CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4457|Reply: 22

Singkir saya kalau mahu - Sheila Majid

  [Copy link]
Post time 23-9-2021 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Singkir saya kalau mahu - Sheila Majid


Sheila mempertahankan dirinya dan ahli lembaga pengarah RPM sudah berusaha sehabis baik menjaga kepentingan ahli sejak mengepalai badan itu kira-kira sembilan tahun lalu. - Foto ihsan RPM

KUALA LUMPUR: Didesak meletakkan jawatan atas dakwaan konon gagal menyelesai isu royalti penggiat seni, Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid menyerahkan kepada ahli untuk membuat keputusan sama ada badan itu memerlukan pengerusi dan ahli lembaga pengarah baharu pada mesyuarat agung tahunan, Isnin ini.

Kali pertama memberi kenyataan selepas dihambat kontroversi agihan royalti termasuk petisyen mendesak dirinya berundur, sejak November tahun lalu, Sheila mempertahankan dirinya dan ahli lembaga pengarah RPM sudah berusaha sehabis baik dalam menjaga kepentingan ahli sejak memegang jawatan itu pada 2011.

"Saya sedaya upaya buat kerja ini bagi memberi khidmat kepada ahli... Ini fardu kifayah di mana saya tidak dibayar selama sembilan tahun kerana hendak membantu teman-teman yang selalu ditindas.

"Kami (ahli lembaga pengarah) sudah menunjukkan banyak kemajuan, namun, semua ini terpulang kepada ahli.

"Kalau mereka fikir saya tidak buat kerja dengan baik dan ada banyak perkara yang tidak puas hati, undi saya keluar... Saya tidak marah.

"Namun, saya bagi amaran hati-hati dengan siapa yang akan mengambil alih kerana wang (dalam simpanan RPM) banyak," katanya katanya pada sidang media virtual, hari ini.

Sidang media itu dihadiri ahli lembaga pengarah RPM iaitu Jaclyn Victor, Anna Raffali, Alfa Booty, Razin Mestica, Aniu dan Muhamad Razin.

November tahun lalu, Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dilaporkan melancarkan petisyen mendesak Sheila meletak jawatan sebagai Pengerusi RPM yang mewakili penyanyi dan pemuzik rakaman, yang didakwa gagal menyelesaikan isu royalti artis.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez dilaporkan mendakwa isu royalti belum berkesudahan sejak Sheila mengepalai RPM.

Kemelut semakin memuncak apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan dengan menyiasat tiga badan kutipan royalti iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd dan RPM.

Operasi dibuat berdasarkan laporan dikemukakan Freddie yang juga Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, Oktober tahun lalu.


Sheila (atas, kiri) tampil buat kali pertama dalam sidang media virtual selepas dihambat kontroversi dicetuskan segelintir pihak berhubung agihan royalti termasuk petisyen mendesak dirinya berundur sejak November, tahun lalu. - Foto ihsan RPM

Sheila berkata, ahli lembaga pengarah RPM tidak suka konflik dan lebih cenderung membuat kerja.

"Selama ini, memang kami (ahli lembaga pengarah) diam. Bagi kami, kita sudah buat kerja dan ada banyak kemajuan sudah dicapai. Di situ, orang boleh lihat.

"Namun, jika mereka (ahli) masih mahu pihak lain yang mengambil alih tugas ahli lembaga pengarah, silakan. Tetapi, kelak jangan mengadu.

"Saya juga tidak merancang untuk kekal di sini (menduduki jawatan Pengerusi RPM) selama-lamanya.

"Saya bukan gila kuasa atau glamor," katanya yang yakin sudah meletakkan asas kukuh untuk RPM beroperasi sebagai badan pengutip royalti melalui kerjasama dan perkongsian kepakaran dengan badan antarabangsa.

Mengenai agihan royalti, Sheila berkata, sejumlah RM21 juta bakal disalurkan kepada 1,961 ahli secara berperingkat dengan jangkaan proses bermula akhir tahun ini atau selewat-lewatnya suku pertama tahun depan.

"Wang itu bakal diagihkan... Kita meminta ahli bersabar. Buat masa ini, kita sedang pada peringkat akhir proses pengiraan termasuk menunggu laporan penggunaan bagi tahun tuntutan 2019," katanya.

Sheila juga menafikan dakwaan konon royalti bernilai RM21 juta 'tersangkut' di RPM dan tidak diagihkan.

"Duit itu baru masuk tahun lalu tetapi belum sampai masa untuk diagihkan. Saya mahu ahli membuat tuntutan secara betul dan teratur... Ada proses yang perlu dilalui.

"Misalnya, kalau kita pergi ke bank hendak ambil duit, ada prosedur tertentu yang perlu dilakukan seperti isi borang. Bukan pergi ke kaunter dan bertanya, di mana duit saya," katanya.

Cukup tegas dalam soal agihan royalti kerana membabitkan hak penggiat seni, tambah Sheila, ahli lembaga pengarah RPM perlu meneliti setiap tuntutan bagi memastikan maklumat diberi sahih.

"Ramai ahli tidak membuat tuntutan dengan betul sehingga wang (royalti) tidak boleh disalurkan," katanya memberi contoh pernah berdepan kes di mana dua pemain dram membuat tuntutan terhadap lagu sama sehingga perkara itu disemak dengan syarikat rakaman.

Sheila berkata, pandemik COVID-19 dan penutupan sektor ekonomi menyebabkan proses agihan royalti tertangguh dan pada masa sama, RPM memberi kerjasama penuh kepada SPRM atas siasatan dibuat.

Bagaimanapun, Sheila berkata, sejak dua hari lalu, RPM mengagihkan peruntukan Unlogged Performance Allocation (UPA) iaitu suatu bentuk imbuhan bukan royalti bernilai RM2.9 juta kepada ahli yang mendaftar sebelum Januari 2020.

Tambahnya, sejak 2013, RPM sudah mengagihkan royalti sebanyak lapan kali.

Sheila berkata, kekeliruan timbul apabila RPM disangka badan kebajikan, sedangkan wang yang dimiliki badan itu adalah milik pemegang taruh yang tidak boleh digunakan sesuka hati.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
@Acikgomen ooo acik
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori ot jap. Tadi baru iols tahu arwah Yusni Jaafar pernah menyanyi tapi takde rezeki untuk merakam album. Kalau tak dia yang jadi Ratu Jazz negara. Setanding penyanyi antarabangsa.



Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-9-2021 08:46 PM
@Acikgomen ooo acik

Kalo buat keja, awat yg tak buat pembentangan kat ahli rpm
Dah napewwwwww buat dendiam fefeling org menganiaya chuols
Podah sangat minah sengau ni tauuuuuu


Skang chuols puas ati tak acik kembali menyetan mencerca menzizik rentis2 @sharlenetexas
Tuari insop sebulan jeh masa arwah dik chucky meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 23-9-2021 09:29 PM
Acikgomen replied at 23-9-2021 09:23 PM
Kalo buat keja, awat yg tak buat pembentangan kat ahli rpm
Dah napewwwwww buat dendiam fef ...


Sheols duk ungkit artis tak buat tuntutan royalti dengan betul
Sheols takde gi contact artis2 tersebut ke sambil2 tanya khabar?

Sian kak melah. Dulu sheols tak sudi bergambar dgn kak melah. Kak melah kg.com katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 09:35 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-9-2021 08:52 PM
Sori ot jap. Tadi baru iols tahu arwah Yusni Jaafar pernah menyanyi tapi takde rezeki untuk merakam  ...

wah hebatnya Al-fatihah buat Aruah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-9-2021 09:26 PM
Sheols duk ungkit artis tak buat tuntutan royalti dengan betul
Sheols takde gi contact artis2  ...

Ada ke deyols buat penerangan kat rentis2 tu cemana nak isi borang selit lampiran2 ke hape ke
Kwn acik bini penyanyi dlm kumpulan high class hokeh kat msia nih
Deyols nak pakai duit sesangat sbb kwn acik sakit baru 40an dah kena prolapse uterus, lepas tu sambung dgn scoliosis
Dok tebaring je dah berbulan2
Sian deyols tau
Mana dgn lakinye sebok dlm studio nak buat album

Mind you yach, laki kwn acik ni mmg bukan calang2 kumpulan. Deyols kalo showcase ke konsert ke, semedang sold out. Org lain buat single, deyols buat album. Takde lagu deyols yg tak meletop
Haloooo minah sengau, bgtau la cemana nak submit borang dgn betoi. Kwn haku neh nak pakai duit


Gitu acik menegak keadilan utk mangsa rpm
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pulakkkkk dahhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 11:52 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 23-9-2021 09:37 PM
Ada ke deyols buat penerangan kat rentis2 tu cemana nak isi borang selit lampiran2 ke hape ke:curs ...

Hebat kwn acik tu.yg aku tau Sohaimi Saad jah mampu buat album skrg ni.beliau ke kwn tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 24-9-2021 11:52 AM
Hebat kwn acik tu.yg aku tau Sohaimi Saad jah mampu buat album skrg ni.beliau ke kwn tu?

Korang tunggu je lah nanti kumpulan deyols announce album baru. Last year deyols buat virtual showcase laku keras
Takde kena mengena dgn si bengap sohai tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgi iolls sebb dia sndiri tak merasa sush sebb tu buat alaa kadar je …
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 23-9-2021 09:23 PM
Kalo buat keja, awat yg tak buat pembentangan kat ahli rpm
Dah napewwwwww buat dendiam fef ...

SM dan barisan retis lain yg jd board member tu tak pernah kerja dgn badan professional yg ada high standard in corporate governance
jeklyn tu dulu penyanyi kelab malam je
ana rapali tu pernah keje proper ke?
SM pun penah keje opis ke?
sah2 la depa sume ni bodoh tak reti handle tp ada hati nk jadi board member...step down je la korang sume ni
pi je la menyanyi
sbb x reti buat keje,apatah lg nk tentukan hala tuju RPM tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 23-9-2021 09:37 PM
Ada ke deyols buat penerangan kat rentis2 tu cemana nak isi borang selit lampiran2 ke hape ke:curs ...

Acik..lagu apa kwn acik yg pemes tuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 24-9-2021 03:20 PM
Acik..lagu apa kwn acik yg pemes tuhhh

Lagu sempena si tipah sengau nih pun haderrrrr
Gitu hints acik bagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 24-9-2021 03:26 PM
Lagu sempena si tipah sengau nih pun haderrrrr
Gitu hints acik bagi

Alah acikkk sempena si tipah snegau ker atau dia nyanyi balik lagu si sengau nih...bnyk kot lagu snegau ni org nyanyi balikkkk...huwaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:47 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 24-9-2021 07:26 AM
Lagu sempena si tipah sengau nih pun haderrrrr
Gitu hints acik bagi

monoloque ka acik? gitu i serkap jarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 24-9-2021 03:37 PM
Alah acikkk sempena si tipah snegau ker atau dia nyanyi balik lagu si sengau nih...bnyk kot lagu s ...

Tunggu je lah deyols tgh bizi nak siap album. Ada satu lagu je lagi. Tapi deyols mmg kumpulan yg gred a lah kat msia nih
Fanclub deyols pun kemahen strong sejak dulu kala
Laki kawan acik lead vocal
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 24-9-2021 03:47 PM
monoloque ka acik? gitu i serkap jarang

Heyyy ni tered nak hencap tipah sengau hokeh
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by msdummy.2018 at 24-9-2021 04:14 PM
Acikgomen replied at 24-9-2021 04:08 PM
Tunggu je lah deyols tgh bizi nak siap album. Ada satu lagu je lagi. Tapi deyols mmg kumpulan yg g ...


Acik, kifa blh pk tipah tertipu tuh ker?.tp yg sakit tuh msh ahli ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 24-9-2021 04:13 PM
Acik, kifa blh tipah tertipu tuh ker?.tp yg sakit tuh msh ahli ka?

Baik chuols kempen soh si tipah nih benti dari meneka sapa rentis kumpulan yg nak pakai duit tuh
Bukan rentis sakit lah bini rentis yg sakit
Sian kawan acik dok tebaring mcm sayoq dah berbulan2
Down dah minah tu takleh bangun buat keja mcm biasa
Harap laki dia jgn mcm2 kalo show melebat lepas album baru kuar nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.409784 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list