DATUK Seri Najib Razak mencadangkan ‘lockdown’ yang ketat dan singkat sekurang-kurangnya seminggu sahaja, jika kes Covid-19 meningkat semula sehingga kadar jumlah penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 85 peratus.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, cadangan tersebut dibuat supaya negara tidak menempuh satu lagi tempoh panjang serta kegagalan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini.
Seperti yang saya sebut dalam Dewan Rakyat minggu lepas, kita perlu faham bahawa negara dalam PKP selama enam bulan daripada sembilan bulan tahun ini. Satu tempoh yang begitu panjang, jadi macam mana perniagaan boleh bertahan begitu lama?
“Peluang untuk sekali lagi melaksanakan total lockdown yang amat ketat seperti semasa PKP 1.0 tahun lepas sudah berlalu, apabila peluang itu dipersia-siakan kerajaan dahulu yang membuat PKP 2.0 dan PKP 3.0 separuh masak,” katanya menerusi Facebook.
Namun, beliau berkata, dengan kelonggaran dan pembukaan semula ekonomi baru-baru ini, ada kemungkinan kes Covid-19 akan meningkat semula, seperti dialami negara-negara lain yang memberi kelonggaran setelah mencatat paras vaksinasi tinggi.
“Jadi, sekiranya kes meningkat semula sehingga kadar jumlah katil di ICU melebihi 85% bagi mana-mana negeri, sekatan pemutus litar, dengan izin ‘circuit breaker’ atau lockdown paling ketat dan singkat selama antara lima hingga tujuh hari sahaja dengan jaminan ia tidak akan dilanjutkan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan supaya kerajaan tidak melaksanakan lagi lockdown separuh masak yang berbulan-bulan lamanya. – Malaysiapost
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 24-9-2021 08:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Acikgomen at 24-9-2021 08:57 AM
ais_kosong replied at 24-9-2021 08:41 AM
berapa kali berangan konon nak buat betul2 ni?
tetap juga lockdown merepek dok buat.
sampai i ...
Baru semalam wasap family in-law acik kecoh
Adik ipaq acik yg keja polis jaga roblok dok kat aloqstaq yach boleh merentas negeri balik kampung
Heshe kata senang jah book htl Langkawi konon2 nak pi situ padahal book tanpa deposit jah. Print surat booking tuh pi sua kat balai mintak permit merentas
Teruih lepas utk merentas
Persoalan acik pasaipa negeri Kedah yg fasa satu boleh merentas negeri utk pelancongan
Bukan kah bubble travel yg weols buat nih hanya terpakai utk negeri2 fasa dua ke atas saja
Penat weols besilat utk menatang bubble travel nih dari awai taun aritu
Penyudahnye penguatkuasaan mcm haremmmmmm
Esok2 kalo jadi pape, korang semua tuding jari kat bubble travel SOP bukan kat penguatkuasaan khennnnz
Sebab tu kami cemuih acikkk oiii!!
Apa kejadahnya dok buh ayat dengan sop ketat.
Tapi penguatkuasaan xda. Habis FL jaga roblok jadi pak pacak tengah hangat lit lit tu
saja dok buat ramai ka?
Kadang geram dengan depa ni. Xtau nak kata rezeki ka orang yang pandai menipu ni untung.
Lockdown pun boleh rentas negeri. Yang dok mereput kat rumah takat boleh bebai ja macam kami ni
Post time 24-9-2021 09:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
matjerk replied at 24-9-2021 09:01 AM
Aku pun ada frenlist org kedah..dok tayang p langkawi... confuse plak aku..bukan ke tgh fasa 1
Fasa satu mcm kite kat selangoq tuari dok kena wfh takleh merentas lebih dari 10km sampai kepam mereput memasing kat rumah
Dah kenape selangoq saja yg kena tuding jari time fasa satu padahal semua org tau sop org selangor berada di paras memuaskan walaupun jemin semburit jadi penyumbang terbesar kenaikan kes kat selangoq
MKN sila jawab, jgn asek bizi dok usung cameraman ambik gambo geng pdrm dok bagi sumbangan kat marhaen jah
Padahal team korang yg buat keja tak paham sop
Saya setuju. Tapi kena make sure strictly enforced. we have done it before masa MCO 1.0.
Kat luar negara pun dah praktik benda ni, nothing new.
Aku rasa idea circuit breaker tu bagus. And then sekarang lagi senang sebab boleh buat test kat rumah aje.
So banyak benda dah boleh buat kalau kes naik lepas ni..
Yang benchmark 85% tu mungkin boleh review, sebab kalau dah 85% tu mcm dah teruk sangat dah.
Tapi honestly aku rase lepas ni gomen dah malas nak track number mcm sekarang dah. redho je. kalau rakyat tak reti jaga diri, kes naik, korang hadamkan aje lah
Post time 24-9-2021 09:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Acikgomen replied at 24-9-2021 08:55 AM
Baru semalam wasap family in-law acik kecoh
Adik ipaq acik yg keja polis jaga roblok dok kat al ...
Tapi kan acik meols tengok kawan2 sedara mara yg FL ni ramai rentas daerah negeri balek kampung...bila kita tanya diorg ckp dpt cuti balek laa...nanti cuti dh beku takleh balek...mslhnye tak beku2 pon tgk tiap2 mgu bulan balek...theyols tak pakai surat rasanya main tunjuk tag ngan badge jerr kat rb...kite ja yg marhaen ni kepam duk umah takleh rentas mane2...
Tak kata semua FL laa...ni meols ckp yg meols nampak jerr