View: 1559|Reply: 0
|
[Borneo]
Bantuan GKP 4.0 Akan Dibayar Mulai 21 September Ini – PM
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 berjumlah RM500 juta mulai 21 September, Selasa depan nanti.
Katanya, bantuan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang memberi manfaat kepada lebih satu juta perindustrian kecil dan sederhana (PKS) mikro itu bertujuan meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh mencabar kini.
“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 RM500 (lagi).
“Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusannya boleh dibuat mulai 20 September ini melalui portal rasmi GKP
Https://gkp.hasil.gov.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|