CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1178|Reply: 3

[Tempatan] Malaysia sokong penyelesaian politik dikawal rakyat Afghanistan

[Copy link]
Post time 15-9-2021 09:04 AM | Show all posts |Read mode

[size=14.399999618530273px][size=0.8]September 14, 2021 @ 2:37am


Mesyuarat Menteri Peringkat Tinggi mengenai Situasi Kemanusiaan di Afghanistan anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) secara maya turut disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, semalam. - Foto FB Saifuddin Abdullah



PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menekankan sokongan Malaysia ke atas proses inklusif yang dipimpin, dimiliki serta dikawal oleh rakyat Afghanistan sendiri, ke arah penyelesaian politik berkekalan demi keamanan dan keselamatan negara itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar (Wisma Putra) awal pagi ini, Saifuddin juga menggesa agar hak asasi manusia dan kebebasan asasi di Afghanistan dihormati, termasuk dengan penyertaan penuh dan bermakna oleh golongan wanita, belia dan minoriti.
Saifuddin berkata demikian dalam Mesyuarat Menteri Peringkat Tinggi mengenai Situasi Kemanusiaan di Afghanistan anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) secara maya, semalam.
Menteri Luar Negeri itu turut mengumumkan sumbangan kewangan daripada Malaysia sebanyak USD100,000 bagi membantu dan menyokong rakyat Aghanistan.
Ketika mesyuarat itu, beliau menekankan bahawa keselamatan, hak asasi manusia dan kebajikan seluruh warga Afghanistan dan warganegara asing di negara itu harus diberi keutamaan dan dilindungi, di samping memastikan akses bantuan kemanusiaan yang segera dan selamat.
Mesyuarat tergempar anjuran António Guterres, Setiausaha Agung PBB ini bertujuan, mengukuhkan solidariti masyarakat antarabangsa ke atas rakyat Afghanistan serta mengetengahkan keperluan mendesak untuk mendapatkan sumbangan dan sokongan masyarakat antarabangsa bagi mengatasi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di negara itu.
Setiausaha Agung PBB menekankan keperluan sumbangan kewangan sebanyak USD604 juta bagi membantu 11 juta rakyat Afghanistan dalam tempoh masa empat bulan yang akan datang.
Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ini mencerminkan solidariti Malaysia ke atas rakyat Afghanistan serta sokongan teguh Malaysia kepada pihak PBB dalam usaha menangani krisis kemanusiaan di Afghanistan, tambah kenyataan itu.
– BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2021 09:05 AM | Show all posts
Malaysia sokong taliban ambil alih kuasa dengan cara keganasan menggunakan senjata api dan pembunuhan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 09:07 AM | Show all posts
Sepatutnya warga afghan ni melRikan diri ke Malaysia  lebih baik! Bukan ke eropah.

Biar jadi melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2021 09:09 AM | Show all posts
Patutlah ada khabar hangin malaysia akan ditimpa malapetaka!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.158614 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list