CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 8

[Sarawak] Suami isteri mati ditembak

[Copy link]
Post time 22-9-2021 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri mati ditembak[size=0.8]Oleh Melvin Joni - September 22, 2021 @ 6:15pm[email protected]




MIRI: Sepasang suami isteri ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tembakan pada badan, di Kampung Beraya Bekenu, di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 60 tahun dan isterinya yang juga warga Indonesia berusia 40 tahun ditemui dalam bilik tidur rumah mereka pada kira-kira jam 7 pagi.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari, berkata sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri dan anggota dari Balai Polis Bekenu dikerahkan ke lokasi sebaik saja menerima laporan kes berkenaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan bagaimana kejadian berlaku," katanya kepada BH, hari ini.

Hakemal berkata, mayat pasangan berkenaan dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, mayat pasangan itu ditemui adik lelaki mangsa, selepas terdengar anak mereka menangis.

Adik mangsa yang curiga kemudian pergi ke rumah mangsa, namun pintu berkunci dan cubaannya memanggil mereka juga tidak dibalas.

Dia yang kemudiannya cuba meninjau melalui cermin tingkap bilik pasangan itu terkejut apabila melihat kedua-duanya berlumuran darah.

Selaras senapang patah juga dijumpai di atas dada mangsa lelaki.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2021 07:05 PM | Show all posts
bunuh isteri pastu bunuh diri...?

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin motif cemburu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh diri ke? Atau anak mereka yang bunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Uishh bunuh diri? Nasib baik baca sampai abis...anak nya kecik lagi kann sbb kata adik dia dgr anaknya nangis tapi panggil takde reslon buka pintu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 04:10 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 22-9-2021 07:32 PM
Bunuh diri ke? Atau anak mereka yang bunuh?
kecik lagi anak nya kot ... sebab nangis2

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 04:11 PM | Show all posts
Mini.Me replied at 22-9-2021 10:00 PM
Uishh bunuh diri? Nasib baik baca sampai abis...anak nya kecik lagi kann sbb kata adik dia dgr anakn ...
kata nya gaduh suami isteri ... pastu tembak menembak ... kata nya lah ...

blom ada berita sahih lagi ...


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-9-2021 04:11 PM
kata nya gaduh suami isteri ... pastu tembak menembak ... kata nya lah ...

blom ada berita sahih ...

Perghh main tembak2...giler sungguh...
Teringat kes tembak bini dalam tidur tu...sedey betol laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya kat anak dia.. Traumatic n tragic death of parents.. Harap2 ada yang jaga his/her emotional state. Mak pak da takde..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052499 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list