View: 1412|Reply: 1
|
Negara Asia Tengah ancaman terbaru pesilat negara
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pembangunan sukan silat di negara Asia Tengah semakin berkembang sekali gus menyaksikan pesilat mereka mungkin menjadi pesaing utama pada masa akan datang.
Perkara terbabit disuarakan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berdasarkan pemerhatian kunjungan mereka sebelum ini membabitkan beberapa negara seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.
Beliau berkata, pesilat dari negara terbabit serasi dengan peraturan pertandingan baharu yang lebih terbuka, agresif serta ekstrem.
Namun, situasi berkenaan bukan isyarat buat Pesaka menekan butang panik walaupun pesilat negara tampak sedikit ketinggalan disebabkan sekatan pandemik Covid-19 yang lebih ketat di sini.
Sehubungan itu, Megat berkata, kejohanan membabitkan enam negara Asia Tenggara di Jakarta pada 8 November ini bakal memberi kelebihan buat atlet senior mengasah skil yang sudah terpendam sekian lama.
"Kita sudah ketinggalan di belakang, setiap minggu boleh dikatakan mereka (negara di Asia Tengah) mengadakan pertandingan.
"Jadi saya lihat, kalau begini kita lama-lama boleh ketinggalan. Kalau dilihat ketika kita ke Kazakhstan sebelum ini, banyak beza cara mereka berlawan.
"Uzbekistan dan yang lain ini mereka suka lawan secara lebih terbuka, ekstrem dan kalau kita tak menghantar pasukan senior (ke kejohanan di Jakarta), saya bimbang negara Asia Tenggara ini boleh ketinggalan dengan mereka kerana tiap-tiap minggu ada kejohanan dibuat dengan peraturan baharu ini," katanya.
Kejohanan di Jakarta nanti dijadual disertai Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Brunei dan bakal mempraktikkan kaedah gelembung sukan serta menggunakan peraturan pertandingan baharu. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PRESIDEN Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. FOTO Yusni Ariffin |
|
|
|
|
|
|
| |
|