View: 1546|Reply: 1
|
[Dunia]
6 maut dalam nahas pesawat di Russia
[Copy link]
|
|
6 maut dalam nahas pesawat di Russia
Gambar fail menunjukkan pesawat Antonov An-26, sama seperti yang terhempas di semenanjung Far Eastern di Kamchatka, Russia. - Foto AFP
MOSCOW: Enam anak kapal terbunuh selepas pesawat pengangkut Russia yang mereka naiki terhempas berhampiran bandar Khabarovsk di Far Eastern.
Bangkai pesawat itu ditemui pasukan pencarian selepas ia dikesan hilang daripada radar sejak semalam.
Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan serpihan pesawat pengangkut Antonov An-26 berselerakan bersama-sama dahan pokok yang patah.
"Semua anak kapal meninggal dunia. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa," kata Kementerian Kesihatan cawangan Khabarovsk dalam satu kenyataan hari ini.
Pesawat Antonov dibangunkan ketika era Soviet dan masih digunakan ketika pentadbiran Kesatuan Soviet untuk pengangkutan orang awam dan tentera.
Pesawat itu dilaporkan terbabit dalam beberapa nahas sejak beberapa tahun kebelakangan.
Pasukan penyiasat memaklumkan, saki-baki pesawat ditemui di lereng tinggi di Kawasan Simpanan Semula Jadi Bolshekhekhtsirsky, kira-kira 20 kilometer di selatan Khabarovsk dan punca nahas sedang diteliti.
Kementerian Bencana memaklumkan pihaknya mengambil masa lebih lima jam untuk sampai ke kawasan nahas yang berada di lokasi terpencil. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|