7 orang pun masih tidak lebih dari RM90! Bagi anda yang datang bersama keluarga, tidak perlu lagi memandang restoran lain kalau anda ingin menyelamatkan poket dari kebocoran.

Apa hidangan yang ada di sini? Terlalu banyak, mencecah sehingga 50 jenis masakan berbeza. Selain nasi campur, makanan lain yang patut dicuba adalah laksa utara, bubur kacang dan juga bubur jagungnya.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah




22. Nasi Dagang Pak MalauSumber: Nasi Dagang Pak Malau
Nikmati perasaan penuh nostalgia apabila anda singgah makan di restoran Nasi Dagang Pak Malau.
Di restoran yang terletak berdekatan dengan Masjid Kampung Bukit Temin ini, anda dapat menikmati nasi dagang Terengganu yang cukup enak berlemak rasanya. Anda boleh memilih sama ada ingin berlaukkan daging lembu, ayam, ikan atau kambing. Tapi sejujurnya, tiada gabungan yang lebih sempurna dengan nasi dagang daripada gulai ikan tongkol.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2021 03:58 PM | Show all posts
21. Restoran Wan ThaiSumber: Restoran Wan Thai
Restoran Wan Thai adalah sebuah restoran yang cukup luas, mampu memuatkan sehingga 300 orang pelanggan. Dengan saiz seluas ini, tak mustahil kalau dikatakan pihak restoran mengambil langkah ini kerana mereka sendiri yakin dengan kualiti hidangan yang disediakan.
Seperti namanya, restoran ini menghidangkan masakan Thai dengan keenakan yang sukar ditandingi restoran lain. Dalam banyak-banyak hidangan yang ada, menu yang menjadi kegilaan orang ramai adalah pulut mangga dan juga pulut duriannya.  Selain ini semua, turut patut dicuba adalah otak-otak, udang Wan Thai, tom yam, lompang dan banyak lagi!
Alamat Waktu Operasi
Alamat: 80-82, Langkawi Mall, Kuah (Jalan Pokok Asam), Langkawi, Kedah 07000




20. My French FactorySumber: MY French Factory Langkawi
Dah puas makan masakan tempatan? Jom bawa deria rasa anda bercuti ke Paris dengan merasai hidangan kota romantik ini daripada sebuah restoran yang dimiliki orang Perancis sendiri iaitu My French Factory.
Salah satu hidangan yang tidak akan mengecewakan anda adalah salty crepe dengan telur, cheese dan ayam bakar. Gabungan telur dan cheese bersama ayam bakar ini menghasilkan rasa yang sungguh menyelerakan! Atau rasa yang bak kata orang Perancis “Superbe!”

Hidangan lain yang terdapat di sini adalah waffle yang rangup dengan ais krim kelapa, crepe dengan nutella + ais krim vanilla dan banyak lagi. Boleh kecur air liur mendengarnya.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Ground Floor, Langgura Baron Resort, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi




19. Halim GP Gulai Panas AirportSumber: Halim GP Gulai Panas
Peminat gulai atau kari? Restoran Halim GP Gulai Panas Airport boleh jadi tempat paling heaven bagi deria rasa anda. Salah satu feedback daripada mereka yang pernah mengunjungi kedai ni adalah “Orang yang tak minat kari pun akan hirup sampai licin!”
Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih daripada pelbagai  jenis masakan laut yang ditawarkan, sama ada ikan, ketam, sotong atau udang yang segar-segar belaka.

Lepas tu, anda boleh “tepuk dada, tanya selera” masakan apa yang nak dicuba? Sekadar digoreng celup tepung? Dijadikan gulai? Atau macam-macam lagi masakan lain yang terlintas di fikiran, pekena pula dengan sambal belacan dan ulam, rasanya memang meletop!
Alamat Waktu Operasi
Alamat: No 4, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi, Kedah




18. Restoran Pak Haji Ya Nasi AyamSumber: Eylizar Homestay Langkawi
Penggemar nasi ayam? Bila dah cuba Restoran Pak Haji Ya Nasi Ayam, anda tak akan jumpa lagi nasi ayam lain yang dapat mengalahkan keenakan di restoran ni. Dikatakan, kicapnya lain daripada yang biasa kita nikmati, tapi yang penting, kelainan rasanya adalah jauh lebih sedap daripada biasa.
Buktinya, boleh dilihat kedai ni jarang sekali lengang daripada kedatangan pelanggan terutama sekali pada waktu tengah hari. Untuk mendapat makanan dengan cepat, elakkan daripada datang pada waktu kemuncak ini.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: 82-98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah




17. Restoran Siti FatimahSumber: RESTORAN SITI FATIMAH
Juga menjadi port makan yang sibuk pada waktu tengahari adalah restoran masakan kampung, Restoran Siti Fatimah. Antara yang boleh dinikmati di sini adalah masakan petai, tempe, bronok, ikan bakar, kari dan banyak lagi! Untuk pencuci mulut pula, anda boleh mencuba jeli ais bandung specialnya, lega tekak lepas berpanas-panasan di bawah matahari.
Seperti yang dikatakan tadi, kedai makan ini menjadi pilihan ramai pada waktu tengahari, oleh sebab itu, kalau anda teringin untuk merasa masakannya, seboleh-bolehnya datanglah sebelum pukul 2 petang. Kalau lebih dari itu, banyak lauk yang dah licin. Harganya? Bakal membuat anda tersenyum puas hati.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Batu 5 ¼, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air, Ulu Melaka, 07000 Langkawi




16. Tanjung Tirai View CaféSumber: Tanjung Tirai View Cafe
Bukan sekadar menghidangkan makanan yang menyelerakan, lanskap di sekitar Tanjung Tirai View Café ini juga menjadikan pengalaman bersantapan di sini sebuah memori yang sukar untuk dilupakan.
Masakan utama ataupun signature dish di Tanjung Tirai View Café ini adalah ikan jenahak masak asam jawa dan juga sotong goreng tepung. Masakan lain seperti ketam kari powder juga tak kurang mantap rasanya, sungguh enak!

Sambil makan, nantikan saat matahari terbenam, keindahannya wajib diabadikan di dalam foto.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi




15. Santai @ Kuza & Luke CaféSumber: Santai Café
Kafe yang sungguh selesa dengan tempat duduk yang lengkap dengan bantal  sofa empuk, Santai @ Kuza & Luke Café adalah kedai makan yang patut anda jadikan pilihan utama setelah kepenatan makan angin di sekitar pulau. Aura kafe ini sungguh cosy dengan dekorasi dalaman yang sedap dipandang mata, cukup relaks.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 04:00 PM | Show all posts
14. Desa Permata Ikan Bakar SeafoodSumber: Restoran Desa Permata Ikan Bakar
Desa Permata Ikan Bakar Seafood adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan selera tempatan dalam harga yang lebih murah daripada kebanyakan kedai seafood lain.
Seperti nama kedai, menu utama di sini adalah ikan bakarnya yang disertakan dengan sos istimewa yang akan membuat anda makan sambil menjilat jari. Selain ini, sebenarnya terdapat banyak lagi makanan seafood yang boleh dipilih.

Anda boleh menikmati seafood yang diingini dengan pelbagai jenis masakan ala kampung yang ditawarkan seperti asam pedas, masak lemak, gulai panas dan sebagainya.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah




13. Pia’s the PadiSumber: pia’s the padi
Miliki lidah yang sensitif seperti seorang chef? Anda tak akan kecewa dengan hidangan di Pia’s the Padi, rating untuk rasanya adalah 10/10! Tapi untuk menikmati masakan yang sesempurna ini, kadar caj yang dikenakan juga bersesuaian dengan usaha tukang masak restoran ini untuk menghasilkan rasa yang semewah ini.
Menu yang ditawarkan bukan sahaja masakan Melayu, tapi juga barat dan India. Hidangan-hidangan yang boleh anda cuba kalau singgah ke sini adalah pasta bolognese, sayur masak butter masala, ayam masak kurma, rendang daging, steak ikan, ayam berkeju dan banyak lagi.
Untuk masakan berdaging, dagingnya cukup empuk, mudah digigit dengan kesegaran yang jelas terasa. Kuah-kuah yang dihidangkan juga secukup rasa, sangat kaw! Anda juga pasti akan berpuas hati dengan saiz hidangannya yang begitu mengenyangkan.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi




12. Artisan PizzaSumber: Artisans Pizza
Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan Pantai Cenang sudah cukup menarik perhatian ramai orang untuk singgah. Tapi ini bukanlah daya tarikan sebenar Artisan Pizza, kerana sebab utama ianya dibanjiri pelanggan adalah kerana kualiti pizzanya yang super-duper sedap! Ini adalah berdasarkan banyak review yang pernah dikongsikang oleh mereka yang pernah datang ke restoran ini.
Yang hebatnya, pujian ini diberikan oleh mat saleh sendiri yang menjadikan pizza sebagai makanan ruji mereka, power tak power? Tidak hanya menghidangkan pelbagai variasi pizza, restoran ini turut menawarkan fish & chips, seafood pasta, cheeseburger, sandwich, ais krim dan juga pelbagai jenis masakan India.
Harganya? Sangat berpatutan. Wajib singgah tau! Tak larat nak bergerak ke restoran? Artisan Pizza turut menyediakan khidmat delivery terus ke muka pintu secara percuma dari pukul 9 hingga 12 malam.
Alamat
Alamat: Bandar Baru Baron Kuah, Perdana Quay, Telaga Harbour Park, Pantai, Kok, Langkawi, Kedah



11. HBL Food CornerSumber: Langkawi Permata Kedah
Ini adalah salah satu restoran masakan tempatan yang paling best di Langkawi. Apa yang anda terbayang nak makan? Pelbagai masakan sayur, kari, ikan bakar, atau bermacam lagi masakan ala kampung lain, boleh didapati di HBL Food Corner.
Walau apa pun lauk yang diambil untuk dimakan bersama nasi, gandingan paling penting untuk melengkapkan rasanya adalah kerabu bronok dan air asam, wajib!
Sambil menikmati makanan ini, anda boleh menyaksikan pemandangan Gunung Raya yang terbentang di depan mata.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: HBL Food Corner, Kampung Lubok Dalam, Langkawi, Kedah




10. Warung Jati AisyaSumber: Warung Jati Aisya
“Kalau boleh nak makan di sini setiap hari!” Inilah salah satu komen yang diberikan mereka yang pernah datang ke Warung Jati Aisya. Pelbagai pilihan lauk-pauk beraneka rasa ditawarkan dalam harga yang  sangat berpatutan. Sekali cuba, anda akan ringan kaki untuk singgah ke kedai ini lagi.
Setiap kali datang, anda boleh merasa pelbagai menu yang berbeza memandangkan jenis lauk yang dihidangkan cukup banyak. Anda boleh memilih lauk-pauk yang terdiri daripada pelbagai masakan ikan, ayam, daging, sayur dan kuah.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: 5, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah




9. EE Burger Trimula Cafe ( Pekan Kuah Langkawi )Sumber: Langkawi Permata Kedah
Jangan tertipu dengan nama kafe ini, EE Burger Trimula Cafe, kerana kafe ini bukan hanya menghidangkan burger, tapi juga banyak lagi makanan lain seperti masakan grill, pasta, steak dan masakan tempatan lain.
Berkaitan dengan harganya, jangan terkejut, kerana ada hidangan yang lebih murah daripada gerai-gerai di jalanan. Saiz hidangannya juga cukup mengenyangkan.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: 1, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah




8. Kaki Gunung CaféSumber: Nasi Arab Kaki Gunung Café
Siapa sangka daripada sebuah gerai kecil dengan jualan air kelapa dan rempeyek, kini makin terkenal dalam kalangan pemburu makanan sebagai salah satu kedai makan yang menarik.
Kalau anda giankan nasi Arab berlaukkan kambing yang enak dalam harga bajet, anda boleh singgah ke Kaki Gunung Cafe yang terletak hanyalah 10 minit sahaja dari tarikan Lafarge Langkawi Plant.
Selain nasi Arab, makanan lain yang boleh anda cuba adalah seperti chicken wrap yang kaya dengan rasa, roti leleh, burger yang padu dengan keju, kebab kambing dan banyak lagi.
Bukan sekadar terkenal dengan nasi Arab, kedai makan ini turut menghidangkan masakan barat, Melayu dan Cina. Apa sahaja selera anda, semuanya akan dihidangkan di depan mata dalam saiz hidangan yang sangat mengenyangkan. Sebagai pencuci mulut, anda boleh menikmati coconut shakenya yang cukup enak.
Lebih sebab untuk anda mengunjungi kafe ini adalah kerana ia turut lengkap dengan kemudahan seperti tandas dan surau yang selesa untuk para pengunjung.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi




7. Veena Restaurant Thai SeafoodSumber: Veena Thai Restaurant
Pejamkan mata semasa menghirup kuah tom yam yang dihidangkan di sini, fikiran anda akan mula melayang seolah-olah betul-betul berada di Thailand. Padat dengan rasa, pekat, pedas dan masam, mustahil untuk anda berhenti menghirup.
Ingin merasai pengalaman seindah ini? Anda boleh singgah ke Veena Restaurant Thai Seafood.
Hidangan di restoran ini bukan sahaja dapat membuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di Thailand, tapi harganya juga  sangat berpatutan. Dicadangkan untuk datang ke sini sebelum pukul 8 malam untuk mengelakkan masalah meja penuh.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: 3, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah




6. Laksa PowerSumber: Des Mond
Saksikan pemandangan kapal terbang berlepas serta lautan biru yang tenang sambil menikmati laksa yang paling power pernah dirasai. Pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti ini boleh anda lalui di kedai Laksa Power yang mana keseimbangan rasa masam, masin dan manis laksanya membuatkan anda nak tambah lagi dan lagi.
Setelah puas menghargai rasa laksa, anda boleh menikmati cendol yang turut dijual di sini untuk dijadikan pencuci mulut sambil menanti saat matahari terbenam ketika mana keindahan pemandangannya sukar diungkap dengan kata-kata.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah




5. Jom Ikan BakarSumber: jom ikan bakar langkawi
Kempunan hidangan ala kampung yang simple? Jom makan di Jom Ikan Bakar yang berlokasi di Padang Matsirat. Gabungan nasi putih, ikan bakar yang berperencah secukup rasa, dimakan bersama dengan ulam dan sambal belacan, baunya saja sudah menarik selera.
Tempat makannya juga agak selesa untuk anda datang menikmati hidangan bersama keluarga. Sebelum pulang, anda boleh singgah ke gerai di sebelah untuk menyegarkan tekak dengan air coconut shake.
Alamat Waktu Operasi
Alamat:  Jom Ikan Bakar Masakan Ala-Kampung, Jalan Lapangan Terbang, Langkawi 07000




4. Restoran Padang PasirSumber: Restoran Padang Pasir
Perut berbunyi pada pukul 2, 3 pagi? Mai singgah ke tempat makan yang dibuka 24 jam ni iaitu Restoran Padang Pasir. Bermacam masakan mamak boleh anda cuba, antaranya adalah roti paratha, chapati, thosei, dosa, roti canai, ayam tandoori, kari, mee goreng dan macam-macam lagi!
Daripada kesemua menu yang ditawarkan, makanan paling penting untuk anda cuba di restoran ni adalah nasi kandar dan juga apom lenggangnya yang sungguh enak lebih-lebih kalau dinikmati semasa masih panas. Kadar harganya juga sangat berpatutan.
Alamat Waktu Operasi
Alamat: 121, Jalan Padang Matsirat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah




3. Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang LangkawiSumber: Selera Lubuk Buaya
Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi adalah sebuah restoran yang sesuai untuk disinggahi bagi anda yang bercuti dalam bajet kerana restoran ini sangat terkenal dengan harganya yang begitu murah.
Bukan itu sahaja, kualiti rasa lauk-pauk yang dihidangkan juga sangat mantap! Nak lebih sempurna? Anda boleh menikmati makanan ini bersama dengan aneka jus buah yang ditawarkan. Harga dah murah, apa salahnya tempah jus buahkan?
Lokasinya, hanyalah beberapa tapak dari Pantai Cenang. Dah hilang rasa lapar, bolehlah anda terus ke pantai untuk menikmati bayu laut dan pemandangan matahari terbenam.
Alamat
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi



2. Restoran SeashellSumber: Spa Jelai
Terletak di tengah-tengah bentangan sawah padi, suasana yang nyaman dapat anda rasai sebaik menjejakkan kaki ke lantai kayu Restoran Seashell. Lokasinya, terletak tidak jauh dari Muzium Laman Padi. Alang-alang melawat muzium, jangan lupa untuk singgah ke restoran bergaya kampung ni ya?
Bukan hanya sedap dipandang mata, masakan Melayu yang ditawarkan restoran ini juga sungguh enak. Kesemuanya dihidangkan dalam saiz yang besar dengan kadar harga yang cukup berpatutan. Tiada sebab untuk tak singgah ke sini kan?
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Seashells Restaurant, Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, Langkawi, Kedah




1. Unkaizan Japanese Restaurant LangkawiSumber: Unkaizan Japanese Restaurant
Bawa deria rasa anda terbang ke Jepun pula dengan menikmati hidangan di Unkaizan Japanese Restaurant Langkawi. Dimiliki oleh keluarga Jepun, anda boleh menjangkakan makanan dengan rasa Jepun yang betul-betul asli, bukannya dibuat-buat.
Betapa sedapnya masakan di kedai ini sehingga salah seorang pengunjungnya yang berasal daripada New York mengatakan bahawa ini adalah restoran Jepun yang paling best pernah dicuba. Ini reviewnya:
“Kedai makan Jepun paling best saya pernah cuba (dan di NYC terdapat banyak pilihan restoran Jepun yang menarik). Saiz hidangan yang besar, servis yang berkualiti tinggi, dan ikannya juga sangat segar sehingga membuatkan saya rasa seperti tidak pernah merasai sushi ikan sebenar sebelum ini.” – Dylan Rapoport
Macam mana? Tergoda nak cuba? Sebelum itu, ingin Mai Singgah kongsikan antara hidangan yang patut anda cuba di sini seperti yang dicadangkan orang ramai iaitu tiram bakar, sup miso, belut bakar, sushi dan set salmon. Jom serbu!
Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah




Kesemua 25 destinasi makan menarik ini hanyalah sebahagian daripada banyak lagi kedai makan yang ada di Pulau Lagenda ini. Walaupun hanya di Langkawi, deria rasa anda dapat ‘melancong’ ke serata dunia, daripada Thailand hinggalah ke Perancis, inilah pengalaman menjamu selera yang dapat anda rasai di Langkawi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2021 04:55 PM | Show all posts
Edited by LelaRentaka7 at 19-9-2021 10:39 AM

Tempat Makan Sedap Di Langkawi Yang Perlu Singgah

https://abambam.com/tempat-makan-best-dan-sedap-di-langkawi/


Tempat Makan Sedap Di Langkawi Yang Perlu Singgah
Langkawi. Selain syurga membeli-belah, Langkawi juga syurga makanan bagi food hunter. Banyak tempat makan sedap di Langkawi
Kat langkawi ni banyak tempat makan yang best dan sedap. Cuma kena pandai cari supaya tak kena ‘sembelih’ harga. Di sini abam nak senaraikan tempat makan yang abam biasa singgah. Insya-Allah harga semuanya berpatutan.

Tempat Makan Sedap di Langkawi Yang Perlu Terjah
Kita mulakan dengan sarapan.

Nasi Dagang Pak Malau


Sumber Foursquare
Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara tempat makan sedap di Langkawi yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi. Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi.
Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi.
Alamat : No. 186, Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia


Kemudian untuk makan tengahari kita singgah makan kerabu bronok.
Restoran Siti Fatimah

Di Langkawi, kalau nak makan kerabu bronok ni boleh singgah di Restoran Siti Fatimah. Salah satu restoran yang abam wajib singgah.
Dah la harga murah, makanan pun sedap-sedap belaka. Terletak di Kampung Mata Air, restoran ni memang tumpuan pelancong.
Restoran ini menyajikan pelbagai masakan tempatan Melayu utara semasa makan tengahari.
Waktu yang terbaik untuk menikmati hidangan makan tengahari di sini adalah pada jam 11.30 pagi kerana ketika itu masih belum ramai pelanggan yang datang.
Dengan trademark “Kalau sedap bagitau kawan kawan,Tak sedap bagitau kami”,
waktu perniagaan setiap hari Khamis hingga Selasa. Bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang.
Info
Restoran Siti Fatimah
Batu 5,Kg.Mata Air,Jalan Makam Mahsuri, 07000 Langkawi
012-473 7430

Medan Selera Kompleks HIG
Lepas shopping coklat di Kompleks HIG boleh singgah makan di Medan Selera Kompleks HIG.
Sini ada beberapa gerai makan tengahari yang sedap dan murah.
Medan Selera Kompleks HIG sudah dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung.

Kalau untuk minum petang pula, abam cadangkan nikmati laksa di belakang airport Langkawi.
Di sini bukan setakat makanan, kita boleh nikmati sunset kerana gerai mengadap pantai.
Laksa Power Tepi Airport
Ramai yang suka makan di sini. Laksa Power menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang.
Bukan setakat laksa, ada juga pasembor dan makanan ringan lain. Nikmati makanan sambil tengok kapal terbang mendarat dan berlepas satu pengalaman yang best.

Dah puas layan sunset, kita terjah tempat makan malam yang menarik. Harga di sini pun berpatutan.
Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant

Terletak di kawasan yang agak tersorok, ramai yang kurang kenal dengan Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant ni. Namun sini la tempat untuk menikmati makanan laut segar sambil mendengar deruan ombak.
Pengunjung suka datang waktu matahari terbenam. Suasana di sini seperti Jimbaran, Bali.
Lokasi Restaurant hanya mudah sahaja:– Warung Upih berada Di Charlie Motel- Bersebelahan Zanie Watersports- Di Pantai Tengah, Langkawi.- Tidak perlu naik bot.
Facebook : Warung Upih




Kalau nak makan malam yang ringkas pula, boleh singgah di Pantai Cenang. Ada satu lokasi food truck yang menjual pelbagai jenis makanan.
Tapak Foodtruck Pantai Cenang

Di Tapak Foodtruck Pantai Cenang, korang boleh makan santai-santai. Ada macam-macam makanan yang boleh dipilih. Harga tak mahal seperti food truck tempat lain. Memamg tempat makan sedap di Langkawi yang perlu singgah.
Di sini memang meriah dengan pengunjung.




Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt bukak benang ni..dh lama x jjcm kat langkawi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 10:41 PM | Show all posts
rosmahisham replied at 16-9-2021 10:36 PM
Tq tt bukak benang ni..dh lama x jjcm kat langkawi..

Your most welcome Kak.
You nak ke Langkawi ke?
Memang harap thread ni boleh dijadikan panduan utk jjcm buat yg nak ke sana dlm masa terdekat ni
Happy to be of service
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2021 04:54 PM | Show all posts
wahhhh TQ Lela.... kaka twins mmg nak ke Langkawi end of this month.. banyak kali jugak dah pegi tapi tak tau nak cari tmpt makan yg betul2 ooommpphhhh....  selalu tu tengok ramai jer orang ..kami masuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
senang keje bila pi langkawi nanti tengok senarai ni jelah..makanan2 semua mcm menyelerakan tapi yg terpaling  berkenan dihati semestinya makanan dr food truck
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2021 09:28 PM | Show all posts
twins replied at 8-10-2021 04:54 PM
wahhhh TQ Lela.... kaka twins mmg nak ke Langkawi end of this month.. banyak kali jugak dah pegi tap ...

Your welcome Kak...Muahhhh


Bless this blog sbb tempat2 yg dia recommend mmg best
semoga dia dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dia
check jugak posting dia on accommodation....
malibest is facing the beach!


tempat makan yg dia mentioned like restoran siti fatimah, jati aisyah, telaga pantai cenang and nasi dagang pak malau a 'must go'
tp ada jugak tempat2 yg dah tutup so you call dulu eh...
sometimes google reported closed permanently tp bila call dia bukak sebenarnya...


kan??? banyak kali pegi tp nak pg lg kan?
but with this guide I dare say your trip this time will be more teratur
macam kita gi europe ehehehehehe


happy travelling lalink....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2021 09:33 PM | Show all posts
fido_dido replied at 9-10-2021 06:34 PM
senang keje bila pi langkawi nanti tengok senarai ni jelah..makanan2 semua mcm menyelerakan tapi yg  ...

ye betul....best sangat dapat list macam ni
mcm you kata senang keje....
mmg jimat masa tp kena ada kereta
dan kalau dah penah pg satu2 tempat ni dulu tak payah pg lagi dah
like makam mahssuri kalau you dah pg dulu tak payah repeat kot
sama je....go to other places yg you tak sampai lg or go mandi di pantai...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
LelaRentaka7 replied at 12-10-2021 09:33 PM
ye betul....best sangat dapat list macam ni
mcm you kata senang keje....
mmg jimat masa tp kena  ...

yess..kereta sgt penting bg i kalau nak pegi jalan2..xpayah bwk kereta sndri pun xpe boleh sewa je.
i suka baca2 thread yg memudahkan mcm ni sebab nanti dh sampai tempat tu xpayah baru nak tercari2 kedai nak makan apa.
lepasni mungkin boleh bukak thread untuk tempat pelancongan lain pulak mcm cameron highlands ke.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 01:55 PM | Show all posts
i tambah sket..for breakfast bole try i-mangroove breakfast club, Kuala Temoyong! breakfast ala ipoh, mee kari, mee kicap sedap sgt sgt!!! tutup setiap khamis dan jumaat..hari selasa ade menu lain tambahan nasi lemak

lepas tu utk lunch bole try Restoren Selera Kampung! mmg tempat kitorg selalu lunch since covid ni sbb nk avoid crowd dekat kedai kedai yg org lain da viral kan.. tempat ni mmg sedap variety jugak.. area ulu melaka.

lepas tu kalo nk minum petang bole singgah beli peneram dekat Kak Yan Peneram, depan hotel Ombak Villa..beli rm5 kejap je abes.. melt in ur mouth makan panas panas.. lepas tu bole try zaomi donut kt roundabout ayer hangat..mmg gebuss donut kampung n pow sambal dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.642085 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list