CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3491|Reply: 5

15 Ciri Baharu iOS 15

[Copy link]
Post time 21-9-2021 11:03 PM | Show all posts |Read mode
15 Ciri Baharu iOS 15 Yang Perlu Anda Cuba Sekarang
Diterbitkan pada 21 Sep 2021. oleh Effi Saharudin.

Apple memberikan kemas kini iOS 15 awal pagi tadi kepada jutaan peranti yang disokong. Semasa iOS 15 diumumkan secara rasmi beberapa bulan yang lalu, ramai yang mengatakan ia adalah kemas kini yang kecil sehingga tidak memberikan impak yang besar pada penggunaan iPhone. Kami tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana tersorok di dalam senarai kemas kini yang diberikan oleh Apple, ada pelbagai ciri baharu yang mungkin tidak anda sedari tetapi perlu digunakan kerana ianya cukup menarik. Di bawah ialah senarai 20 perkara baharu menarik pada iOS 15 yang perlu anda cuba sekarang.

1. Focus – Kurangkan Gangguan Tingkatkan Tumpuan


Focus ialah ciri seakan Zen Mode yang wujud pada peranti OnePlus dan App Widget yang digunakan pada peranti HTC suatu ketika dahulu. Dengan gabungan dua ciri Android ini, Focus membolehkan anda memberikan tumpuan mengikut situasi. Sebagai contoh anda mungkin sedang cuba memfokuskan mengejar tarikh akhir laporan kerja, sedang bersenam, memandu atau sedang tidur. Dalam kesemua situasi ini pastinya anda tida mahu diganggu oleh notifikasi atau deringan dari iPhone.

Pengguna iPhone boleh menetapkan siapa dibenarkan menghubungi, notifkasi mana boleh dipaparkan dan apakah aplikasi yang boleh diakses mengikut mod yang dipilih. Kesemuanya boleh dikustomasi sendiri oleh pengguna secukup rasa. Halang aplikasi media sosial ketika waktu kerja? Tiada masalah, sorokkan ikon aplikasi dalam mod fokus Kerja.

Dengan masih ramai bekerja dari rumah, Focus akan memastikan gangguan berkurangan sekaligus meningkatkan produktiviti peribadi. Paling menarik jika anda tidak mahu diganggu, pengguna iPhone lain boleh melihat anda mengaktifkan mod fokus di dalam aplikasi pemesejan seperti Messages.

2. Account Recovery – Keselamatan Jika Peranti Hilang atau Selepas Kematian


Tidak semua pemilik iPhone mempunyai peranti Apple yang lain. Oleh itu jika peranti dicuri proses untuk mendapatkan pengesahan identiti dwi-faktor akaun Apple ID boleh menjadi sukar. Pada iOS 15 terdapat ciri baharu Account Recovery yang membolehkan pengesahan diberikan kepada kontak rapat yang dipercayai. Pengguna juga boleh memiliki kontrak rapat sebagai Legacy Contact yang boleh mengakses akaun Apple ID pemilik yang telah meninggal dunia. Gambar yang disimpan di iCloud misalnya boleh dimuat turun ke akaun peribadi sebagai kenang-kenangan.

3. Live Text – Membaca Dari Gambar dan Alih Bahasa Masa Nyata


Live Text ialah ciri menarik yang selama ini memerlukan pengguna iOS menggunakan Google Photos atau Google Lens. Dengan Live Text kesemua ciri ini ditawarkan secara terbina pada aplikasi kamera iPhone dan pelayar Safari. Pada aplikasi kamera apabila ia mengesah teks, ikon membaca teks akan muncul. Pengguna kemudian boleh salin tampal teks alamat, nama perniagaan atau nombor telefon pada papan iklan misalnya.

Live Text juga boleh digunakan pada keseluruhan aplikasi pihak pertama Apple. Dalam Photos cari gambar dengan perkataan, tekan dan anda dapat memilih perkataan/ayat tersebut untuk disalin atau melakukan alih bahasa. Dalam Safari juga ia boleh dilakukan, tekan gambar dalam laman web dengan perkataan/ayat yang anda inginkan dan ia juga boleh disalin, melakukan carian web atau dialih bahasa. Pendek kata Live Text ialah Google Lens yang dipertingkat buatan Apple sendiri.

4. Find My – Peranti Masih Boleh Dijejak Selepas Dimatikan atau Ditetapkan Semula


Dua tahun lalu Find My dipertingkatkan dengan ciri menjejak lokasi peranti yang hilang menerusi rangkaian peranti Apple lain yang berdekatan. Tahun ini Find My ditambah baik dengan ciri mengesan kedudukan peranti walaupun selepas ia dimatikan atau telah ditetapkan semula selepas hilang. Menurut Apple lokasi peranti masih boleh dijejak sehingga 24 jam selepas ia dimatikan atau ditetapkan semula oleh insan yang mungkin telah mencurinya. Dengan sistem Find MY telah digunakan beberapa untuk menangkap pencuri, anda mempunyai tingkap sehingga 24 jam untuk memburu lokasi peranti anda walaupun selepas dimatikan.

5. FaceTime Dengan Bukan Pengguna Di Luar Ekosistem Apple
FaceTime Link

FaceTime ialah ciri yang selama eksklusif pada peranti Apple kini akhirnya boleh diakses juga oleh pengguna peranti dengan sistem operasi yang lain. Jemputan ke panggilan FaceTime boleh dikongsi ke aplikasi pemesejan SMS, WhatsApp, emel dan banyak lagi untuk pengguna menghadiri sesi yang telah dijadualkan. Kini tanpa peranti Apple sekalipun mereka boleh menggunakan FaceTime.

6. FaceTime Dipertingkat – Audio Spatial, Mod Portret,


Kepada pengguna ekosistem Apple pula, FaceTime semakin ditambah baik seperti akhirnya wujud mod potret yang mengaburkan latar belakang untuk mengekalkan privasi. Audio spatial juga disokong bagi memberikan pengalaman perbualan yang lebih menyerlah dengan arah audio lebih jelas. Mikrofon pula menyokong mod audio yang membolehkan bunyi latar disenyapkan supaya lebih jelas atau mod Wide Spectrum yang membenarkan audio persekitaran didengari sekiranya perlu.

7. SharePlay


SharePlay pula membolehkan kandungan video, muzik, gambar atau laman web bersama rakan secara atas talian. Ini kesemuanya dilakukan menggunakan teknologi FaceTime sebagai asas. Apabila menonton video misalnya video boleh dikawal oleh kesemua pihak yang dijemput. Antara aplikasi yang menyokong ciri SharePlay ialah Apple TV+, TikTok, NBA, Twitch dan MasterClass.

8. Memoji – Lebih Banyak Pilihan Kustomasi


Memoji dipertingkatkan lagi dengan pelbagai gaya rambut, penutup kepala, aksesor, alat bantuan pendengaran dan 40 jenis pakaian. Pengguna kini boleh menghasilkan Memoji yang semakin hampir kelihatan seperti diri mereka sebagai ganti di alam maya. Malahan kali kustomasi cukup lengkap sehingga warna anak mata yang berbeza juga boleh digunakan pada avatar yang dihasilkan. Malahan bagi orang Malaysia pilihan tudung dan baju melayu juga kini wujud.

9. Notifikasi – Lebih Jelas dan Ciri Rangkuman Notifikasi


Notifikasi dikemaskini lagi oleh Apple dengan ikon aplikasi yang lebih besar dipamerkan. Dengan ini pengguna boleh memilih untuk membaca notifikasi dengan segera tau tidak mengendahkannya untuk seketika kerana bukan dalam aplikasi penting. Terdapat juga ciri baharu Notification Summary yang merumuskan notifikasi pada waktu-waktu tertentu (yang boleh dikawal sendiri oleh pengguna). Notifikasi yang paling penting akan diberikan kepentingan supaya pengguna boleh memberikan perhatian kepada apa yang paling perlu dilakukan terlebih dahulu.

10. Safari – Tab Alamat Di Bawah Dan Lebih Mudah Menukar Tab


Tab alamat pada Safari diletakkan pada bahagian bawah kali ini bagi memudahkan pengguna memasukkan alamat laman yang ingin dilawati. Setelah mencubanya memang harus kami katakan pertukaran lokasi tab alamat ini memudahkan kerja. Proses mengubah antara tab yang telah dibuka juga lebih mudah dengan hanya menatalkan jari pada bahagian bawah skrin sama seperti proses menukar aplikasi yang disokong sejak iPhone X.

Tab yang dibuka disusun dalam bentuk grid yang lebih mudah dilihat. Kini Safari lebih menyerupai Chrome. Ucapkan selamat tinggal kepada ratusan tab Safari yang terbuka kerana anda terlupa menutupnya dan sukar juga mencari laman yang dibaca pada sesi bacaan terdahulu. Kesemua tab boleh dikumpulkan secara setempat dan diselarikan diantara peranti-peranti Apple lain yang dimiliki pengguna.

Safari pada iOS 15 juga menyokong penggunaan pemalam seperti yang boleh digunakan pada Safari versi macOS. Dengan ini penggunaan Safari merentas platform lebih sekata. Akhir sekali cari menggunakan arahan suara pada Safari turut boleh dilakukan bagi mereka yang tidak mahu menaip.

11. Wallet Lebih Berguna Dengan Sokongan Kunci


Aplikasi Wallet semakin berguna kerana boleh menyimpan maklumat kunci elektronik, kunci hotel, kad pengenalan, kad vaksinasi Covid-19, kad pelajar dan juga kunci kereta. Dengan Wallet, iPhone menjadi pengganti kepada kunci-kunci fizikal. Perkongsian kunci antara ahli keluarga, anak-anak dan rakan sekerja juga boleh dilakukan sekiranya mereka juga mempunyai sebuah iPhone.

12. Photos – Memori Lebih Indah Dengan Audio Dari Apple Music


Photos meminjam beberapa ciri yang selama ini ditawarkan oleh Google Photos secara terbina. Ciri menghasilkan video memori berdasarkan acara tertentu seperti Hari Konvokesyen misalnya akan dilakukan secara automatik dengan mood dan pilihan lagu tersendiri. Bagi yang mungkin tidak menyukai lagu yang disediakan, keseluruhan katalog Apple Music boleh digunakan sebagai muzik latar sekitar pengguna melanggan kepada perkhidmatan penstriman ini. Isu muzik sendu yang sama digunakan berulang-ulang tidak akan berlaku lagi.

13. iCloud – iCloud+ Private Relay, Menyorokkan Alamat Emel Sebenar dan Storan Sementara


iCloud ialah perkhidmatan storan awanan perlu bagi semua pengguna ekosistem Apple. Dengan iOS 15, perkhidmatan ini dipertingkatkan dengan ciri Private Relay yang membolehkan pengguna melayari web dengan lebih selamat. Trafik dari peranti disulitkan sehingga alamat IP, lokasi dan aktiviti pelayar web tidak dapat dijejak bagi tujuan pengiklanan.

Ciri Hide My Email mencipta satu alamat emel rawak sementara yang kemudiannya menghantar kandungan ke emel peribadi sebenar. Dengan ini isu emel yang dikongsi kemudiannya dimasukkan ke dalam pangkalan data SPAM tidak akan berlaku lagi. Akhir sekali iCloud membenarkan sandaran melebihi storan dilakukan ketika melakukan kemas kini peranti. Isu tidak cukup storan untuk melakukan sandaran sebelum kemas kini selesai.

14. Apple Health – Perkongsian Dengan Keluarga dan Rakan Lebih Mudah


Apple Health membolehkan data kesihatan dikongsi dengan ahli keluarga terdekat dengan selamat. Ini adalah ciri penting untuk memantau kesihatan ibu bapa yang berusia di kampung misalnya menerusi data yang dikumpul oleh Apple Watch. Ahli keluarga boleh dihubungi jika anomali dilihat pada degupan jantung misalnya.

Aplikasi Health juga boleh melihat perubahan trend kesihatan tubuh yang menjadi semakin baik ataupun buruk. Analisa kestabilan langkah juga boleh direkod dan dianalisa oleh pengguna. Amaran akan diberikan jika kestabilan langkah berkurangan dikesan.

15. Ciri Ketercapaian Untuk Golongan OKU Lebih Baik


Akhir sekali ciri ketercapaian (accessibility) membolehkan peranti dikawal dengan menggunakan bunyi pop, ee atau bunyi klik dari mulut. Ini membolehkan OKU yang tidak boleh menyentuh skrin masih boleh menggunakan iPhone. Tetapan berbeza untuk aplikasi juga boleh disimpan. Sebagai contoh aplikasi A menggunakan paparan teks yang besar tetapi aplikasi B tidak memerlukannya. Kesemua tetapan diingati oleh iOS 15. Data audiogram turut boleh diimport bagi membolehkan sistem audio iPhone menguatkan frekuensi tertentu berdasarkan ujian telinga yang telah dilakukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka layan review dari Mamat ni.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2021 11:40 PM | Show all posts
alangkah bagusnya pengguna iPhone guna sedikit sebanyak feature yg ada
kalau setakat guna socmedia shj
rugi la beli hp mahal2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2021 10:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 06:51 AM | Show all posts
R2D2 replied at 21-9-2021 11:40 PM
alangkah bagusnya pengguna iPhone guna sedikit sebanyak feature yg ada
kalau setakat guna socmedia ...

sangat setuju....................................tapi nak juga yang canggih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2021 07:49 AM | Show all posts
kitmal9545 replied at 24-9-2021 06:51 AM
sangat setuju....................................tapi nak juga yang canggih

sama mcm nak buat slide presentation
sesetengah fikir nak guna photoshop utk buat design, slide cantik2
kalau setakat nak presentation shj, pakai ja MS Powerpoint

kalau pandai guna MS Powerpoint
mcm2 kita boleh buat
kena rajin tgk tutorial advance pasal MS Powerpoint


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.076458 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list