CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1045|Reply: 0

[Sabah] Gunung Kinabalu dah dibuka semula utk di daki

[Copy link]
Post time 20-9-2021 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula
BERNAMA


PEMANDANGAN puncak Gunung Kinabalu. FOTO arkib NSTP

Kota Kinabalu: Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam bermula 16 September lalu, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Beliau berkata, kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis pula mula beroperasi semula esok.

"Bagaimanapun pembukaan taman itu terhad kepada peraturan ditetapkan seperti pelawat yang lengkap divaksinasi Covid-19 saja dibenarkan. Pelancong domestik dari daerah yang sama saja (dibenarkan)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan hanya seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan.

"Semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian stesen TTS selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang dikemas kini pada 11 September lalu," katanya.

Disiarkan pada: September 19, 2021 @ 8:29pm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.034084 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list