CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1739|Reply: 3

[Sabah] Pemberian kewarganegaraan berdasarkan penerima vaksin menggusarkan

[Copy link]
Post time 18-9-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Jangan jadikan penerima suntikan vaksin COVID-19 sebagai asas pemberian kad pengenalan atau kewarganegaraan.

Ketua Penerangan UPKO Joisin Romut berkata, kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ismail Mohamed Said bahawa KDN akan mempertimbangkan pemberian Kad Pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin COVID-19 di Sabah dan Sarawak yang masih belum memiliki identiti diri amat menggusarkan.  

Joisin berkata, kenyataan ini sangat merisaukan rakyat khususnya di Sabah kerana seperti diketahui umum, masalah kewarganegaraan di Sabah penuh dengan kontroversi.

"Berita ini kita terima dalam suasana yang kita baru menyambut hari ulang tahun Pembentukan Malaysia pada 16 September dan rakyat Sabah pula dihidangkan dengan hadiah yang menakutkan dan mengelirukan.  

"Timbalan Menteri KDN semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni, memaklumkan bahawa bagi Sarawak, KDN telah mengujudkan jawatankuasa khas status warganegara bagi meneliti urusan dokumentasi bagi individu yang tidak berdokumen berumur 21 tahun ke bawah.

"Sementara itu, Timbalan Menteri KDN memaklumkan bahawa pemberian dokumen kewarganegaraan bagi Negeri Sabah pula dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.  

Beliau berkata, perkara itu mengundang banyak persoalan kerana daripada kenyataan Timbalan Menteri KDN ternyata bahawa mereka sedang menjalankan pemberian identiti dan kewarganegaraan.

Katanya, perkara yang lebih menggusarkan ialah kenyataan bahawa bagi Sabah perlaksanaannya dibincangkan dibawah JKPWAS yang mana calon-calon penerima dokumen besar kemungkinan dari kalangan warga asing.

"Kita menyokong penuh dan tidak membantah usaha-usaha untuk mengenal pasti individu-individu yang tidak berdokumen bagi penduduk asal Sabah atau Sarawak untuk diproses dokumentasi pengenalan diri.

"Tetapi pemberian kewarganegaraan dan pengenalan diri berasaskan kriteria telah menerima vaksin COVID-19 adalah sangat-sangat tidak wajar, tidak berasas dan membuka ruang salah guna kuasa serta kesilapan," katanya.

Katanya, isu pendatang asing dan kewarganegaraan telah menjadi isu dominan semasa Pilihanraya Negeri Sabah ke-16 (PRN16) dan kemenangan dalam pilihanraya tersebut dikaitkan dengan janji-janji penyelesaian masalah kebanjiran pendatang asing.

"Ke mana perginya janji-janji tersebut?  Pas Sementara Sabah (PSS) telah dibantah dengan hebatnya sehingga dibatalkan tetapi pemberian kewarganegaraan yang membuka ruang bakal penerimanya termasuk warga asing, adalah lebih teruk daripada PSS dan wajar dibantah habis-habisan.

"Pendirian UPKO adalah konsisten bahawa UPKO menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk salah guna kuasa dan pemberian kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak," katanya.

Katanya, UPKO percaya satu sahaja jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kewarganegaraan yang meragukan iaitu dengan menarik balik semua kad pengenalan dan mengeluarkannya semula hanya kepada mereka yang benar-benar layak.



utusanborneo.com.my/2021/09/18


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 06:10 PM | Show all posts
"Tetapi pemberian kewarganegaraan dan pengenalan diri berasaskan kriteria telah menerima vaksin COVID-19 adalah sangat-sangat tidak wajar, tidak berasas dan membuka ruang salah guna kuasa serta kesilapan," katanya.

sokong 100%

giler apa nak bagi kewarganegaraan semata-mata sebab kita dah bagi vaksin pree kat PATI ni


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni ibarat USA Asia.

Kat Murica, North terutama, berlambak PATI. Mexico, Haiti, South America, Asia pun ada. Padahal Kanada wujud ke sebelah Murica.

Malaysia? Burma, Siam, Indo, Bangla, Rohing, Pinoy, India, China, etc
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni satu idea bodoh gov. Xkan diorg xtau, pati yg terlalu byk kat sana hingga ratio dlm 3 org 1 mesti pati. Benda ni dah lama merubah rupa wajah kaum / komposisi disana sampai ada istilah sabah ori dan sabah celup. Lagi nak bagi citizenship free.

Nak bagi citizenship free ni apa sumbangan diorg pd sabah? Bayar tax? Ke jadi penerima sumbangan je? Yg local sabahan terpaksa berebut sumbangan dgn diorg.

Diharap gov sabah yg ada kuasa autonomi imigresen xmembenarkan federal buat mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061467 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list