View: 6506|Reply: 34
|
Kelly Azman Dikecam Lagi, Tak Bangun Masa Santesh Buat Persembahan
[Copy link]
|
|
Penghibur dan wartawan sensasi, Kelly Azman sekali lagi menjadi sasaran kecaman netizen di dalam program realiti All Together Now Malaysia (ATNMY) yang baru sahaja membuka tirainya semula pada minggu lalu selepas hampir tiga bulan ditunda tayangannya.
Menerusi siaran khas ATNMY bersempena ulangtahun Astro yang ke-25 pada Sabtu lalu, Kelly dikatakan telah mencetuskan kontroversi dan pertikaian netizen berikutan ‘tidak bangun’ ketika Santesh membuat persembahan sekaligus membuatkan penyanyi itu tidak mendapat markah penuh.
Menurut Kelly ketika dihubungi Murai.my, dia masih berpendirian teguh untuk mencari seorang peserta yang mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penghibur biarpun dalam episod khas itu terdiri daripada penyanyi-penyanyi berpengalaman dari program realiti terbitan Astro.
Foto: IG
Biarpun tidak bangun sehingga ke akhir persembahan Santesh, jelas pelantun No No No itu lagi dia sebenarnya begitu mengagumi bakat yang dimiliki oleh Santesh yang kini jauh lebih baik berbanding pada awal kemunculannya di dalam industri muzik.
“Saya masih lagi berpendirian untuk mencari seorang penghibur yang mempunyai pakej lengkap. Saya akui memang ramai yang kecam saya kenapa saya tak bangun, tak pandai menilai dan sebagainya. Tetapi mereka tidak tahu bahawa saya sangat mengagumi Santesh malah prestasinya juga semakin baik berbanding dahulu” kongsi Kelly
Ketika ditanya mengenai soal kecaman netizen, Kelly berkata dia sememangnya sudah bersedia terutamanya dari segi mental kerana boleh menjangkakan akan kecaman yang diterima biarpun ATNMY baru sahaja bermula dengan episod pertama.
“Inilah kelainan ATNMY. Kalau semua sama sahaja tidak akan ada taringnya. Saya pun dah bersedia sekiranya setiap episod dikecam kerana saya tahu saya ada tugas yang perlu dilakukan dalam program ini. Jadi nantikan sahaja setiap episod pastinya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi” katanya lagi
Terdahulu, ATNMY hanya sempat bersiaran untuk satu episod berikutan terpaksa ditunda tayangannya atas penyiasatan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia susulan tular di media sosial dakwaan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai juri yang terdiri daripada kalangan selebriti dan pengamal sosial media yang dilihat tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan fizikal. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke ulang siar je yg last week punya? sb aku tertengok anak jamal perform.. masa part que haidar tu kena potong |
|
|
|
|
|
|
|
dia bangun pun untuk mat rempit, adik2 je.. yg suara hebat2 langsung dia x bangun.. x layak langsung jd juri... |
|
|
|
|
|
|
|
I tak faham.. rancangan ni ditunda cause katanya tak follow SOP.. tetapi ditunda selepas 1st siaran 3 bulan lalu. And 3 bulan lalu dan skrng ni SOP still sama..so adakah MKN sahkan program ni SOP compliance? Sebab tak baca anywhere.. adakah ada tangan2 ghaib? |
|
|
|
|
|
|
|
Kelly who...nama santesh tu pernah la jugak aku dengau...aku pun x tgk program ni |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 15-9-2021 01:33 PM
I tak faham.. rancangan ni ditunda cause katanya tak follow SOP.. tetapi ditunda selepas 1st siaran ...
Katanya rakaman dh buat masa bulan 3-4 sblm pkp 2.0 dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 editor cari ni la Kelly tu kannn...
nak up diri sendiri tu...
hahahahahahaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 15-9-2021 01:37 PM
Katanya rakaman dh buat masa bulan 3-4 sblm pkp 2.0 dulu...
Itula I pelik, cause meaning siaran yang ke-dua ni from the past videotaping la kan, bukan la rakaman baru.. so SOP compliance la kiranya yang mereka rakam sebelum ni.. walaupun 3 bulan MKN mengkaji… kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 15-9-2021 01:41 PM
ntah2 editor cari ni la Kelly tu kannn...
nak up diri sendiri tu...
hahahahahahaa.....
Kelly tu arwah sepitsiput...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosannazmia at 15-9-2021 02:02 PM
ashilalat replied at 15-9-2021 01:50 PM
Kelly tu arwah sepitsiput...hahaha
Kiranya dua alam lah.. Ehh bkn dua alamm.. Nak kata apatu dua side lah meaning kellys personaliti hiburan kelly seorg yg happy no hold barrels gitu, satu lagi.. Sepitsipput legendary mantan forummer dan juga 'insta fames' skrg ini penuh info n content yg berilmiah n bkn calang2 followers ikut ig dia ya.. Gituhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 15-9-2021 01:50 PM
Kelly tu arwah sepitsiput...hahaha
yg sekarang ni menjelma sbg @dudaberhias |
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah min zalik, sape la yang tergamak ambil pondan ni masuk rancangan covid friendly beramai2 tu? Ke heols ni founder produk? Kalau founder, jual apooo??? tepung ubi babas?
Soo sebagai penaja kiranya dapat la jadi juri yang tak penting pun pendapatnya dalam program tu. Sekadar nak cukupkan 50 orang tikus makmal untuk kena covid berjemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak replied at 15-9-2021 02:23 PM
yg sekarang ni menjelma sbg @dudaberhias
Hey berani u pitonah iolsss kaka kiah *hempuk pakai jug kedai dua hengget warna pink sambil jalan ala2 fara mendosa libas kopek kiri kanan* |
|
|
|
|
|
|
|
rosannazmia replied at 15-9-2021 02:01 PM
Kiranya dua alam lah.. Ehh bkn dua alamm.. Nak kata apatu dua side lah meaning kellys personalit ...
Juga selaku split personality sebagai hijau kertas apabila di youtube. 3 personality gitu sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 15-9-2021 01:48 PM
Itula I pelik, cause meaning siaran yang ke-dua ni from the past videotaping la kan, bukan la raka ...
Tu la pasal.. sbb rancangan ni bukan live.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|