CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1313|Reply: 9

[Sarawak] 9 Pati diusir

[Copy link]
Post time 21-9-2021 04:40 PM | Show all posts |Read mode
LUNDU: Seramai sembilan Pendatang asing tanpa izin (Pati) diusir keluar setelah cuba masuk ke Sarawak melalui lorong tikus di kawasan Biawak, Lundu sekitar 300 meter darisempadan Malaysia – Indonesia.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dalam kenyataan berkata, sembilan individu dipercayai Pati dikesan cuba memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia oleh sepasukan anggota yang sedang melaksanakan serang hendap di kawasan berkenaan.

"Setelah ditahan dan disoal siasat, 9 PATI terdiri daripada 8 lelaki dan seorang wanita berusia di antara 22 hingga 45 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyatakan tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan.

"Pengusiran berlaku pada 21 September 2021 (Selasa) jam 10.40 pagi," katanya.

Beliau berkata,kesemua PATI ditahan dan diusir keluar dari sempadan Malaysia dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Tentera Darat khususnya di Sarawak amat komited menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif OP BENTENG dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan sebilang masa.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2021 04:42 PM | Show all posts
jika betul nak bekerja tu ... kita2 ni boleh tutup mata ...

tapi...
lain nya dengan membawa penyakit ... dengan kegiatan jenayah nya lagi ...


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 04:42 PM
jika betul nak bekerja tu ... kita2 ni boleh tutup mata ...

tapi...

Setuju...kalau datang untuk kerja.

Kalau datang untuk membuat jenayah, aduuuh!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya laa...serius taktau ni...sempadan sabah sarawak dengan kalimantan tu ada pagar ke tak eh? Pagar batu ke kawad ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 11:04 PM | Show all posts
Mini.Me replied at 21-9-2021 10:57 PM
Nak tanya laa...serius taktau ni...sempadan sabah sarawak dengan kalimantan tu ada pagar ke tak eh?  ...
ayah pernah ikut romboingan melihat sempadan dengan kalimantan tu ...

takat ada batu tanda ja ... paling2 pun pagar mata punai / pagar kawad tu ...

dan ayah cerita ... terjumpa satu rumah ni ... setengah badan kat Sarawak ... bahagian depan rumah bahagian dapor kat kalimantan ... ehem!!~ ngaku orang Sarawak ... tanya IC ... takde

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 11:04 PM
ayah pernah ikut romboingan melihat sempadan dengan kalimantan tu ...

takat ada batu tanda ja .. ...

No wonder laa diorang senang keluar masuk...tah2 ada tempat yg takde pagar langsung...patutnya buat pagar batu tinggi tu kalo betol nak banteras pati kan...

Rumah tu bukan ke yg viral tu ke? Kalo org sarawak tak berani aihh nak buat rumah gitu...malaysian baik2 je ikot law betol2...hahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2021 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-9-2021 11:04 PM
ayah pernah ikut romboingan melihat sempadan dengan kalimantan tu ...

takat ada batu tanda ja .. ...

la mmg ada rupanya..lec i pernah cite dulu...ingt dia tipu2
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah g lundu dulu dua kali..kwn ada family angkat..pastu family tu amik i id ank angkat jua..tp dh lama lost contact..situ mcm kg melayu lama gituh kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasibbbb sini PM bukan si Donald Oren Trump
kalau takkkk
habis build the wall sepanjang border
Nangis laa kome nak memanjat
Dalam semangat pancasila pun
Kalau diberi peluang jadik ummah malaya
Memang nak aje kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga orang2 yang menjaga sempadan dilindungi dari segala bahaya.. Orang terdesak ni boleh buat apa je.. Bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043817 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list