CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8050|Reply: 68

[Tempatan] Kos tunai haji dijangka melambung tinggi, bukan harga ayam sahaja

  [Copy link]
Post time 18-9-2021 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Kos tunai haji dijangka melambung tinggi, bukan harga ayam sahaja
Oleh MALAYSIA DATELINE / September 18, 2021




Selepas kenaikan harga ayam akibat kos bahan makanannya meningkat, kos menunaikan ibadat haji juga dijangka akan melonjak naik sehingga RM40,000 bagi setiap jamaah haji.

Menurut Berita Harian, kos haji dijangka naik akibat dari pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi susulan pandemik Covid-19

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata tidak mustahil peningkatan berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk penjarakan fizikal yang memaksa penginapan jemaah dihadkan kepada dua orang sebilik, pengangkutan dan saringan COVID-19.


“Jika dulu, satu bilik hotel boleh memuatkan sehingga lima orang, tetapi apabila dihadkan kepada dua orang, sudah tentu kos penginapan akan meningkat kepada setiap jemaah.

“Begitu juga perbelanjaan lain, termasuk pengangkutan ke Madinah pasti akan mempengaruhi peningkatan kos,” katanya kepada BH, hari ini.

Bernama pula melaporkan, jamaah haji yang menunaikan haji baru-baru ini terpaksa membayar RM15,000 ke 20,000 untuk tujuh hari, membabitkan tiga lokasi iaitu Arafah, Muzdalifah dah Mina serta melaksanakan Tawaf dan Saie saja.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, peningkatan kos itu sebahagian besarnya berkait rapat dengan SOP yang perlu dipatuhi seperti penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas, selain pergerakan jumlah jemaah di dalam Masjidil Haram yang turut dihadkan.

Katanya, ini berdasarkan kos berkaitan SOP norma baharu, kenaikan kos operasi dan kos lain di Malaysia serta Arab Saudi.

“Saya lihat ini (SOP) memberi impak kepada kos haji akan datang kerana baru-baru ini saja jemaah haji perlu membayar sekitar RM15,000 hingga RM20,000 untuk lima hingga tujuh hari, membabitkan tiga lokasi iaitu Arafah, Muzdalifah dah Mina serta melaksanakan Tawaf dan Saie saja.

“Kos itu tidak termasuk kos penginapan hotel di Makkah dan Madinah serta makan minum, juga penerbangan dari Malaysia dan Arab Saudi, maka bakal jemaah perlu bersedia dengan peningkatan kos ini.

“Sebagai perbandingan, bayaran haji pada tahun 2019 ialah RM9,980 seorang untuk tempoh 40-45 hari menerusi subsidi haji,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tak mampu tak payah la gi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnyaaa.... Bukan sekali ganda ni, dah berganda2. Kena la simpan lebih, tapi masa tu dah berumur sgt kot time dah cukup duit tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Religion based biz mmg masyuk xkiralah apa. Charity, tourism, food, talbligh, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarat haji tu termasuklah bkemampuan dr segi duit, kalu xmampu duduklah diam2 jgn paksa th subsidized lg, ni nak pegi haji tp kos tambang semue nak murah2..org kite mcm tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik jua klau negara lain berbondong2 rakyat dia dtg musim haji pun kerajaan dorg subsidize jugak ke ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 18-9-2021 04:15 PM
Pelik jua klau negara lain berbondong2 rakyat dia dtg musim haji pun kerajaan dorg subsidize jugak k ...

indonesia juga ada subsidi
kos almost the same dgn pakej mur2 TH
tapi mmg akan dipotong
betul lar nak pergi haji tu utk yg mampu
org kita buat ibadah atas nama agama pun
ramai yg nak subsidi
next year umur yg boleh buat ibadah haji
mesti diturunkan lagi atas faktor keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 05:18 PM | Show all posts
yg berkemampuan tu, tak yah subsidilah ... haji utk yg berkemampuan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak arab nk cover rugi
Untung tuhan jd kn kabah kt negara depa kn
Bisnes pling cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong gak harga melambung
Kt situ baru bole jemaah fikir byk kali
Betul2 mampu bru pergi
Tp ada yg sggp bergolok bergadai tu tak tahan
Balik2 papa ... Susahkn anak2..
Jgn tk tau dulu2 pn dh ade bergadai tanah

Buatla ibadah yg paling wajib
Rukun haji kan yg ke 5
Dn yang mampu saja..

Naseb mak aku dh buat umrah ngam2 dia balik kena kurung dah..
Tu dia dok ckp lega nak mati..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibadah haji ni kalau tak buat berdosa masuk neraka ke  ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kjaan Arab Saudi pertimbangkan penurunan kos haji utk raykat msia.x kenang budi ke hr tu Jemin Ali tolong mop lantai smpai bkilat
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg pegi buat Haji umrah for the past few years sebelum covid ni telah menyumbang beratus ribu bijik peluru utk bunuh kanak2 yemen..ala2 kempen against mekdi dedulu..

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 09:04 PM | Show all posts
bertambah kaya la pak ereb
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 09:40 PM | Show all posts
Yang penting ialah no giliran haji tu.

Kalau duit perbelanjaan dah cukup utk mengerjakan haji tapi tak dapat jugak no giliran haji pun tak guna jugak, masih tak dpt nak pergi haji.

Ada ramai umat Islam ni mmg ada cukup wang utk mengerjakan haji tanpa subsidi tapi masih mengharapkan haji muasasah. Mereka mempunyai alasan masing2.

Fikirkan : Org yg ada duit cukup2 jer kerana diberikan subsidi oleh TH dan dpt no giliran pergi haji ATAU org yg mempunyai duit perbelanjaan yg berlebihan, tak diberikan subsidi oleh TH dan tak dpt no giliran. Siapa yg lebih layak pergi haji? Ini cuma berdasarkan kemampuan dari faktor kewangan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 18-9-2021 05:34 PM
Ibadah haji ni kalau tak buat berdosa masuk neraka ke  ?

Dulu2 masa meols pergi kursus haji, ustaz tu cakap haji itu wajib. Sebab tu kalau masa hidup tak dapat buat haji, bila dah mati, tanggugjawab anak/keluarga buat badal haji utk si mati. Allahu a'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 18-9-2021 06:22 PM
Sapa yg pegi buat Haji umrah for the past few years sebelum covid ni telah menyumbang beratus ribu b ...

Betapa sengsaranye ank2 yemen itu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ilacantik replied at 18-9-2021 10:23 PM
Dulu2 masa meols pergi kursus haji, ustaz tu cakap haji itu wajib. Sebab tu kalau masa hidup tak d ...

Tahlah aku rasa mcm bisnes lak
Dh mati nk badal haji apa lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:10 PM | Show all posts
krustykrab replied at 18-9-2021 03:59 PM
Kalau dah tak mampu tak payah la gi..

Jika PRU15 tahun depan pasti harga haji akan kekal
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 18-9-2021 05:25 PM
Pak arab nk cover rugi
Untung tuhan jd kn kabah kt negara depa kn
Bisnes pling cemerlang

tak lar dear
mmg kos tinggi skrg
contoh sebilik 2 org sahaja
dulu sumbat 5 org
bas ke Madinah dah tak bole sesak sampai
krem kaki berjam2 dok berhimpit
kuarantin lagi
swab berkali2
sama juga utk penerbangan tak boleh dah 100%
dengarnya kos umrah utk akhir tahun
dah naik to rm10k
padahal sebelum kovida rm5.5k pun dah ok sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.445445 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list