CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2778|Reply: 8

[Kedah] 'Terima sumbangan pakaian dalam lusuh, koyak, berbau' - Sukarelawan

[Copy link]
Post time 23-9-2021 11:08 PM | Show all posts |Read mode
'Terima sumbangan pakaian dalam lusuh, koyak, berbau' - Sukarelawan[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my


Antara pakaian yang disumbangan kepada Pasukan Buru Amal Kulim untuk diagihkan kepada golongan memerlukan. Foto Ihsan Pembaca



Kulim: Niat mungkin baik untuk mencari pahala dengan menyumbang pakaian terpakai buat individu yang dilanda musibah dan hidup dalam kesusahan.

Namun, ada antara mereka dikesan sanggup menyumbang pakaian yang bercampur baju serta seluar dalam koyak seolah-olah sengaja berbuat demikian dengan menganggap sukarelawan yang menghulur bantuan sebagai 'tong sampah'.

Itu yang terpaksa dihadapi Pengasas Pasukan Buru Amal Kulim, Nordin Abu Bakar, 40, setiap kali membuka plastik mengandungi pakaian yang diserahkan kepadanya untuk disumbangkan kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, sejak aktif menjadi sukarelawan bermula pada 2017 lalu, sudah lima kali dia menerima sumbangan pakaian daripada orang ramai bercampur dengan pakaian dalam lusuh dan rosak dengan kes terbaru dikesannya berlaku semalam ketika sedang membuka bungkusan.

"Bukan saya mahu mengaibkan sesiapa namun bayangkan sekiranya bungkusan diterima tidak diperiksa dan terus diberikan kepada penerima, ini akan mengundang persepsi negatif kepada kami golongan sukarelawan.

"Selain saya, ramai lagi pasukan sukarelawan yang turut menghadapi masalah sama dan saya sangat berharap kepada insan yang ingin membantu supaya lebih ikhlas menghulurkan sumbangan," katanya yang turut mewakili beberapa rakan sukarelawan yang turut menerima nasib sepertinya.

Menurutnya, selain bungkusan berisi pakaian koyak, dia juga pernah menerima baju dan seluar yang tidak dibasuh serta berbau masam daripada orang ramai.

"Semua pakaian yang disumbang ini untuk diserahkan kepada mangsa banjir, kebakaran dan golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan orang ramai sekiranya mereka dilanda musibah.

"Jadi, saya amat berharap kepada mereka yang ingin menyumbang pakaian supaya memeriksa terlebih dahulu dan tidak hanya tangkap muat ketika memberikannya," katanya.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya golongan terbabit mahu berbuat demikian kerana jumlahnya tidak terlalu ramai namun kesal dengan perbuatan seumpama itu yang dilihat seperti tidak ikhlas dan seolah-olah memperkecilkan usaha golongan sukarelawan sepertinya.

"Bagaimanapun, saya memaafkan perbuatan mereka kerana menganggap ini satu dugaan dan cabaran kecil yang terpaksa ditempuh untuk melakukan kerja amal dan kebaikan kepada orang ramai.

"Saya cuma mahu memberi teguran dan nasihat bagi mengelak mereka yang pada awalnya berniat mahu membuat kebaikan namun bertukar sebaliknya dengan perbuatan itu," katanya.

Nordin berkata, dia memang mengalu-alukan sumbangan pakaian terpakai daripada orang ramai dan turut mengubah suai kawasan rumahnya semata-mata untuk pemberi sumbangan meninggalkan apa saja barang yang mahu diserahkan kepada golongan memerlukan.



Disiarkan pada: September 23, 2021 @ 6:29pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jahatnya lahh perangai.. Nak bagi biarlah ikhlas. Mana2 yg lusuh tu janganlah bagi kat orang, buat ajelah kain buruk @ buang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi ai. Bra dgn underwear kat shoppee th murah2 belaka kalau agak2 nak beli dan buat derma. Buat apa nak bagi baju lusuh macam ni. Ko buat charity macam rempat buang baju je ke.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamaknya sampai macamni
Tula selalu dengar, kalau nak bagi barang dekat orang, bagi yang kita sayang. Maksudnya bagi yang dalam keadaan elok la.

Bukannya bagi barang yang kita dah takmau tapi eh sayang pulak nak buang, bagi ja la kat orang ermmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 11:59 PM | Show all posts

Melampau sangat ni!!

Seluar tidur dah berlubang-lubang macam kena sontot dengan jin, kau nak bagi sedekah kat mereka yang memerlukan!

Sekarang ni tengah panas isu seluar dalam Ustaz Ebit Lew sedang dijaja oleh Caprice sebagai ustaz gila seks!!

Kau pulak boleh nak sedekahkan seluar tidur berlubang-lubang, adoyai… makin serabut larr macam ni!


Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Zalimnya! Lusuh, koyak n berbau tu tahap buang dlm tong kitar semula je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
euww benda dah selayaknya buang bagi orang buat apa.
tak tau nak buang macam mana? gunting bagi jadi perca lepastu buang la.
nak extreme lagi bakarla semua.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm banyak kali dahhhh benda camni berlaku
Tapi paham2 jelaa ummah malaya nehhhh
Kena jenis camni wipe out dulu sepenuhnya
Baru dapat ummah baka bagus
Tu pun kalau kebebalan nya tak diturunkan dari gen ke gen la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 11:57 PM | Show all posts
dah koyak tu buang jer la. itupun nk bg kt org ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.228248 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list