View: 3359|Reply: 3
|
[Sabah]
Covid19 19/09/2021
[Copy link]
|
|
Kota Kinabalu 220 (160)
Lahad Datu 122 (127)
Sandakan 112 (159)
Tuaran 94 (106)
Pitas 81 (36)
Kota Belud 78 (78)
Penampang 71 (57)
Keningau 70 (67)
Papar 69 (64)
Tawau 66 (69)
Kota Marudu 58 (84)
Ranau 36 (36)
Tambunan 31 (18)
Tenom 31 (20)
Nabawan 27 (36)
Beluran 26 (23)
Tongod 20 (18)
Kudat 20 (19)
Telupid 19 (15)
Kunak 19 (27)
Putatan 19 (67)
Kinabatangan 17 (60)
Beaufort 14 (14)
Semporna 13 (13)
Kuala Penyu 8 ( 8 )
Kalabakan 8 ( 8 )
Sipitang 7 (6)
*Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin* *(18/09/2021 )*
*Tidak ada Kluster Baru*
*RUMUSAN HARIAN*
*(19/ 09/2021)*
*Sabah masih meneruskan trend penurunan jangkitan dan merupakan angka terendah yang direkod sejak 11 Ogos 2021. Hari ini jumlah kes yang direkodkan ialah 1,356 kes dengan penurunan sebanyak (-39) kes berbanding semalam.*
*Secara keseluruhan, pola perubahan angka bagi daerah-daerah di Negeri Sabah adalah tidak statik dengan jumlah daerah mencatatkan peningkatan kes adalah lebih tinggi berbanding kumulatif kes Negeri yang menurun pada hari ini dengan statistik 12 daerah mencatatkan peningkatan, 9 daerah mencatatkan penurunan kes dan 5 daerah lagi kekal dengan catatan sebagaimana semalam. *
*Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan kes yang dengan catatan 220 kes, merekodkan sebanyak (+60) peningkatan kes. Faktor yang mempengaruhi peningkatan kes bagi Kota Kinabalu ialah sejumlah 78 kes positif yang melibatkan pekerja-pekerja pelantar minyak (off shore) milik Petronas.*
*Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Pitas (+45) kes, Penampang (+14) kes, Tambunan (+13) kes dan Tenom (+11) kes. Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Putatan (-48) kes, Sandakan (-47) kes, Kinabatangan (-43) kes, Kota Marudu (-26) kes dan Tuaran (-12) kes. Terdapat 11 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.*
*Daripada 1,356 kes yang didaftar hari ini, (606) kes atau 44.69% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (32) kes atau 2.36% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (13) kes atau 0.96% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.*
*Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (766) kes atau 56.5%, Saringan Bergejala (380) kes atau 28.0%, (11) kes daripada Saringan Kluster atau 0.8% dan (199) kes atau 14.7% melalui Saringan Lain-lain.*
*Daripada 1,356 kes yang berdaftar hari ini, (337) kes atau 24.85% adalah pesakit dalam Kategori 1, (933) kes atau 68.81% dalam Kategori 2, 9 kes dalam Kategori 3, 9 kes dalam Kategori 4 dan 9 kes dalam Kategori 5. 59 kes masih dalam siasatan. 94.54% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.*
MPL
|
|
|
|
|
|
|
|
Kategori klinikal untuk Sabah selalu nya lewat keluar ...
untuk semalam 19/09/2021 ... masih agak tinggi juga kategori 3 , 4 dan 5 ... 1.99%
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|