View: 1737|Reply: 2
|
[Sarawak]
[ Edisi ALERT ] Tipu nombor transasi TAC
[Copy link]
|
|
Mangsa seorang lelaki tempatan berumur 60 tahun, semasa mangsa berada dirumah di Taman Matang Jaya Kuching, Sarawak mangsa telah menerima mesej daripada nombor asing +639659609362 menyatakan mangsa ada membuat bayaran dengan Shopee menggunakan Master Gold Card Maybank sebanyak RM2639.10.
Mangsa menafikan kerana tidak pernah mendaftar Master Gold Card.
Mangsa kemudian telah menghubungi nombor 01126934159 dan bercakap dengan seorang yang memperkenalkan diri sebagai Alisa dan mangsa telah meminta nombor telefon Bank Negara Malaysia daripadanya. Mangsa kemudian telah menghubungi nombor 1800- 81-9904 dan dijawab oleh lelaki Cina yang dikenali dengan nama Chong Bong Yat menyatakan Master Gold Card tersebut didaftarkan di Mid Valley Kuala Lumpur.
Pegawai Bank Negara tersebut telah meminta semua nombor kad kredit dan kad debit serta tarikh luput kad kredit dan kad debit milik mangsa.
Mangsa hanya menurut saja arahan pemangil dan telah memberi butir-butir yang diminta kerana percaya dengan kata-kata pegawai Bank Negara tersebut bahawa kesemua kad milik mangsa akan dibekukan supaya tidak ditipu oleh pihak lain.
Mangsa juga telah memberikan ‘username online banking’ dan nombor TAC yang diterima oleh pengadu kepada Chong Bong Yat. Setelah memberikan semua butiran tersebut, mangsa telah menerima mesej notifikasi menyatakan terdapat transaksi pindahan wang dari akaun mangsa. Anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa adalah sebanyak RM48,340.
|
|
|
|
|
|
|
|
PANDUAN DAN NASIHAT
Nombor TAC atau “Transaction Authorization Code” adalah merupakan nombor 6 digit yang akan dihantar kepada pengguna bagi mengesahkan satu-satu transaksi yang bakal digunakan.
Manakala OTP atau “One Time Password” adalah kod yang hanya berlaku untuk satu sesi log masuk atau transaksi menggunakan telefon bimbit.
Bagaimana jenayah tipu nombor TAC atau tipu nombor OTP berlaku?
• Suspek akan hantar SMS atau WhatsApp kepada mangsa kononnya tersalah
daftar nombor mangsa dalam perbankan online milik suspek.
• Selain itu terdapat kes dimana saspek akan terus arahkan mangsa untuk serahkan nombor TAC kononnya membantu selamatkan duit mangsa dalam akaun mangsa yang dikatakan terlibat dengan jenayah atau mempunyai hutang tertunggak.
• Suspek akan minta mangsa serahkan nombor TAC atau OTP yang diterima itu.
• Mangsa sedar ditipu setelah mendapati wang hilang dari akaun dan dipindahkan ke akaun pihak ketiga.
Apa yang perlu anda buat?
• Jika anda menerima SMS atau WhatsApp daripada orang tidak dikenali yang mengatakan mereka daripada pihak bank atau pihak Polis, memberitahu anda mempunyai tunggakan hutang kad kredit dan sebagainya, anda dinasihatkan supaya bertenang dan jangan panik.
• Seharusnya anda segera matikan talian telefon atau untuk kepastian segera menghubungi agensi bank anda bagi mengesahkan perkara yang sebenarnya.
• Paling penting anda harus boleh mengenalpasti jenis nombor telefon negara Malaysia dengan jenis nombor telefon luar negara.
• Jika ingin membuat pengesahan nombor agensi yang berkenaan, pastikan dahulu nombor tersebut sahih dan jangan sesekali hubungi nombor telefon yang diberikan oleh pemanggil.
• Dapatkan khidmat nasihat segera daripada pihak berkuasa atau Balai Polis yang berhampiran.
Masyarakat juga perlu mengetahui bahawa pihak Polis atau mana-mana jabatan/agensi kerajaan tidak pernah meminta orang ramai mememasukkan wang ke akaun mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menyelesaikan sesuatu kes.
Orang ramai dinasihatkan agar membuat semakan nombor akaun yang diberikan oleh pemanggil bagi mengesahkan penglibatan pemilik akaun tersebut jika terdapat rekod jenayah lain .
Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh salurkan melalui WhatsApp atau SMS ke
Commercial Crime Investigation Department (CCID) infoline di talian 013-211 1222
Credit : IPD Padawan
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki iols dpt wasap dari sapa tah
Tanya otp lazada kot
Chooi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|