KUALA LUMPUR – Seorang pakar perubatan menyifatkan pelalian Covid-19 sebagai ‘vaksin ujikaji’ yang memberi tekanan besar kepada kebanyakan rakyat ketika ini .
Dr. Norshinah Kamarudin yang juga Ahli Endokrinologi berkata, suntikan pelalian itu telah menjadi dilema kepada pekerja apabila majikan memaksa agar mereka mengambil vaksin.
Katanya, perkara itu amat menyedihkan dan ia boleh memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang berdepan dengan situasi sama.
“Tidak ada analisis ataupun mana-mana program di dalam televisyen yang menyebut mengenai analisis risiko. Ia wajar dibuat sebelum suntikan secara besar-besaran dilakukan.
“Analisis risiko juga perlu dibuat berdasarkan faktor demografi, geografi, ekonomi, agama dan sosial dalam negara ini.
“Analisis risiko ini juga perlu dibuat mengikut kumpulan umur dan komobid. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga meletakkan tekanan besar ke atas ibu bapa, pelajar dan guru (apabila diarah untuk mengambil vaksin),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam program bertajuk Isu Paksaan dan Keselamatan Vaksin Buatan Baru Covid-19 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.
Norshinah berkata, ibu bapa pula menanggung dilema apabila anak-anak mereka digesa supaya menerima suntikan pelalian sekiranya mahu hadir ke sekolah.
“Kalau tak setuju sebab enggan ambil risiko atau sebab
lain, dia menghadapi diskriminasi oleh sekolah, kolej, pentadbir, kementerian dan hilang hak belajar seperti dulu. Ibubapa juga yang susah. Di mana letak adilnya,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh KKM setiap hari tidak memberikan apa-apa nilai tambah atau penyelesaian kepada individu daripada perspektif kesihatan diri mereka.
Sebaliknya, perkara yang perlu ditekankan oleh pihak berkenaan adalah bagaimana untuk menguatkan lagi sistem ketahanan badan seseorang agar tidak dijangkiti wabak itu.
Katanya, perkara tersebut jarang sekali ditekankan sebaliknya, perkara yang sering diulang-ulang adalah dengan menumpukan perhatian kepada faktor luaran seperti pemakaian pelitup muka, face shield, penjarakan fizikal dan larangan bersalam.
“Statistik itu tidak memberikan apa-apa pun penyelesaian kepada seseorang. Jadi penilaian semula mengenai perkara ini harus dilakukan.
“Kami syorkan kepada pihak berwajib seperti Majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa, MOSTI, KKM, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempelawa dan mendengar hujah dan data dari pihak yang ada pandangan sahih, hujah yang bernas atau fakta yang berbeza dari apa yang dibentangkan oleh saintis-saintis atau penjawat-penjawat dalam kementerian.
“Contohnya agamawan, pakar, saintis, penyelidik, pendidik, iaitu mereka yang tidak ada apa-apa kepentingan jawatan dalam kerajaan, tiada apa-apa kepentingan komersial untuk mengemukakan hujah dan pandangan mereka.
“Maka barulah keputusan yang adil, rasional, seimbang dapat dirumuskan daripada semua yang terlibat,” katanya. – MalaysiaGazette
Post time 22-9-2021 11:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-9-2021 09:44 AM
Ye di Mesia faaksin hanye diendorse oleh muntri Oxford yang tak belajor sains. So sape suroh ikot?
...
Kaka ada tengok tak ada baby lagi satu side effect Convulsive getar getar tu? Tu sebab mak dia cucuk time pregnant. Baby UK tu possibilty tak boleh berjalan cam orang dewasa yang kena semua kena papah berjalan.
Post time 22-9-2021 11:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
masalahnya bila kita mempertikaikan vaksin kita dicop anti vaksin. .. ubat spital yg kt pasaran ni pun ada kesan smpingan. xkn la vaksin xda. mustahil..
Baguslah dah ada pakar yang berani kedepan untuk bersuara dan berhujah. Taklah asyik dapat nasihat yang salah lagi yang akhirnya memecah belahkan masyarakat.
Tak ada pilihan sangat umat manusia sekarang ini. Ada vaksin separuh masak ini (istilah sebab tak cukup kajian) kira kena ambik juga sebab ramai orang bergelimpangan mati sana sini. Cuma ianya akan jadik kontroversi bila diwajibkan..