|
Edited by dani-rox at 22-9-2021 06:08 AM
Mula2 sekali, ai nak korang bayangkan Eropah sewaktu Perang Dunia Kedua, Nazi tgh bermaharajalela. Letakkan diri korang di pihak Berikat (Allies) menentang Hitler and Co. Keadaan tak menentu dan perang semakin sengit. Sekarang korang imejin berkhidmat sbg operator komunikasi radio rahsia. Tugas yg sgt bahaya – nyawa diukur dlm hari. Minggu, kalau korang bertuah. Bila2 masa saja boleh terkantoi dan ditangkap. Itu pun kalau rupa fizikal dan pembawaan diri korang boleh blend in.
SPY PRINCESS
Noor Inayat Khan, seorg Muslim berketurunan India dan Amerika, dan juga wanita pertama ditempatkan di Perancis utk menjalankan tugas yg berisiko tinggi ini – langsung takda ciri2 yg di atas. Malahan, dia tak mempunyai kebolehan dan pengalaman yg penting utk dia melibatkan diri dlm tugasan yg berhati kering itu – penipuan, tertangkap dan mati adalah perkara biasa.
Ikut belah bapanya, Noor datang drpd keluarga berdarah bangsawan. Keturunan Tipu Sultan, yg dikenali sbg Harimau Mysore – pernah menentang habis2an kerajaan British India yg kejam pd lewat abad ke-18. Noor adalah penyokong kuat kemerdekaan India, tp akhirnya memilih utk berjuang bg pihak British melawan musuh yg sama. Mungkin ini jd konflik besar dlm hati dia, takda siapa yg tahu.
Wanita bertubuh kecil dan pemalu – bekas penulis buku dan penganut fahaman pacifism (anti perang) tidak menyangka yg dirinya bakal bergelumang dgn episod penuh keganasan dan huru hara.
Bbrp org pegawai Special Operations Executive (SOE) yg melatih Noor, pernah mempersoalkan kelayakannya utk menjalani tugas tersebut. Namun wanita itu berjaya membuktikan sebaliknya, sebaik saja dia dihantar ke Perancis – Noor mampu mengelakkan dirinya drpd ditangkap utk bbrp bulan, dan waktu itu rangkaian risikan sekelilingnya sudah ditumbangkan. Dia juga mampu menghantar laporan dan maklumat yg sgt bernilai ke Britain. Selepas dibelot, dan menghadapi pelbagai penyeksaan, Noor tetap mempamerkan kesetiaannya dan kekuatan mental hingga ke hujung nyawa.
Apa yg sebenarnya berlaku di situ? Dengan latar belakang seorg hero Britain yg tidak disangka2 dan luar biasa, dan pengakhiran yg tragik.
______
Siapa Noor Inayat Khan?
Lahir di Moscow pd 1 Januari 1914, Noor-un-Nisa Inayat Khan adalah anak sulung drpd 4 beradik. Bapanya, Inayat adalah sorg ahli muzik dan guru spiritual Sufi; ibunya pula sorg rakyat Amerika yg berasal dr Albuquerque, New Mexico, dan menukar namanya dari Ora Ray Baker kpd Amina Begum setelah berkahwin dgn Inayat. Tidak lama selepas kelahiran Noor, keluarganya meninggalkan Rusia dan berpindah ke London. Pd thn 1920 mereka berpindah lg, kali ini ke Perancis, iaitu di Suresnes yg berada di pinggir Paris.
Noor bersama keluarganya
Bersama ibunya, Amina
Adik beradik Khan
Inayat meninggal dunia secara tiba2 ketika melawat keluarganya di India pd 1927, menyebabkan Amina sgt sedih dan patah hati, dan Noor yg berusia 13thn terpaksa memikul tanggungjawab menjaga sorg adik perempuan dan dua adik lelakinya. Dia menyambung pelajarannya dgn mengambil subjek Psikologi Kanak2 di Sorbonne dan muzik di école Normale de Musique, bermain piano dan harp. Noor mula menulis dan menerbitkan buku cerita kanak2, dan dia juga bekerja sbg wartawan utk bbrp buah majalah termasuk Le Figaro.
Apabila WW2 meletus, keluarga tersebut melarikan diri mereka kembali ke Britain, melalui Bordeaux ke Falmouth, Cornwall. Byk terpengaruh dgn ajaran Sufi bapanya dan polisi anti keganasan Gandhi, Noor adalah seorg pacifist yg tegar. Namun – setelah membuat perjanjian dgn adiknya Vilayat – kedua beradik itu bersumpah utk menentang kekejaman Nazi yg termampu mereka buat, tanpa menumpahkan darah sesiapa. Oleh itu, Vilayat memilih utk menjadi pengesan bom jerangkap samar secara sukarela, manakala Noor pula menjalankan tugas yg dianggap paling bahaya dlm peperangan: covert radio operator (pengendali radio rahsia).
Bagaimana Noor Inayat Khan menjadi sorg perisik?
Pd November 1940, Noor menyertai Women’s Auxiliary Air Force (WAAF) dan mengikuti latihan sbg wireless operator selama sebulan di Harrogate, diikuti pula latihan 6 bulan di Edinburgh utk mempelajari wireless telegraphist dan kursus 7 minggu Advanced Signals and Wireless di Wiltshire.
Oleh kerana Noor sorg yg jujur, ketika temuduga utk tugasannya pd Ogos 1942, Noor mengejutkan lembaga pegawai tinggi dgn berterus terang berkenaan pandangan politiknya. Menurut wanita itu, selaku penyokong kemerdekaan India, dia akan taat setia dgn kerajaan dan Raja Britain tetapi sehingga peperangan dgn Jerman tamat. Selepas itu, dia akan mempertimbangkan kedudukannya dan kembali menyokong pembebasan India.
Wpun permohonannya ditolak, tp kefasihan Noor dlm bahasa Perancis, kemahiran dr segi teknikal sbg wireless operator dan kesediaannya utk memegang peranan lebih aktif dlm kerja pengintipan mendpt perhatian yg akhirnya direkomen utk berkhidmat dgn Seksyen F (French) SOE. Ketua pegawai rekrutnya iaitu penulis novel Selwyn Jepson, beranggapan Noor sbg pilihan tepat utk ‘tugasan khas’. Noor menerima tawaran tersebut dgn segera, memakai seragam first aid nursing Yeomanry (penyamaran standard operasi SOE) dan memulakan latihannya pd Februari 1943.
Cth pakaian seragam first aid nursing Yeomanry
Noor menjalani 3 minggu crash course yg intensif, termasuk kombat dengan dan tanpa senjata dan pemanduan arah merentasi desa. Kemampuan fizikalnya, kecenderungan semulajadi utk kerja bwh tanah yg berbahaya dan kebolehan menyimpan maklumat wpun ditekan juga dinilai.
Laporan prestasi awalnya tidak memberangsangkan. Noor dikatakan gerun dgn senjata, lemah semangat ketika ditanya dlm soalsiasat olok2. Wpun dia sanggup menerima apa saja tugasan – Noor dikatakan tidak bersedia utk menghadapinya. Menurut ketua pelatih, Noor seolah2 tak tahu menahu langsung tujuan dia dilatih, tp dia juga menunjukkan sedikit keyakinan wpun pd mulanya ‘ketakutan’. Kekuatan mentalnya juga dipersoalkan.
Walau bagaimanapun, Noor tetap bertekad, dan menambahkan lg usahanya. Namun, dia gagal dlm latihan payung terjun. Dia menumpukan perhatian dgn kursus radio SOE di Thame Park, Oxfordshire. Sebelum mempelajari operasi bawah tanah di ‘sekolah ejen’ SOE di Beaulieu, Hampshire.
Peralatan pengintipan SOE
Apapun, masih ada yg sangsi termasuk salah sorg rakan pelatihnya di Wanborough – menyuarakan bantahan mereka berkenaan penglibatan Noor dlm operasi2 sulit di mana akan merisikokan byk nyawa pegawai mereka, oleh ejen yg kurang cekap spt wanita itu. Namun, Maurice Buckmaster, Ketua Seksyen F, tidak menghiraukan pendapat mereka itu. Baginya, Noor mempunyai kelebihan dr segi bahasa dan kemahiran teknikal. Tambahan pula, SOE dan Britain tgh terdesak.
Maurice Buckmaster
Cth Lysander kepunyaan tentera British WW2
Pd petang 16 Jun 1943, dua pesawat Lysander berlepas dr RAF Tangmere, Sussex Barat. Salah sorg penumpang drpd salah satu pesawat itu, adalah Noor Inayat Khan yg sgt gementar. Dia dan bbrp org rekrut baru diarahkan utk berada di landasan rahsia berdekatan Angers, Perancis menemui Henri Déricourt, rakyat tempatan yg bekerja utk SOE. Déricourt tidak lama kemudian didedahkan sbg double agent, yg menyalurkan maklumat kpd Sicherheitsdienst (SD), cawangan risikan Schutzstaffel (SS) Nazi Jerman.
Henri Déricourt
Dengan menggunakan nama palsu ‘Madeleine’ dan menyamar sbg guru peribadi dari Bloise bernama Jeanne Marie Renier, Noor meneruskan perjalanannya di Paris berseorangan. Di situ dia menghubungi Emile Garry, ketua ‘rangkaian’ Seksyen F di Le Mans – rangkaian itu terdiri drpd bbrp kumpulan kecil operasi yg ditugaskan mengumpul maklumat. Noor kemudiannya diperkenalkan dgn Francis Suttill, yg menggerakkan rangkaian yg lebih besar iaitu PROSPER, yakni bertebaran hingga ke utara Perancis; wireless operatornya Gilbert Norman dan France Antelme, ketua rangkaian BRICKLAYER yg berpangkalan di Paris. Melalui tempat persembunyian Norman di Grignon lah, Noor menyampaikan mesej pertamanya ke Britain, memberitahu ketibaannya yg selamat di Perancis.
Emile Garry
Francis Suttill
Gilbert Norman
France Antelme
Andrée Borrel
Namun, dia tidak akan selamat utk jangka masa yg panjang. Pd 24 June, Suttill, Norman dan penghantar maklumat mereka Andrée Borrel ditangkap, dan pihak SD mula menyiasat kedudukan ahli2 rangkaian PROSPER. Ketika ejen2 lain lari bertempiaran dan melesapkan diri mencari tempat2 persembunyian yg selamat, Noor cuba menyelamatkan set wireless Norman dari Grignon tp gagal, dan dia juga nyaris2 tertangkap. Bagaimanapun, dia berjaya menguruskan penerbangan Lysander ke London utk Antelme. Noor menolak utk balik ke Britain bersama2 dgnnya, memilih utk kekal di Paris dan terus menyalurkan maklumat pengintipan kpd pegawai2 penerima di London. Akhirnya Noor tinggal berseorangan, apabila ejen2 dan wireless operator lain ditangkap, atau telah meninggalkan kota itu dan menuju ke bhgn selatan yg selamat, atau menghilangkan diri utk selama2nya.
Apa yg Noor Inayat Khan lakukan di Perancis?
Sekarang, Noor adalah satu2nya ‘mata’ Seksyen F di Paris. Menambahkan lg masalah, pihak Jerman mula menghantar mesej palsu dgn menggunakan set wireless Norman yg dirampas. Maurice Buckmaster mengarahkan salah sorg pegawai senior, Nicholas Bodington, dan wireless operator Jack Agazarian sbg perantara, pergi ke Paris utk menyiasat. Apabila Agazarian ditangkap oleh Gestapo SS, Noor menjadi ejen SOE paling penting di Perancis. Wanita itu terpaksa berpindah randah sepanjang masa, mengangkut set wireless nya yg berat di dlm suitcase, mewarnakan rambutnya, memakai penyamaran, menumpang di rumah rakan2nya yg dikenali sebelum WW2 (perbuatan yg sgt bahaya) dan bergantung dgn kebijaksanaannya.
Nicholas Bodington
Jack Agazarian
Cth set wireless SOE
Walaupun hidupnya dibayangi ketakutan dan kesukaran, Noor menulis surat kpd Buckmaster- menyatakan perasaan yg penuh teruja mengenai misinya – dihantar ke Britain melalui Bodington yg menaiki penerbangan dari Angers pd pertengahan Ogos 1943, yg diatur oleh Déricourt. Pegawai2 atasan tahu Noor sebenarnya sudah kepenatan, dan Buckmaster merancang utk menerbangkan Noor keluar dari Paris pd pertengahan Oktober. Malangnya, nasib tidak selama2nya menyebelahi wanita itu. Déricourt telah mengambil gambar surat Noor kpd Buckmaster, bersama2 maklumat penting yg lain dan menyerahkannya kpd SS Nazi. Penangkapan semakin mendekati Noor Inayat Khan. Namun, kejatuhannya dilakukan oleh pihak yg tidak disangka2.
Setelah berjaya mengelakkan dirinya ditangkap selama 4 bulan, penangkapan Noor berpunca drpd pembelotan adik Emile Garry, Renée yg cemburu dan dimotivasikan juga wang ganjaran sebanyak 100k francs. Renée Garry dikatakan sakit hati apabila mendapat tahu lelaki yg dicintainya, France Antelme menyimpan perasaan terhadap Noor. Sumber maklumat yg mendedahkan kedudukan Noor itu gagal membuktikan teori itu (Renée dibebaskan drpd pertuduhan belot selepas perang), tp 2 pegawai SD memberitahu maklumat tersebut datang drpd sorg wanita berbangsa Perancis. Tarikh dan details agak kabur, tetapi Noor ditahan oleh Gestapo di salah sebuah rumah di Rue de la Faisanderie dan dibawa ke ibu pejabat SD di 84 Avenue Foch. Buckmaster mendpt tahu penangkapan Noor itu pd 2 Oktober, melalui telegram kod yg dihantar oleh ejen SOE Jacques Weil, yg menyatakan bahawa ‘Madeleine’ telah ‘ditimpa kemalangan’ dan sekarang berada ‘di hospital’.
Ketika ditahan, Noor cuba melarikan diri sebanyak 2 kali. Kali kedua, dia berusaha meloloskan dirinya melalui tingkap bilik air. SD pun tidak mahu membuang masa lagi dan mula menyoal siasat Noor dgn terperinci. Walaupun dia pernah gagal dlm soal siasat olok2 ketika latihan, Noor kali ini berhati waja – malah SD sendiri mengakui termasuk Ernst Vogt, pegawai yg menyoalnya, gagal mendapatkan sebarang informasi. Komandan SD, Hans Kieffer kemudiannya mengatakan mereka “tak boleh bergantung dgn apa2 yg wanita itu sampaikan”, dan menurut pakar wireless nya pula, Josef Goetz mengesahkan bahawa “Madeleine langsung tidak mahu memberikan kerjasama”.
Hans Kieffer
Apapun, pihak SD menjumpai set wireless Noor dan lebih teruk lg, buku kod yg digunakannya utk menyalin mesej yg pernah diterimanya. Membawa maklumat hasil komunikasi bertulis dianggap perbuatan tidak bijak dan tidak bertanggungjwb (ada spekulasi yg menyatakan Noor mungkin salah faham arahan ‘berhati2 menyimpan mesej’ sbg arahan ‘merekod semua mesej yg diperolehi’). Walau bagaimanapun, ia memberi akses utk Goetz mendptkan perkataan kod yg betul dan operator2 wireless SD berjaya meniru stail ketukan Noor – supaya mereka dpt menghantar mesej palsu menggunakan set wanita itu. Kempen perisikan dinamakan DIANA ini berjaya mengelirukan Buckmaster utk meneruskan operasinya. Hasilnya, tujuh ejen termasuk Antelme ditangkap dan seterusnya dihukum mati, setelah diumpan masuk perangkap oleh SD.
Permainan radio dan double agent
Tidak adil utk menyalahkan kecuaian Noor Inayat Khan seorg. Buckmaster dan pegawai perisikannya, Vera Atkins, terlepas pandang bbrp klu yg menunjukkan mesej2 itu adalah palsu. Kesalahan besar pd keseluruhan operasi SOE adalah permainan rumit yg dilakukan oleh double (dan kemungkinan triple) agent Henri Déricourt, yg bersekongkol dgn SOE, MI6 dan SD pd masa yg sama.
Déricourt dibebaskan drpd sebarang pertuduhan komplot ketika perbicaraan thn 1948, apabila pegawai senior SOE, Nicholas Bodington, memberi keterangan bahawa Déricourt menerima arahan drpd MI6 utk menipu pihak Jerman agar mereka fikir yg dia membelot terhadap SOE, dan secara tidak langsung mengalih perhatian Jerman drpd rancangan D-Day yg hampir dekat. Keterangannya bukan saja membebaskan Déricourt, tp juga memberi isyarat bahawasanya badan perisikan Britain tidak teragak2 mengorbankan nyawa sesetengah ejen SOE, dan ejen2 ini juga bekerja menentang sesama sendiri (sama ada sengaja atau tidak) dan persoalan mengenai masalah dalaman ini masih tidak berjawab.
Bagaimana Noor Inayat mati?
Pada November 1943, Noor cuba melarikan diri lg, bersama ejen SOE John Starr dan Léon Faye, sorg ahli berpengaruh dlm rangkaian pengintipan ALLIANCE di bwh MI6, di mana kedua2nya ditahan dlm sel bersebelahan. Dgn menggunakan screwdriver yg dicuri, mereka melonggarkan skru grill tingkap dan lari ke atas bumbung. Malangnya, usaha mereka itu secara kebetulan serentak dgn serangan udara RAF, menyebabkan pengawal memeriksa sel penjara dan menemui ketiga2 tahanan sedang melarikan diri. Hans Kieffer yg sgt berang meminta agar mereka berjanji utk tidak lari lg; Starr bersetuju tp Noor dan Faye ingkar – menyebabkan kedua2nya dihantar ke Jerman.
John Starr
Léon Faye
Dlm masa bbrp jam, Noor diletakkan di dlm keretapi yg membawanya ke penjara di Pforzheim. Dia diasingkan dlm salah satu sel, dgn kaki dan tangan dirantai (kerana dianggap tahanan yg sangat berbahaya) dan diberi makan kulit kentang dan sup kobis. Yolande Lagrave, salah sorg ahli perisikan Faye yg berada dlm sel bersebelahan, mengingati bagaimana Noor dipukul hampir setiap masa. Kedua2nya berjaya berkomunikasi dgn menulis menggunakan tin; Noor memberitahu namanya sbg Nora Baker – nama yg digunakan ketika latihan dulu. Penyeksaan ke atas Noor Inayat Khan berterusan hingga 10 bulan, dan Noor tetap enggan bercakap dan mendedahkan maklumat.
Akhirnya pd September 1944, wanita itu dipindahkan ke Karlsruhe dgn menaiki keretapi, bersama2 tiga lagi ejen wanita Yolande Beekman, Eliane Plewman dan Madeleine Damerment. Madeleine adalah salah sorg mangsa perangkap permainan radio Goetz yg menggunakan set wireless dan kod rahsia Noor.
Yolande Beekman
Eliane Plewman
Madeleine Damerment
Kesemuanya dihantar ke Dachau concentration camp, dan sebaik saja tiba di situ mereka berempat dibawa ke tempat pembakaran mayat dan dihukum bunuh oleh pegawai SS Friedrich Wilhelm Ruppert. Seorg saksi yg identitinya dirahsiakan, bbrp tahun kemudian memberitahu pegawai perisikan Kanada – Noor saja dihukum berasingan drpd yg lain utk menerima ‘layanan istimewa’ oleh Ruppert, yg memukulnya setengah mati sebelum mengakhiri riwayat wanita tersebut dgn tembakan pistol. Noor hanya berusia 30thn di saat kematiannya.
Friedrich Wilhelm Ruppert
Ruppert menjalani hukuman gantung
Utk mengiktiraf keberaniannya, Britain menganugerahkan pingat George Cross ke atas Noor Inayat Khan, manakala kerajaan Perancis menghargai pengorbanannya dgn Croix de Guerre. Sebuah tugu telah didirikan di Gordon Square, London bg memperingati jasanya, berdekatan dgn kawasan yg pernah didiami keluarga Khan – memorial pertama di Britain yg didedikasikan utk sorg wanita Asia. Ia terukir dgn perkataan terakhir yg diucapkan oleh Noor sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir: “Liberté!” (Kebebasan!).
|
|