CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1907|Reply: 1

Pokok kelapa bercabang lapan mahu dibeli pada harga RM4,406

[Copy link]
Post time 24-9-2021 07:21 PM | Show all posts |Read mode


Pokok kelapa bercabang lapan milik seorang penduduk Desa Ploso, Jawa Timur yang kini tular. - Yusuf Arifai/TIMES Indonesia

Pokok kelapa bercabang lapan mahu dibeli pada harga RM4,406

JAKARTA – Sebatang pokok kelapa  yang tumbuh di Kabupaten Pacitan, Jawa Timur telah menarik perhatian orang ramai kerana keunikannya yang bercabang lapan, lapor Suara.com, semalam.

Pokok berusia 40 tahun milik Kateno dari Desa Ploso itu dianggap istimewa kerana kebiasaannya pokok kelapa hanya tumbuh lurus tanpa dahan bercabang.

Menurut Kateno, pokok kelapa setinggi lapan meter itu pernah mahu dibeli orang pada harga 15 juta rupiah (RM4,406).

“Seingat saya, benihnya adalah benih biasa seperti kebanyakan pokok kelapa yang selalu saya tanam.

“Saya tidak sangka apabila tumbuh, ia akan bercabang lapan seperti ini hingga ada yang sanggup membelinya,” ujar Kateno.

Namun begitu, Kateno menolak tawaran itu dengan baik kerana bapanya sudah berpesan agar pokok tersebut tidak diserahkan kepada orang lain.

Sementara itu, Ketua Kampung Desa Ploso, Agus Cahyono mengakui kisah tular pokok kelapa ini menjadikan desa itu sebagai salah satu lokasi pelancongan popular di Jawa Timur. – Agensi



Sumber:https://www.kosmo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2021 08:13 PM | Show all posts
aneh2, mahal2 beli nak buat sembah ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.100765 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list